Tuesday, August 12, 2014

Kerja

Salam readers...

Tinggalkan kejap cerita raya.
Ni aku nak membebel sikit.
Haihhh... pagi-pagi pon dah buat aku badmood.
Perasaan camni memang sangat tak best!

Mengikut entri-entri aku yang lepas, korang tahu kan unit aku ni ada admin yang tak berapa nak rajin.
Tahap tak berapa rajin dia tu kalau dikire ikut skala 1-10, aku boleh bagi 9.5.

Dan sikap dia tu buat aku sesakk!!

Unit aku ni ada 10 kerat manusia je...
Tak ramai pon.
Non-exec adalah aku dengan admin je.
Yang lain semuanya executives.
Tapi sebenarnya unit aku ni harmoni je sebab executives layan non-exec cam biase... takde beza-beza jawatan.
Masing-masing pun tahu buat kerja sendiri.

Tapiiii, admin aku ni. Ya AMPUNNNNNN!!!
Dia lagi tua dari aku... Tua dalam 6-8tahun camtu la..
Aku nak tegur lebih-lebih pun serba-salah.
Yela, kang nanti ada orang kata aku tak hormat orang tua pulak.
Plus aku taknak pulak orang kata aku ni guna kuasa.

Aku ni jenis cakap sekali je.
Sekali aku suruh, kalau kau taknak buat, dahhh!
Aku malas nak suruh berkali-kali.
Kau datang opis sebab nak bekerja.
Bukan makan gaji buta tengok movie bagai.
Pandai-pandai la buat kerja masing-masing.

Datang opis ni bukannya selalu busy pon.
Time ada kerja tu, buat la kerja.
Time senggang tu, kau nak surf internet ke ape, kau buat la...
Faham la kerja masing-masing.

Ini takkk...
Kerja hakiki dalam opis kemain banyak alasan nak buat.
Kalau kerja luar, takyah disuruh...
Zasssssss terus lesap.

Kul 8 lebih sampai opis.
Kul 10, lesap konon pergi unit finance la, pastu pergi gym la...
Kul 2 masuk opis, tengok movie...
4.30 cakap nak gi solat pastu terus chow.
Heaven gile kerja macam tu.
Aku rasa ramai kot yang nak bekerja kalau macam ni gayanya..

Aku nak tegur cemana kalau orang-orang atasan unit sorang pun takde tegur dia.
Aku ni sape...
Dah 2 tahun lebih kot bekerja dengan admin aku ni.
Attitude dia langsung tak berubah.
Malah makin naik tocang kot sebab dia ingat takde sape yang tegur dia.

Dah dapat bos baik, unit pun elok, jangan la diambil kesempatan pulak.
Bab kata daddy aku, "Bodo!"
Geram haku nih!!
Serius dah tak tahan dah.

Aku ni geram sebab segala-mala hal yang berkaitan dengan admin, kalau dia tak buat, nanti aku yang kena tempias jugak.
Bukan tempias sikit macam hujan renyai-renyai gitu..
Tapi kena tempias macam ada ombak besar datang timpa aku.

Kerja kat unit senang pun susah nak buat, apatah lagi nanti kena transfer kemana-mana unit yang susah.
Ape akan jadi??

Kalau aku takde kena-mengena, takde la pulak aku nak bising.
Lantak kau la nak buat apepun.
Takdenya aku nak amik kisah!

Ni tak, asik-asik aku yang kena... asik-asik aku!
Aku...aku...aku!!!
Naik muak dah!!!

Aku ada kerja sendiri.
Report-report bos yang perlu aku buat.
Tapi takde pulak yang tertangguh.
Takde pulak yang siap lambat atau tak siap langsung.
Hal admin, biar la admin staff yang buat.

Kalau admin tak buat, tak reti-reti ke nak transfer kan dia ke unit lain??

Bosan dah aku, tahu tak??
Benda sama berulang-ulang jadi sejak 2 tahun lepas.
Aku bising kang nanti jadi lain pulak.
Tapi kalau diam nanti makin melampau pulak admin aku ni!

Payah kalau ada orang jenis tak makan saman dalam opis ni!
Serius payah!



4 comments:

Liyana said...

choiii sgt kan haha

diana aziz said...

Liyana : sgt2 choiii.. nyampassss!!

Sarabanon said...

jangan cepat melatah. keep calm and stay cool. :)

diana aziz said...

sarabanon : dh byk kali sabar ni... silap haribulan blh meletup. :(