Wednesday, September 3, 2014

Budak mengada dan sabotaj

Salam readers..


Eh, kate taknak update blog untuk beberapa hari.
Ni timbul pulak entri baru.

Hahaha...
Aku bosan la uolsss...
So far kerja-kerja aku untuk hari ni semuanya dah settle.
Statistik kes untuk meeting akhir bulan ni, semua aku dah buat.
Bos pulak busy dengan meeting dia.
Aku just standby je kot-kot dia nak suruh aku fotostat dokumen ke ape.
Tapi setakat ni takde la pulak dia mintak buat apa-apa.
Alang-alang standby ni, aku up la satu entri.

Lagipun hari ni aku demam.
Eh, demam campur selsema campur dengan batuk sikit-sikit.
Syookkk sangat sakit macam ni... *tangandibahumatakeatas.
Dah la opis aku ni sejuk membeku.
Bertambah-tambah selsema aku.
Nak mc malasss nak gi klinik.
Biarkan je la..
Agak-agak sampai tahap takleh bangun nanti baru la gi klinik. Huhu...

Citer 10 Ogos lepas.
FZ ajak aku detim...
Haha... macam kan dah lama detim kan.
FZ sekarang ni quite busy.
Kelas swim banyak. Kije pulak shift.
Nak kata jarang keluar sama-sama tu, tak la...
Ade je berjumpa tapi idok ler sekerap dulu.
Kalau dulu tetiap hari jumpa.
Sekarang ni 4-5kali seminggu mesti jumpa.

Hari tu aku tak berapa sihat jugak.
Batuk.
Tapi tekak teringin nak makan western.
Ni kes tengok rancangan Masterchef Australia la ni.
Terus terliur aku nak makan fish fillet.

Malam tu FZ bawak aku pergi ke Secret Recipe Pekan Lama PJ.
FZ dah pesan dah awal-awal jangan minum ais.
Tapi aku kan degil... nak jugak minum ais. Haha...


Inilah budak yang selalu risau kalau aku sakit.
Dia pernah cakap, kalau aku sakit, dia pun sakit sama.
Mane tak sakitnya, dia susah hati la sebab takleh jaga aku malam-malam.
Kalau jadi apa-apa, dia kan jauh.
Owhhh, sooo suweeettttt!!

Tapi dia pernah jugak cakap, kalau dia sakit, aku takkan apa-apa.
Sebabnya kalau dia sakit, aku takkan tahu pun.
Nak kata sayam tak cakna kat abam ler tuu...... pffttt!!


Yang ni budak sakit tapi mengada-ngada.
Langsung taknak pantang makan.
Bedal je semua ikut sedap tekak..... 
Kalau sakit melarat, mulalah merengek kat boifren suruh bawak pergi klinik.
Mihmihmih..


Budak sakit order chocolate lava with ice cream.
FZ perati je bile aku order ni.
Hahaha... elok sangat la tu.
Batuk-batuk makan coklat.
Lagi batuk la jawabnya.

Makwe sape ntah yang degil sangat nih... kihkihkih.


Just strawberry orange FZ punya..
Aku ice lemon tea je.
Yang penting ais ok.
Takde ais, tak best.


Aku order ni je. Fish & chips.
Hilang kempunan aku nak  makan fish fillet.
Nyum nyum...

Tengok gambar ni rasa teringin la pulak nak makan lagi.. huhu......
Oh tidakkk! I'm on diet....


Hari tu sebenarnya FZ tengah diet tau.
Dia sebenarnya taknak makan.
Tapi aku order jugak untuk dia.... Platter ape ntah namanya...
Ada chips, ada isi ayam, udang, ketam...
Aku paksa jugak dia makan.
Sabotaj! Huahahahaha *gelak syaitoonnirrajim.

Mane aci dia diet sorang-sorang.
Kalau aku gemok, dia pun kena la gemok.
Kalau aku kurus, dia tetap kena gemok jugak...
Hahah..

Sekarang ni aku on diet.
Giliran dia pulak sabotaj aku.
Contoh macam semalam.
Dia cakap pagi ni dia nak belikan aku breakfast.
Ok la, beli la kalau dia nak beli.
Kalau aku halang pon, dia tetap beli jugak kann...
Dia tanya aku nak apa.
Aku cakap la nak makan nasi lemak kosong.
Aku tengok kalori nasi lemak kosong baru 400 kalori.
Tapi dia punya sabotaj, pagi tadi dia belikan aku bihun goreng siap sambal dengan telur mata. 
Plus air teh o ais.
Dah 555 kalori okeh!!
Motiff tanya aku nak makan ape semalam... Pftttt!!! 

Terus aku tak makan lunch tadi.
Kalau tak, overdose la kalori aku per day.
Tak boleh.. tak boleh...
Aku nak kurus!

No comments: