Monday, September 8, 2014

Food court, NU Sentral

Salam readers...

Aku dah lama dah teringin nak pergi ke NU Sentral.
Tapi tak pergi-pergi jugak...
Bukan takde masa tapi malas nak menapak naik LRT ke KL Sentral tu.
Lagipun aku dengar banyak lagi kedai yang tak bukak.
So, kendian-kendian pergi pun takpe.
Dekat je pun dengan rumah aku.
10minit je naik LRT dah sampai kat NU Sentral tu.

FZ pulak tak pernah tahu pun ada shopping mall baru kat situ.
Tak tahu perkembangan betul la dia ni.

24 Ogos lepas, FZ ajak kuar tapi kitorang tak tahu dah nak pergi ke mana.
Takkan nak dating kat MV je kann...
Aku suggest kitorang pergi ke NU Sentral.
Yela, dua-dua tak pernah pergi sana.

Tengahari tu FZ parking kereta dia kat parking lot apartment aku.
Kitorang menapak naik LRT dari stesen universiti ke KL Sentral.
Weekend tu takde la ramai sangat orang.

Dah sampai NU Sentral, rasa macam wahhhh......
Besar jugak rupanya mall ni.
Lepas ni kalau malas nak pergi MV, aku shopping kat situ je la.
Aku tengok banyak jugak butik-butik nak bukak kat situ.
Seronok-seronok....!

Masa aku sampai tu, ramai la jugak orang kat situ.
Tapi tu la.... tak banyak lagi kedai yang bukak.
Aku pegi ke Sephora. Nak tengok barang make up yang ada kat sana.
Tapi by the time aku masuk kedai tu, orang tak ramai dalam kedai tu.
Pastu ade la 3-4 orang salesgirl datang kerumun aku tanya aku cari ape... aku nak ape..
Aduhaiii.... stress mak!
Aku datang nak tengok-tengok je.
Kalau ada barang yang aku nak beli, aku beli la..
Pandai-pandai la aku pilih.
Takyah la nak kerumun tanya macam-macam.
Aku nak ketenangan okeh.
Huhu...

Terus aku bawak FZ keluar...
Jalan-jalan sekitar mall tu tengok kedai apa yang ada.
Tup-tup nampak food court.
Perut lapar..
So meh la kite gi makan kat food court.
Orang pulak tak ramai.. tenang la sikit nak pilih makanan.




Kitorang decide nak makan western untuk lunch hari tu...
Kat food court ni macam-macam makanan ada dijual.
Mee, nasik, western, ayam penyet...
Rambang mata aku pilih nak makan ape.
Perut dah kruppkrapp dah mintak makanan.



Yang ni FZ punya.
Chicken black pepper with mushroom sauce.
Boleh tahan sedap..


Aku punya spaghetti baked seafood.
Sedappp jugak yang ni.

Aku dengar banyak lagi kedai makan yang ada kat situ.
Tapi duk kat tingkat atas...
Aku tak naik sampai atas hari tu.
Takpelah, next time boleh pergi lagi.
Ate dekat je kann....


4 comments:

Mimy Hamid said...

food court lum try lg..tp makanan kt level atas dah tawaf dah..nnt kita makan sakae sushi lak..jomm

diana aziz said...

Blh jgk tu mimy... tp tggu nana btol2 sihat dulu ye..

Achieq said...

apa cam pelik gambo suasage tuh *tutup mata ...hahahahaha

diana aziz said...

Kak @achieq :hahaha... memula tgk mcm .... erkkkk..... tp bt2 tak faham je la. haha