Tuesday, August 5, 2014

Kembali normal

Salam readers...

Semalam aku mc.
Makanya, rehat melepak melepekk sensorang kat rumah.
Yela, sejak Jumaat lepas aku demam on off.
Paling teruk hari Ahad which is hari aku naik bas untuk balik KL.

Time nak bertolak ke stesen bas tu, kaki dah lemah gile.
Bersin toksah cakap la... banyak kali.
Selsema teruk... Batuk pun same..
Lengkap pakej.

Mummy dah membebel dah suruh pindah je duk kampung.
Yela, aku kan asik sakit sana-sini-sinun...
Mummy kata kalau duk kampung ada laa jugak orang jaga.
Yela mummy.... ada peluang nana balik kampung ye.

Duduk dalam bas, budak pompuan sebelah aku pun batuk jugak.
Adoyaiii... berlawan batuk pulak kat situ. Haha..
Tapi batuk dia lagi terukk la dari batuk aku.

Bas bertolak kul 1 tengahari.
Kul 9:30 malam baru laaa sampai KL.
Fuhhh... naik kematu dah bontot aku duduk lama-lama dalam bas.
Tobat taknak dah aku naik bas tengahari.
Leceh....
Asik berhenti je kijenya.

FZ kemain tak sabar nak tunggu aku balik.
Berjiwang-jiwang dah dia dalam FB.
Hahaha...
Rindu benor la tu seminggu lebih tak jumpa.

Dah sampai KL, beli makan malam.
Mau nye tak lapar..
Last aku makan sebelum naik bas... Dalam kul 11pagi camtu.
Singgah Mahbub Bangsar, FZ belikan aku nasi beriyani ayam madu.
Balik rumah, terus terkam makanan.
Hahaha... lapau laaaaa....

Malam tu aku semput kus-kus gitu...
Amboiii nak kus-kus jugak...
Batuk kann...
Dah teragak-agak dah nak mc ke tak hari Isnin tu.
Batuk kemain nih. Kepala pun pening semacam je.
Malam tu aku tido tak tido je.
Cane nak tido kalau asik batuk.

Pagi Isnin, decide nak mc je.
Kalau pergi kerja ni kang ada pulak yang pengsan kat opis.
Pergi check doktor, doktor cakap memang tekak aku dah merah semua.
Demam tak tinggi sangat dah but still kena rehat jugak.

Balik rumah, rehat.
FZ pulak ada belikan aku roti canai kat Pantai Dalam.
Bagus tul batuk-batuk makan benda berminyak.. hehehe...

Bangun pagi tadi rasa larat la sikit.
Tapiiiii... sakit perut pulakkkk...
Period pain katanya...
Hoihhhh......
Aku ni memang abnormal kalau dalam sehari tak rasa sakit.
Ada je penyakit yang datang.
Itu ini.... haihhh laaa...

Ni pun baru larat nak ke sana-sini.
Sakit perut pun dah kurang sikit.
Legaaaa.... orang pun takde dalam opis ni.
Aku duk sorang-sorang je ni.
Leh la nak rehat-rehat kejap.

FZ kesian tengok aku sakit perut.
Siap tawarkan lagi, "biar abang jadi pompuan la..."

Hah, sembang je!
Acu jadi pompuan tengok larat ke tak tetiap bulan nak sakit perut camni..
Hahaha....

Ok la... chow dulu.
Aku nak amik mood update blog ni...
Kesian blog aku.
Dah seminggu lebih tak ber update...


No comments: