Thursday, August 28, 2014

Hangout dengan housemates

Salam readers...

Minggu lepas 21 Ogos 2014, aku dan bebudak rumah ade la plan nak makan malam kat The Manhattan Fish Market, Mid Valley.
Saje je la hang out dengan diorang; mengeratkan silaturrahim katanya.
Kat rumah masing-masing buat hal sendiri.
Bila keluar ramai-ramai camni, baru la boleh sembang kencang sikit.

Balik kerja aku amik teksi terus ke Mid Valley.
Peramah sangat ler pulak pakcik driver tu.
Aku ye ye kan aje la..
Malas nak layan sangat sebenarnya.

Dah mase otw tu, dapat pulak whatsapp dari bos, suruh aku beli acar buah bagai...
Sampai MV, menggelupur pulak aku sensorang pergi cari acar buah.
Actually esoknya tu unit aku ada buat makan-makan.
Masing-masing ada menu sendiri.
Memula aku plan nak bawak pemanis mulut... puding ke, kek ke...
Tak pun aku nak beli garret.
Tetibe bos suruh aku beli acar buah pulak... ok marilah menggelupur cari acar buah.

Aku pergi ke Aeon.
Pernah la tengok ada acar buah kat dalam Aeon.
Tapi habis!! Waaaaa.... matik laa...
Nak buat cane ni...

Whatsapp geng-geng opis.
Discuss kat dalam tu.
Leen willing nak bawak acar tu. Kebetulan ada orang bagi kat dia.
Ok, settle masalah.....

Last-last aku beli red velvet cake kat La Boheme.
Lantak la kann...
Yang penting ada dessert esok.

Lepas tu, barulah aku jumpa housemate dan kitorang terus pergi ke TMFM ni...


Very the orange..
Kalu korang nak tahu, dulu-dulu aku tak berani nak pakai baju kaler oren/merah/kuning/hijau...
Rasa macam tak sesuai dengan kulit aku yang pesen rentung ni.
Sekarang ni semua aku hentam...
Pakai je mane yang ada.
Lawa ke tak lawa, belakang kire.



Sarah


Diana.

Aku asik la duk compare muka sarah & diana.
Diorang ni seiras kan...



Hana...
Tak lama lagi dah nak kawin... wuwuwuw...
Nanti aku dah takde geng la.
Selama ni dia yang suke menempel kat aku tengok tv sama-sama.
Lepas ni nampak gayanya aku tengok tv sensorang je laa... T___T


Our stater.
Quad delight.
Sedapppp kecuali sotong cili tu.. yang tu makan mentah.. uweekkkk...
Ada mushroom, ada calamari, coleslaw.

Order benda ni dulu sementara tunggu main course sampai.
Kemain ko kann.. siap ada starter bagai.


Ni diana punya menu.
Fish & chips.
Telan ailio dah aku ni...


Yang ni pulak feeesh & cheeese.
Memang menu dia nama cenggitu ye.
Sama je dengan fish & chip tapi chips tu cheese...
Aku suke cheese atas chips tuu.. sedappp..
Nyum..nyum....
Terus rasa lapor balik ni.
Yang ni Sarah punya.


Scallops Fish Chicken.
Hana punya ni.
Kenyang sangat-sangat makan benda ni.
Hana puasa hari tu.
So, nafsu makan tu kuat la sikit.
Biasenye idok ler dia makan banyak macam ni.
Tapi kalau dia makan banyak pun, memang badan dia takkan naik lagi dah.
Kecik cinonet camtu je la agaknya sampai bile-bile pon.


Ha, yang ni aku punya.
Small flame.
Benda same je aku order setiap kali pergi TMFM ni kan.
Hahaha...
Nak buat cane... aku craving dengan udang cheese tu.
Ahhh... stressss tengok gambar ni.
Ailio dah meleleh-leleh dah ni. hahaha...

Burn dah aku punya diet hari tu...
Now start balik.
Aku bersungguh ni nak diet.
Siap bet dengan opismate. Who is the biggest loser? Hahah..
Siap aku install Myfitnesspal lagi dalam phone.
Nak tengok dalam sehari aku makan berapa kalori.
Kena kontrol kalori okeh kalau nak kurus ni...
Waaaa... susahnya nak kurus...... T___T



4 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Suka gak makan kat sana..selalu order that Small Grill...oooooooo jgn lupa..BERSENAM..!

diana aziz said...

Baiklah abg abil... akn sy bersenam stiap hri... u_u

tiga lalat said...

Salam. Hee sungguh cantik belaka housemates cikpuan.

diana aziz said...

Wslm.... mmg cantik2 housemate saya... :)