Thursday, September 18, 2014

Bilik

 Salam readers...

Aritu aku ada citer kan yang aku de buat spring cleaning bilik aku.
Tukar perabot yang rosak, beli yang baru.
Ingat tak? Ingat tak?

Pokai makk tau!

Berminggu-minggu jugak la aku amik masa untuk kemas bilik aku tu.
Takde la banyak sangat barang (barang kecik tu banyak la.. hihi) tapi aku kan alah habuk semua.
So, kerja pun kena la buat slow meloww..
Tu pun aku dah demam on off 2 minggu.

Member request nak tengok perabot cemana yang aku beli.
Kemain kan sebelum beli tu nak berangan nak cari katil ala-ala princess bagai.
Pastu nak cat bilik pinky pinky... kononnye la kann...
Walhal... hmmm....

Tapi aku rasa tenang la bila tengok bilik kemas.
Bilik aku kecik je tapi selesa la aku duk sorang-sorang.
Semua barang aku letak dalam bilik.
Senang jaga barang sendiri.
Kalau letak kat ruang tamu tu risiko sikit.
Masing-masing punya perangai, barang aku barang aku. barang ko aku tak amik tahu.
So, kalau hilang ke rosak ke even disebabkan orang lain, pepandai la nak settle sendiri.

Jadi bagi mengelakkan aku sakit hati disebabkan benda-benda macam tu, baik la aku jaga barang-barang aku sendiri.

Aritu aku ada beli katil & almari baru yang sama kaler dengan drawer ikea aku.
Kononnya nak bagi nampak 1 set la.


Katil kayu.
Memang puas hati aku beli katil ni sebab memang tahan.
Kayunya pun berat je.
Matikk la kalau nak berpindah nanti kena angkut benda alah ni...


Almari kayu.


Aku beli 3 pintu kali ni.
Ada 4 laci dan 4 lagi compartment.
1 compartment ku susun segala mak nenek pakaian.
1 compartment lagi aku susun handbag.
Aku kan banyak handbag.
1 compartment aku letak cadar dan selimut spare.
Kot la nanti ader kengkawan atau sedara mara nak tumpang tido.
Dan last compartment aku letak kain batik dan tuala spare.

Hoihhh... rasa happy je sebab semuanya tersusun elok!


Ni la drawer ikea yang aku beli tahun lepas.
Dalam drawer ni aku letak all the accessories,  dan stationery.
Buku-buku, album gambar semua aku sumbat je dalam drawer ni.


Ni muka budak demam kononnye disebabkan kemas bilik berminggu-minggu.
Selsema takyah cakap laaa...
Ter sokseksoksek aku kat opis.

Sekarang ni still aku mengemas lagi.
Sikit-sikit camtu la...
Taknak la kemas over-over sangat.
Nanti demam lagi.

So, ok la..
Nanti kalau bilik aku tu 100% kemas, aku update lagi ye....
Aku tak reti nak deko-deko.
Tapi at least bilik nampak kemas, itupun aku dah rasa puas hati.




4 comments:

Mimy Hamid said...

amboi sedondon satu bilik tema solid brown

Liyana said...

cantik. kemas je :)

azlina aliuddin said...

sweet jer bilik Nana..mcm orgnye juge :)

thehealthinspector said...

Sweet. Saya pun suka perabot kaler solid brown :)). Selamat mendeko rumah!