Wednesday, August 27, 2014

Respect

Salam readers...


Aku nak mengadu-domba nih.

Aku kan setiausaha.
Sesape yang nak deal atau jumpa atau ape-ape je yang berkaitan dengan bos, kena melalui aku dulu.
Tu la yang sepatutnya kan?

Tapi tak tahu la kenapa.
Ada sesetengah manusia tak respek kerja orang lain.
Tak respek ofis orang lain.

Benda macam ni dah banyak kali dah jadik.
Tapi aku je malas nak bunyi.
Kadang-kadang aku tak paham, mana letaknya sense of respect orang terhadap orang lain.
Ni common sense kot.
Kite yang waras ni mesti tahu cemana jaga adab.

Contoh yang berlaku pagi ni.
Aku macam biase datang opis je, perkara pertama yang aku buat is check email aku dan schedule bos.
Ok, fine.. hari ni bos aku free.
Belum ada lagi sesape yang booking time dia untuk jumpa ke ape.

Tuptup baru je kejap tadi datang sorang lelaki terus terjah bilik bos aku seolah-olah opis ni dia yang punya.
At least, berhenti kat tempat aku dan tanya la boleh ke tak nak jumpa bos.
Meja aku ni duk sebelah pintu bilik bos kot.
Ini tak, main terjah je.
Dibuatnya masa tu bos aku tengah busy ke ape, tak ke alih-alih nanti aku jugak yang kena??
Dah la aku tak pernah tengok muka dia sebelum ni.

Lagipun ni opis orang kot.
Jagalah adab tu sikit bila masuk opis orang.
Jangan la buat macam opis sendiri.
Opis aku ni banyak benda yang confidential.
Jangan la main terjah camtu je.
Haihhh, stress la mak!

Pernah dulu terjadi, opismate aku tetibe je nak terjah bilik bos.
Time tu bos aku tengah meeting dengan bigboss.
Dia dah siap pegang tombol pintu dah.
Tinggal lagi nak tolak pintu je.

Aku ape lagi, terjerit laaa...
Macam kan urgent sangat nak jumpa bos tu!
Haihhhh!!!
Stress...stresss...stresss!!

Lagi satu hal, training organizer.
Ntah sape-sape ntah yang bagi nombor phone bos aku sampaikan setiap kali ada organize training, sibok nak cakap direct dengan bos.
Padahal aku dah banyak kali dah bagitahu, kalau bab-bab training ni call je training coordinator unit aku.
Tapi ehhh, tak reti bahasa jugak.
Nak jugakk cakap dengan bos aku.
Dah la call banyak kali tanya pasal training.
Dah kau kenapa sangap sangat nak suruh orang attend training kau??
Kalau orang interested, orang akan cari kau la.
Takyah kau sibok-sibok nak call banyak kali.
Suruh email, tak email.
Lama-lama aku pun malas dah nak jawab call kau.
Bosan nak layan karenah orang tak reti bahasa!

Kisah lain pulak tentang karenah budak-budak opis.
Amboiii, banyak nau nak mengadu ni. Hahah,,,

Ada opismate aku ni suka nau panggil nama aku sambil terjerit-jerit.
Eh, bukan aku je. Kalau dia panggil orang lain pun, same je.
Terjerit-jerit dari dalam bilik.
Ya ALLAH, nyampahhhh nye aku!!
Dah macam gaya majikan panggil bibik.
Kau ingat aku kuli batak kau ke??
Ishhhh!!!
Kalau nak panggil, panggil la elok-elok.
Ni office tau. Office!!
Respek la sikit orang lain walaupun kau ada jawatan tinggi!
Bos aku pun boleh panggil aku elok-elok!
Dah jadi tabiat dia dah panggil orang camtu.
Menyirap je aku dengan dia ni.
Kecik besor kecik besor je aku tengok dia.
Nasib baik ko jantan!

Kadang-kadang aku buat-buat tak dengar je bila dia panggil.
Pandai-pandai dia la datang kat meja aku kalau nak apa-apa.
Aku kalau orang bodo camtu, aku malas sikit nak layan.
Nyampah!

Karenah admin aku tu takyah aku cerita laa...
Aku rasa dah berguni-guni kot entri dia dalam blog aku ni.
Perangai bodo.
Tak habis-habis nak mengular.
Ringan je kaki aku ni nak pergi buat report kat HRIR.
Tapi tu la, kang ada yang tuduh aku tutup periuk nasik orang.
Kalau tak report kang, aku pulak yang sakit hati dengan perangai dia.
Nak sound depan-depan pun, tak makan saman gak.
Kalau bagitahu bos pun, same jugak perangainya...
So, ape lagi yang perlu aku buat??

Banyak pulak aku mengadu ari ni.
Dah alang-alang menaip kan. Hahah...



2 comments:

Liyana said...

yg pasal main terjah bilik bos and training organizer tu aku pun bengang gak hahaha. rasa semua secretary kena kot :D

diana aziz said...

Liyana : ye la kot. pnh la dgr geng2 secretary mrungut bnda yg same.. haha..