Tuesday, August 12, 2014

Cerita Raya 2014- Hari terakhir di kampung sebelum balik KL

Salam readers...

Raya..raya...raya...
Seminggu cuti langsung tak puas duk kat kampung.
Kalau boleh selama-lamanya nak duk kat kampung.
Dekat dengan family, belanja pun tak tinggi.
Jimat...

Aku cuti raya dari hari Khamis minggu sebelum raya.
Balik KL semula hari Ahad minggu lepas raya.
Dalam 11 hari jugak la aku bercuti.
Heaven uolsss!
Tapi tu la... rasa nak cuti 11 bulan je kat kampung.
Boleh gitu?? Haha...

Kuala Terengganu sekarang ni makin cantik okeh.
Tak macam dulu-dulu. Dulu takde ape pun kat sane.
Sekarang macam-macam dah ada.
Banyak kawasan cantik-cantik untuk dilawati.
Suke la pengantin-pengantin semua sebab boleh photoshoot kat tempat-tempat cantik...

Nak tunggu aku photoshoot kawin memang lambat lagi la kan..
Maka, aku paksa rela Iwan untuk snap gambar aku.
Aku bawak sekali Shazrin, Alyssa dan Amisha.
Dulu aku pernah photoshoot kat Terengganu Equestrian Resort.
Tapi kali ni aku pilih Kampung Cina & Kampung Tanjung.

Kampung Cina terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu.
Ditengah-tengah antara Hotel Seri Malaysia dengan Pasar Kedai Payang.
Kampung Cina ni dah dinaik taraf sejak 2 tahun lepas oleh kerajaan negeri menjadi salah sebuah lokasi pelancongan.
Comeyy dah aku tengok kampung Cina ni kalau nak banding dengan dulu.


Pondok kecil ku...
Jalan-jalan masuk dalam lorong, tetibe jumpa pondok kecik ni...

Owner dah nak tutup dah pondok ni tapi bila dia tengok aku terhuyung-hayang kat depan tu, terus dia bagi izin aku untuk amik gambar...
Tq abang owner!

Sebenarnya ramai je orang yang datang amik gambar kat sini...
Pengantin pun ramai yang datang bergambar.




Signboard kedai-kedai cina dulu-dulu...



Lesung batu.
Gila berat kot lesung batu ni...
Semangat Iwan dan Shazrin angkat alur lesung tu.



Amisha dan Alyssa.


Gemoknye haku!! T_____T


Adikku yang ensem!
Hot guy ni kat stamad. hahaha!



Kan aku dah cakap ramai gile orang kat sini...

Eh, korang layan je la gambar.
Tak reti dah aku nak letak caption. Huhu...

















Love is in the air!!

Dah habis bergambar kat Kampung Cina, aku suruh Iwan pergi ke Kampung Tanjung pulak; which is kampung mummy dulu.
Kerajaan dah amik tanah kat situ untuk pembangunan.
Kebetulan pulak arwah nenek aku dah meninggal, so tanah tu dijual.

Sekarang rumah arwah nenek aku dah dirobohkan.
Hilang dah segala-mala kenangan kat situ.
Yang tinggal hanya memori zaman aku kecik-kecik.
Paling ralat, dari kecik sampailah sekarang aku tak pernah jelajah sampai habis rumah tu.
Rumah tu 2 tingkat.
Tingkat atas aku biasa la naik.
Tingkat bawah tu yang aku jarang turun.
Kalau turun pun pergi dapur je.

Sekarang tapak tu ada kayu kayan, besi, paku, sampah sarap....
Bila tengok balik, rasa kecik la pulak tanahnye.
Time ada rumah dulu, nampak luas je dalam rumah tu.












Ynag tinggal hanya tangga hijau ni je... T___T








Tu la bilik air tempat aku dengan kazen-kazen buat pesta bogel..
Hahaha... dulu mase kecik-kecik, kitorang suka sangat mandi sama-sama.
Berjam-jam berkurung dalam bilik air ni.
Selagi orang tua tak bising, selagi tu la kitorang main air. haha.
Dah besar sikit, takde dah mandi sama-sama.
Kenangan semua ni....... T___T






Babai Kampung Tanjung yang penuh dengan nostalgia..

Eh, lupa lak nak citer.
Kampung Tanjung ni adalah perkampungan Melayu.
Kebanyakkan penduduk di kampung ni dulunya adalah peniaga di pasar.
Masa aku kecik-kecik dulu, asal balik kampung je mesti cari keropok pasir..

Korang mesti tak pernah makan keropok pasir kan?
Keropok ni bukan diperbuat dari pasir tau...
Keropok ni keropok keping biase, cumanya ia digoreng dengan pasir pantai bersaiz sederhana dan dibersihkan elok.
Serius sedap keropok pasir ni sebab tak oily dan kembang elok..
Takde pun pasir yang melekat kat keropok tu.

Dan kat sini jugak la femes dengan keropok tumis.
Dah lama dah aku tak makan keropok tumis ni.
Nak buat sendiri malas...
Padahal aku ada je resipi keropok tumis ni.
Mak sedara aku pun pandai buat keropok tumis.
Balik raya aritu tak sempat gak jumpa dia.
Tunggu la next time balik kampung, request dia untuk buat.
Hehe..

Owh ye.
Kalau nak tengok gambar yang lagi banyak, pergi ke fb aku ye.
Berlambak lagi gambar kat situ.
Kalau taknak tengok, takpe..
Kang ada yang muntah darah tengok orang gemuk gebusss poyosss berposing...
Huhu...

4 comments:

Mimy Hamid said...

hr tu mimi nak gi umah sedara kt kg cina...rupanya dha roboh...huhuhu...

emi mohamad said...

sdpnye kepok tumis.mmg comey dh kg cina n icity tu..cuma kotor kan nana?masyarakat x aware pasal kebersihan..sedih rasa

diana aziz said...

Mimy : mmg ada beberapa rmh yg dirobohkan kat situ, mimy...

diana aziz said...

Emi : X la kotor mane emi tp vandalisme byk. pesen tgn brahi wak khianat. ader sokmo benda molek hok dia nk wak rosok...