Monday, August 18, 2014

Chillis & menu makanan-makanan beserta harga

Salam readers...

Qué pasa??
Estoy sano, gracias a Dios.

Amboii speaking mexico pulaksss, dah kenapa kau Diana??

Eh, korang yang tak paham tu, rajin-rajinkan laa pergi masuk google translate ye.
Jangan jadi pemalas cam haku ni.

Sepatutnya entri ni di publish bulan Jun lepas.
Tapi pemalas punya pasal, tertangguh sampai hari ni baru settle menaip.
Amboiii, bunyi cam busy benor je.

Aku dan team gojes suka sangat merayap time lunch.
Dah bosan makan kat food court yang harganya mahal nak mampsss...
Nasi secoet, ayam masak merah dan telur dadar RM9.
Ko mampu nak makan mahal hari-hari tapi tak berbaloi?
Baik aku pergi makan kat luar.
Mahal sikit pon takpe asalkan portion banyak.
Ate perut gajah. Sikit-sikit tu namanya merasa..
Banyak-banyak tu la namanya makan. Hihihi...

25 Jun 2014, aku and the gojes pergi ke Bangsar Shopping Centre semata-mata nak pergi makan kat Chillis.
Leen la yang nak sangat makan kat sini.
Aku dan Maziah pulak tak pernah makan kat sini.
So, kami berdua adalah sangat jakun.
Nak order ape pun tak tahu.
Leen la yang ajar kitorang order.
Owh lupe, Farid pun join sekali.
Hehehe... sorry Farid. Ketinggalan nama kamu. Hiksss...

First, kite tengok dulu buku menu Chillis.
Kite orang Islam kena peratikan betul-betul ingredient dalam makanan dia.
Sebab ada yang halal, ada yang tak halal.
Pepandai korang la nak order ape ye.







Korang jangan pulak gatal mulut pegi order minuman beralkohol pulak...
Hazab korang kat neraka nanti.
Sia-sia je mati kena seksa.


Ha, yang ni halal...
But still kena peratikan elok-elok.

Eh, korang tengok sendiri la ye menu-menu ni.
















Dah tengok menu, kitorang mula la start order.


Maziah.
Dia dah bertukar unit dah... Sejak tu, dah jarang dah jumpa dia.
T___T


Leen... kemain berseri-seri muka dapat makan kat Chillis.
Nak pergi lagi tak lepas ni, Leen?


Aku la ni... sape lagi kan.


Favvy Leen, Tostada Chips.
Lepas ni kalau aku datang kat Chillis, aku nak order tostada chips ni.
Sedap... pastu boleh re-fill lak tu.
So, makan banyak-banyak yang ni..
Tak re-fill rugi. Heheh... kiasu sungguh aku nih!


Ni menu Leen.
Ape ntah dia order ni. Aku pun dah lupe.



Triple Dipper.
Sedap!!
Makan yang ni pun sebenarnya dah kenyang.


Chicken salad; Farid punya.


Beef, chicken & prawn.



Cheese, diced tomatoes, pastu ape benda lagi ntah 2 benda lagi tu... guacamole ke ape ntah.
Hahaha... ai is jakun okeh..
Makanan mexico ni aku reti makan je.
Nak menyebutnya nama satu-satu tu memang idok le ku reti. 


Tortilla.

Daging-daging dan bahan-bahan mixed tadi tu kena makan dengan tortilla.
Tortilla ni pun boleh refill kalau tak cukup.
Sangat sedap dan kenyang!
Serius tak tipu.
Sampai buncit perut aku makan banyak sangat.

Next time aku nak bawak FZ pulak makan kat sini.
Tengok dia jakun ke tak.
Heheh..


3 comments:

RedLife2Love said...

oitt byk gile korang makan. huhu. lamanya tak mkn chillis. dapnye!!

diana aziz said...

RedLife : Jom kite g mkn bile ade kelapangan. Nk?

tiga lalat said...

sedapp ;)