Thursday, September 11, 2014

Entri tanpa gambar - Port Dickson

Salam readers...

Kesahnya 30 Ogos lepas FZ bawak aku & cinonet Alya berpiknik ke Port Dickson.
Kitorang bertolak dalam pukul 9 pagi.
Masa tu pun jalan dah start jem.
Takde accident, takde kemalangan jiwa, takde kerosakan jalan, takde ape-ape...
Tapi tetap la jem sampai berkilometer jauhnya. Bongok tak?

Sampai PD dalam pukul 11 lebih camtu.
Cuaca memang cantik sangat.
Tak panas terik, tak mendung. Sedang-sedang je...
Cuaca kat pantai kan.

Kitorang sewa khemah bumbung kat situ.
RM25 je.
Bawah khemah tu ada kerusi & meja.
Boleh la bermalas-malasan dan makan kat situ.
Dah la redup. Duk bawah pokok rendang.
Sejuk je rasa.
Kebetulan FZ pulak memang ada pacak khemah tertutup.
Dia yang beli sendiri khemah tu.
Senang la aku kalau nak tukar pakaian ke ape.
Segala mala mak nenek beg pun boleh letak kat situ dengan selamat.

Dah settle susun barang-barang semua, FZ bagitahu dia nak belikan makanan.
Alya dah sibuk dah buat istana pasir depan khemah kitorang.
Aku pulak nak salin pakaian.
Uihhh, tak sabar dah ni nak mandi laut.

Sementara aku salin pakaian tu, aku suruh Alya nyanyi.
Yela, aku takut jugak kang kalu kena culik ke ape.
Dah la dia duk luar khemah, aku pulak duk dalam khemah.
Kalau jadi apa-apa, tak sempat aku nak bertindak ape-ape.
Aku suruh dia nyanyi so that aku boleh pastikan dia ada dekat dengan aku.
Dia pun macam paham-paham je kenapa aku suruh dia nyanyi.
Dan-dan tu jugak dia nyanyi lagu kegemaran dia.

"Cicak cicak di dinding,
Diam-diam merayap,
Datang seekor nyamuk,
Lalu dimakan..."

Lagu ni tajuk Cicak. Dalam youtube ada lagu ni.
Cikgu kat taska dia la yang ajar tu.
Lagu asal Indon. Sekarang anak-anak kite pulak yang nyanyi lagu diorang.
Haihhhh!
Tapi tetap comel dia nyanyi. Hahah..

Tengah duk nyanyi tu, aku dengar la bunyi motor.
Gile bisingg....

Aku tanya Alya, : Baby, bunyi ape tu?

Alya : Bunyi motor.

Aku : Bunyi motor? Bising nye......

Alya : Hmmmm...... *ralit sangat main pasir la tuh.

Aku : Marah dia baby.

Alya : Amboiiiii dia tuh! 

Dia marah. 
Aku yang duduk dalam khemah tu terus gelak-gelak..
Comel sangat cara dia marah tu.
Hahah....

Dah settle tukar pakaian, aku join Alya buat istana pasir.
Seronok okeh main macam budak-budak ni...
Istana Alya kelakar. Bulat je.. takde pintu.
Tahu-tahu je ada batu seketul atas istana dia. Hahah...

Dia dengki sebab istana aku lagi lawa.
Dia asik la sibuk tabur pasir atas istana aku.
Hahah.. kecik-kecik dah pandai nak dengki kan.

FZ balik je, terus kitorang makan dulu.
Pastu terjun air laut!! Hoyehhhh...

Menjerit-jerit Alya taknak mandi air laut.
Takut katanya...
Dia asik berpaut kat aku je.
FZ nak amik dia pun dia taknak. Hahaha...

Ombak pulak ada yang kecik, ada yang besar.
Ni kalau takde Alya ni, mau nye aku pergi sampai ke tengah ni.

Dah puas mandi, kitorang cari washroom.
Tempat-tempat camni mane la ada washroom yang selesa kan.
Tapi washroom yang aku pergi ni boleh tahan la..
Lantai tak berpasir sangat.

Seronok jugak berpiknik kali ni.
Tapi tu la..... takde gambar.
Bila dah kemas-kemas masuk kereta nak balik, barulah FZ bunyi.

"Sayang, kite tak amik gambar kan"

Grrrrr.......

Kenapa la boleh lupa??

Dah balik aku bagi Alya hisap susu.
Keletihan sangat kot sampai tertido dia.
Dah sampai KL barulah dia bangun.

Rase nak berpiknik lagi je......
Next time aku akan snap gambar banyak-banyak.

No comments: