Wednesday, September 24, 2014

25 Facts about me

Salam readers....

Hari ni aku nak buat entri suka-suka.


25 fakta tentang aku


1-   Aku ada bermacam-macam nama panggilan. Diana, Nana, Na, Nura, Angah, K.Ngah, Mek. Ngah... Tak kisah panggil aku apepun tapi agak-agak la.. jangan la pulak panggil aku Jennifer Lopez.

2- Sebenarnya aku anak yang ke-4 dalam family. Tapi memandangkan anak yang ke-3 (Kak Nuraida) meninggal sebelum aku dilahirkan, maka aku dinaikkan pangkat jadi anak yang ke-3. Mungkin sebab tu jugak personaliti aku ni pelik sikit.. Api + angin. Paham-paham je la ye.

3- Aku cepat kalah dengan family. Adik-adik & anak-anak sedara mintak ape-ape je, mulalah lembik lutut. Aku akan bagi tapi cepat atau lambat je. Mummy & daddy pon takde mintak apa-apa tapi naluri manusia kan, sebagai anak reti-retikanlah bagi hadiah kat mak ayah. Setahun sekali at least 1 hadiah yang aku akan bagi kat diorang. Harga barang mesti lebih kurang. Adil katanya.

4- Aku tak suka selekeh-selekeh. Which means baju kotor-kotor, tak bersih, pakai baluse cantik tapi pakai selipar jepun. No..no....no.... Biar tak bergaya tapi kemas. Sebab tu la aku akan make sure lengan baju aku ada side... bukan ber side side ye. Seluar dalam aku pun aku gosok. Eh, takde kije kan. hahah...

5- Pencinta yang setia! Ewahhhh.. poyos sangat kan. Tapi itulah hakikatnya. Aku dah malas nak kenal dengan lelaki lain. Malas nak start all over again. Eh, malas segala-galanya laaa. Baik setia je pada yang ada sekarang. Lagipun aku kalau dah confirm orang tu sayang kat aku, aku akan sayang kat dia beribu-ribu lemon.

6- Emo, kuat merajuk, suka nangis especially sebelum tido. Tatau la ape penyakit. Kalau ada benda yang tak kena siang hari, aku tahan dulu air mata. Nanti dah nak tido baru nangis. Saiko tak? Hahha...

7- Masa zaman sekolah dulu aku pernah jadi mangsa buli sampai tahap mintak tukar sekolah. Tapi mummy bising kata aku penakut. Boleh?? Sorang lawan 5-6 orang bohsia kot mummy. Memang la Nana kalah. And 1 more thing zaman sekolah rendah dulu aku ada 2 nama gelaran. Epal & anakonda. Epal sebab aku pernah ada ketumbahan kat belakang telinga sebesar epal. Till now parut still ada kat belakang telinga kiri aku. Tapi kan kekuasaan ALLAH, budak-budak yang gelarkan aku Epal tu semuanya terkena penyakit yang sama selepas aku sembuh. Tu la, gelar kat orang lagi. Time diorang panggil aku epal tu, aku down gile-gile kot. Anakonda pulak diberi sebab gigi depan aku ni patah separuh. Kebetulan time tu femes dengan citer anakonda. Nokharom sangat kan!

8- Aku selalu dikatakan berlagak dan sombong. Eh, belum kenal belum tahu tau. Jangan nak judge macam-macam kalau tatau ape-ape. Aku memang tak banyak cakap dengan orang yang aku tak kenal atau baru kenal. Acu kalau dah lama kenal aku, agak-agak korang salotape mulut aku ni kot.

9- Tak suka subjek math, account, add math atau ape-ape je yang berkaitan dengan kire-kire. Aku ni dikire lembab tahap gaban bila disuruh buat kira-kira.

10- Aku suka kaler pink, purple, biru laut, hijau, putih dan hitam. Selain dari tu aku kureng sikit gemor. Tapi kalau bab baju tatau la kenapa aku banyak sangat beli kaler hitam. Mungkin sebab hitam itu menawan kot. Heh!

11- Boros. Aku memang seorang yang sangat boros. Aku jarang shopping. Tapi sekali aku shopping sendiri mau ingat laa... Aku cerewet bab kasut. Tapi bile aku dah berkenan, maknanye memang kena beli jugak. Kalau tak beli nanti teringat-ingat sampai termimpi-mimpi. Over sangat kan.

12- Aku memang jenis tetap pendirian. Tak mudah ubah keputusan. Sebab tu aku anti sikit manusia-manusia yang suka ubah-ubah keputusan. Nak-nak keputusan tu melibatkan orang lain. Kalau untuk diri sendiri nak ubah 30-40 kali pon takpe.

13- Tepati masa. Kalau bab time management, memang takyah bimbang. Aku memang jenis tepati masa. Kalau janji kul 12, pukul 11:55 tu aku akan make sure aku dah ada kat situ. Sesetengah orang janji pukul 12, 12:05 minit baru sampai. No..no...no... prinsip aku, biar aku tunggu orang. Bukan orang tunggu aku.

14- Orang kata aku ni jenis kepala batu. Tatau la betul ke tak. Tapi kalau ramai yang cakpa camtu, rasanya betul la tu kan...

15- Plan. Everything has to be planned. Aku tak suka buat benda secara adhoc.

16- Menggelabah. Uihhh kalau bab kerja memang aku cepat gelabah. Takut kerja tak dapat disiapkan dengan sempurna.

17- Boifren pertama aku adalah pada zaman tadika. Amboihhh, tecit-tecit pon  dah pandai kapel eh. jangan tatau, hubungan tu kekal sampai darjah 4 ok. Hahah... setia lama tu. Putus pun sebab aku sendiri tak nampak hala tuju. Hahahah.... bongek betul la mase tu!

18- Pelupa tahap gaban. Tak tahu la pulak aku ni ada keturunan alzheimer ke ape. Tapi aku memang cepat lupa. Benda yang jadik 2 minit lepas pon aku boleh lupa. Pekak pon boleh tahan gak aku ni. hihi...

19- Suka deko-deko dan kemas bilik. Bilik dah kemas pon, aku tetap nak kemas lagi. Ade je benda tak puas hati kan.. haha..

20- Aku takut dengan kucing, katak dan ular. Even ular plastik sekalipun, memang aku takut. Geli okehh bersisik & muka garang camtu. Oh maiiii!! Takuitt!!!

21- Aku sangat suka coklat! Suke..sangat suke... dan teramat suke! Sebab tu aku suka makan kat DipNDip. Mujur kat situ makanan mahal. Kalau murah, tetiap hari aku pergi makan kat sana.

22- Aku suka tengok movie seram dan bunuh. Hohoh.... berlambak dvd movie seram & bunuh yang menjadi collection aku. Lepas tengok, mula la takut nak gi kencing sensorang tengah-tengah malam.

23- Kepantangan aku bila aku tido ada orang yang kacau. Hoihh, boleh angin satu badan kot! Pernah aku tengah tido, tetibe pukul 1 lebih pagi ada sms masuk. Rupa-rupanya kawan aku mesej just to ask, "Weh, ko call aku ke tadi?". Pffttttt!!! Takleh tunggu esok pagi ke, kawan? Adoyaiiii!!

24- Aku adalah seorang yang kuat tido. Pantang ada masa sikit, mesti aku tido. Kekadang tengah buat kerja kat opis pun, aku boleh terlelap. Dan aku jugak kuat makan nasik. Sehari at least sekali aku kena makan nasik. Kalau tak makan nasik, aku akan kelaparan untuk 1 hari tu. Jadi, untuk elak aku lapar, aku tido laa.. haha

25- Yang ni paling horror. Aku pernah digilai oleh orang gile tua pada umur 10 tahun. No one yang tahu pasal benda ni. Aku tak citer kat sape-sape pun selama ni. Aku takut takde orang yang percayakan aku. Orang gila tu aku tatau nama ape tapi orang gelarkan dia 'alalalala tok'. Masa tu femes dengan lagu 'Alalalala tok jangan saman" nyanyian Poe. Orang gile tu memang akan marah dan kejar sesape je yang nyanyi lagu tu depan dia. Aku perasan dia suka kat aku sebab kalau aku balik kampung, mesti dia ada kat mana-mana je tempat aku bermain. Dia tengok aku dari jauh dan kadang-kadang dia datang betul-betul dekat dengan aku. Of course la aku freak out. Paling horror masa aku pergi ke pasar malam kat kampung naik basikal, tetibe aku terlanggar dia. Dia punyalah tunjuk baik siap tolong angkatkan basikal aku yang jatuh.. tapi lepas tu dia try nak heret aku jenjalan dengan dia, Memang tak la!! Lepas tu dah tak jumpa dia dah. After beberapa tahun tak jumpa orang gile tu, tetibe boleh pulak terserempak dengan orang gile tu masa umur 12 tahun. Terus aku tak keluar rumah main dengan kengkawan. After a few months, barulah aku kembali keluar main-main. Itupun lepas aku yakin orang gile tu dah tak ada kat kawasan rumah aku. Fuhhhh, selamat!!

_______________________________________________________________

Ni la 25 fakta tentang aku. Ada yang ok, ada yang tak ok. Biase la kan. Manusia mana ada yang perfect.

Korang share la fakta-fakta tentang korang pulak. Best jugak baca fakta tentang orang lain ni... hihi


2 comments:

Reena Kamarudin said...

seronoknya baca ada yang kelakar hahahaha

Mimy Hamid said...

oitt smpai 25 ahahahah