Monday, September 8, 2014

Rating blog naik mendadak??

Salam readers...

Cuak gile dowh!!

Tu la ayat yang paling sesuai dengan perasaan aku sekarang.

Actually sejak awal minggu lepas aku perasan rating blog aku naik.
Naik berkali-kali ganda.
Dari ratusan readers, terus jadi ribu.
Memang la aku cuak.

Korang pun tahu aku ni bukannya blogger yang femes emes.
Even aku takde pon nak promote blog aku kat mana-mana.
Kawan-kawan & sedara-mara aku je yang tahu blog aku nih.
Itupun sebab aku sendiri yang cakap.
Kalau dalam FB, memang aku tak promote.
Aku takut jadi femes emes macam blogger lain.
Aku tak cantik, tak ramah, menggelabah... penulisan aku pon tak best.
Dah tahu tak pandai menulis, lagi ada hati nak tulis blog khennn..
Kang ade pulak orang benci-benci kat aku.
No...no...no....
Mase aku mula-mula berkecimpung jadi blogger pon, aku pernah dihentam macam-macam.
Oh tidakk!!
Tak ku sanggup untuk menghadapi haters lagi.

Kalau blogger lain mesti dah melompat-lompat happy bila tengok rating blog naik kan..
Aku happy jugak tapi at the same time tetap aku rasa cuak.
Cuak sebab benda ni berlaku secara tiba-tiba & tak tahu punca.

Bila tengok keywords, takde pulak keywords yang mencurigakan.
Bila tengok referral, kebanyakkannya datang dari google.
Kot la ada yang share link blog aku ke kannn... mane la tahu.

Oleh sebab cuak melampau-lampau, aku tanya la member opis aku, Mimy.
Blog dia rating tinggi jugak.
Dalam sehari ribu-ribu yang baca blog dia.
So, aku tanya la dia manalah tahu dia boleh tahu ape punca blog aku tetibe ramai pulak reader.

Tapi dia pun sama cam aku.
Dia pun pelik.
Ah, sudahhh...! Kalau dia pelik, aku tuan punya blog lagi la pelik kan..

Takpelah. Think positive je.
Maybe sebab aku suka taip tajuk guna perkataan penuh, jadi bila orang guna sesuatu keywords, terus kuar link aku ke...

Aku bukannya ape.
Entri blog aku ni ada macam-macam.
Ate cakap direct kan.
Tak puas hati, aku tulis cara tak puas hati.
Entri happy, aku tulis la happy happy.

Aku takut ada reader yang tak suka cara aku menulis dan bercerita dan sebarkan link aku kat mana-mana untuk memburukkan aku.
Kalau benda positif takpe.
Acaner kalau benda tu negatif?

Manusia ni ada macam-macam pendapat dan tanggapan.
Kalau reader seorang yang positif, maknanya benda positif la yang diorang akan fikir.
Kalau jenis negatif, maka negatif la yang diorang fikir.

Tapi takpe la...
Keep think positive.
Kot la memang betul ramai yang dah follow blog ni.

Btw, haii new readers!!
Welcome to my blog yang biase-biase ni...
Salam kenal.
Hihi..!