Monday, September 22, 2014

Jalan-jalan, shopping, karaoke, makan & makan lagi

Salam readers...

Macam kan banyak sangat aktiviti tengok dari tajuk tu. Hihi...

Ni citer 2 minggu lepas.
FZ off day weken tu. So dia bawak aku jenjalan sekitar KL.
Aku pulak takdenya nak jenjalan saje takde arah tuju.
Awal-awal aku cakap kat dia bawak aku pergi Campbell Complex.
Aku nak pegi potong seluar kaler-kaler aku dan buat skinny sikit.
Almaklum la peha den ni besauu.
Mana ada seluar skinny saiz aku ni.
Nak tak nak kena beli seluar yang straight cut. Pastu nanti upah potong.

4 helai total RM60.
Mahaiiiii.... eh ke murah dah tu?
Entah. Haha..
Korang kalau ada tempat upah potong seluar lagi murah bagitahu aku tau.
Ate sharing is caring kannnn.
Share yang area KL je la.
Jangan pulak korang bagitahu area Ganu ke ape... ade jugak kena lempang nanti.


Dua-dua bambam.
Acaner tu??

Dah alang-alang ada kat Campbell, kami berdua jenjalan la kat dalam.
Tak banyak kedai pun.
Tapi ader la kedai yang jual kasut sport.
Entah tetibe rasa cam nak beli kasut sport untuk teambuilding opis akhir bulan ni.
Dah la kasut sport aku semua dah rosak.
Alang-alang tu belilah sepasang.



Red Ferrari Drift Cat 6 Trainer.
Amboiii kemain nama kasut kan..

Tapi aku memang berkenan betul.
Aku publish la gambar ni dalam FB.
Adik-adik aku tetibe komen mintak suruh belikan jugak.
Tak terkecuali anak-anak sedara aku semua kata kasut ni cantik dan mintak dibelikan sekali.

Amboiiii, angah korang ni memang cop duit kannnn...
Ni saiz junior pun dah 200 lebih.
Kalau saiz kaki lelaki yang gabak tu, 300 sampai kot...
Huhuhu... rabakk poket wehh!

FZ pulak haremmm duk gelak kat aku sebab pakai kasut saiz junior.
Dia kata kaki aku cinonet.
Biar laaaa.... cinonet tu la comel. huh!

Sementara menunggu seluar potong tu siap, FZ ajak aku naik Sogo pergi karok.
Wahhh, dah lama dah tak karok.
Tapi sebelum pergi karok tu, sempat la tinjau-tinjau kat ruang legar bawah Sogo tu.
Ade sale kan.
TER sambar pulak sandal Sembonia.
Hihihi....


Redbox Ria ni ada di tingkat 7 Sogo ye.


Aku ni kalau pegang mic memang dah lupa diri dah.
Asik aku je la yang nyanyi.
Hahaha...


Bagi peluang pulak untuk FZ nyanyi.
Kesian dia. Tukang bayar tapi tak nyanyi.
Tak aci la kannn...



Kitorang order nasi goreng ayam.
Nyum nyumssss...


Ayam goreng tu memang very the delicious!
Sedapp hingga menjilat jari uollsss!!



Dah habis karok, kitorang patah balik pergi ke Campbell.
Amik seluar potong tadi.
Suke...suke...suke........!!
Boleh pakai seluar kaler-kaler dah.

Malam masih muda...
Kitorang menghala pulak ke MidValley.
Aku nak beli barang dapur.

Lately aku suka sangat masak.
Jadi ke tak jadi ke, lain citer.
Yang penting masak.
Habis segala mak nenek herbs aku beli.
Kononnya nak try buat aglio olio.
Tapi setakat ni belum try buat lagi.
Aritu je sempat buat spaghetti bolognese.

Ni pun aku duk men'google' resipi yang menggunakan daging.
Tetibe pulak transform jadi karnivor.
FZ ada janji dengan aku nak belikan pemanggang ajaib tu.
Aku rasa tahun depan pun belum tentu aku dapat kot... huhu..

Dah shopping semua, kitorang singgah makan sekali lagi.
Wahhhh... banyak betul aku makan ni.
Habis diet aku!



Makan...makan...makann....
Aku suka makan!
Cane badan tak gemok kan? Huhu...

Dah settle semua benda, barulah FZ hantar aku balik rumah.
Kompem la dah penat mase tu kan.
Maka bermulalah acara kuak lentang atas katil tu.
Serius syok penat-penat terus baring atas tilam empuk.
Lemak pon bermaharajalela....

:)


1 comment:

Emynz said...

aku selalu stress tgk makanan kat blog ko niiii hahahahah cesh