Thursday, August 7, 2014

Cerita raya 2014- Syawal kedua

Salam readers...

Macam biase pagi raya kedua kami sefamilia pergi berjalan-jalan ke rumah saudara mara lagi.
Kate raya kan...
Time ni la nak merayap-rayap ke rumah orang.

Memang menjadi kebiasaan kami satu family keluar beraya bersama-sama.
Kan ada sesetengah orang kalau anak dah kahwin je, beraya pun asing-asing.
Family aku ni tak...
Kawin tak kawin, beraya mesti sama-sama.
Sepakat la nak pergi rumah sape-sape dulu.


Mase ni kami dah sampai kat rumah sepupu aku.
Dia buat rumah terbuka...

Belanja gambar mak datin sekali.... :)



Sila jangan muntoh ye... hihi



Daddy kesayangan!!


Anak-anak saudara kesayangan semuanya ni....
Manis-manis je...
Anak dara dah semua ni.
Harap kasih sayang diorang kat aku tak berkurangan walaupun bila diorang dah besar nanti.


Tetibe selit pulak gambar Shazrin.
Suka nau ber selfie.
Ingatkan pompuan je suka selfie-selfie ni.
Hahaha...

Shazrin mesti malu aku masukkan gambar dia dalam blog.
Hahahah!!!


Toh Puan dan Mak Datin... :)


Ber wefie dengan mummy pulakk..


Daddy pun nampak cam suka jeee ber wefie..



Madu dua... Dah macam bini pertama dan kedua bergambar dengan husband lak..
Hahaha!


Ni pun adik kesayangan ni...


Jurukamera hari ni tak bawak kamera.
Last-last guna kamera henset aku je.
Senang.
Gambar pun cantik jugak.

Wink...winkkk.... *puji kamera sendiri. :)




Mamat nih pun suka selfie.

Aku rase la kann semua adik beradik aku suka bergambar laa...
Nak suruh orang amikkan gambar, segan kot.
Tu yang senyap-senyap je amik henset aku dan ber selfie sorang-sorang.
Bila aku check gallery henset, berlambak gambar selfie memasing.
Jenuh pulak aku nak men delete... Haihh!
Macam-macam stail ada.
Senyum, sengih... perasan ensem la tuu..


Aku dengan adik bongsu ucuk..ucuk.. hahah!


Shazrin dengan Yasmin Umaira.
Tatau la betul ke tak aku eja nama Umai tuu.
Comel budak Umai ni... Geram je aku nak gomol-gomol...

Umai ni kakak ipar aku pernah jaga mase dia kecik-kecik.
Beberapa bulan lepas barulah dia masuk taska sebab kakak ipar aku dapat kije lain.


Toh Puan Samsiah Ab. Bakar.. hihihi..


Pompuan kat sebelah ni la ibu kepada Yasmin Umaira.
Mak nye cantik, patutlah anak pon comel..
Mak Umai ni cikgu kat sekolah adik aku.
Elok la tuu anak murid bergambar dengan cikgu.

Dah masuk setengah hari beraya kat rumah sedara-mara, barulah kitorang balik rumah.


Petang sikit sedara mara sebelah daddy datang serbu rumah.
Meriah la rumah aku sebab 2-3 family datang serentak.


Masing-masing ada anak kecik.
Jenuh uihhh nak melayan karenah budak-budak.
Macam-macam pesen.
Paling kelakar yang jenis banyak cakap.
Petahnya mengalahkan orang tua. Haha..


Lelaki yang pakai jersi biru gelap tu pakcik aku.
Adik kepada daddy.
Aku panggil dia Pak Su Ha sebab nama dia Azhar.

Memang jasa dia pada aku sampai bila-bila pun aku takkan lupe.
Dia la yang rekemen kan aku masuk TM.
Lepas aku habis belajar kolej dulu, dia sibuk la mintak salinan sijil-sijil aku dan suruh aku attach sekali dengan resume.
Rupa-rupanya dia nak masukkan aku dalam TM.
Alhamdulillah, dengan izin ALLAH aku berjaya dapat tempat di sini dan membina kerjaya sampai ke hari ni.
Sebab tu aku tak lokek dengan family Pak Su Ha.
Kalau tak kerana dia, aku memang tak tahu pun ada jawatan kosong dalam TM ni.
Kalau Pak Su Ha dalam kesusahan ke ape, aku harap sangat dapat tolong dia.
Yela, ape yang aku ada hari ni pun bermula dari pertolongan Pak Su Ha.

Eh, ter touching lakk aku. Huhuhu...

Malam raya kedua tu kami satu family just duk rumah je layan tv.
Hari raya ni buat aku penat sikit.
Yela, nak layan tetamu, buat air, sediakan makanan....
Amboiii...macam busy je bunyi nye kan.

Tapi aku memang suka greet sedara-mara yang datang ke rumah.
Sebab bila dah berkumpul ramai-ramai, macam-macam cerita la yang keluar.
Tapi soalan paling femes tahun ni untuk aku,

"Bila Nana nak kahwin?"

Waaaaaa.......... kenapakah? Mengapakah ditanyakan soalan begitu pada gue?

Aku ni kalau boleh kahwin, nak je aku kahwin sekarang.
Tapi tu la. Berserah pada ALLAH.
Rancang cemana pun, kalau jodoh yang ditentukan oleh ALLAH tu tak sampai lagi, makanya takkan menjadi jugak.
Macam dulu, kononnya nak kahwin umur 25tahun.
Ada je benda tak kena.
Boifren curang laa... lost contact la... gaduh besar laa..
Last-last drag sampai sekarang.

Aku senang je, ada jodoh ade la...
Kalau andai kata jodoh manusia bukan untuk aku, aku redha.

Kadang-kadang aku fikir, mungkin ada sesuatu yang belum lengkap pada diri aku sebelum berumah tangga.
Sebab tu Tuhan hold dulu jodoh aku.
Ataupun aku ni dah layak sangat dah nak kawin.
Cuma jodoh aku tu belum ready lagi.
Sebab tu Tuhan tak menyatukan kami lagi.
Perancangan ALLAH swt tu mungkin lebih baik.
Siapa tahu kan entah-entah jodoh aku macam Zill Faezrul ke?
Kang ada yang makan hati.
Hahaha...


2 comments:

emi mohamad said...

oi..xhagak2 nk ala2 zill jgk khenn?
kih3x...syg pok su ha jgk sbb dia baik sgt2...

diana aziz said...

Hahaha... lelaki cenggitu la pujaan hti.... tu la, pok su ha tu baik sgt2. suke tlg ank branok..