Thursday, September 4, 2014

Raya di Kajang

Salam readers...

Eh..eh.. terselit pulak entri raya kat sini.
Padahal Syawal dah lama berlalu..
Lupe nak update. hehehe...

16 Aug 2014, kawan sekerja FZ ada buat rumah terbuka.
FZ awal-awal lagi dah bagitahu dia memang nak ajak aku.
Aku segan sebenarnya... ye la, aku bukannya rapat sangat dengan kengkawan dia kat kolam tu.
Tapi memandangkan dia beriya ajak, aku ok je.
Sejak balik dari beraya kat kampung, aku dah tak rasa raya dah.
Tak tahu la kenapa. Huhu...

Nama kawan FZ ni Bob.
Rumah kat Kajang sane... kawasan jem gile.
FZ pulak memang tak tahu jalan ke rumah Bob.
So, kitorang berkonvoi ramai-ramai 3 buah kereta.
Aku of course la satu kereta dengan FZ.
Kawan FZ nama Boy dan girlfriend dia, Mel dan Abang Din naik sebuah kereta.
And sebuah lagi kereta Abang Aziz sekeluarga.

As expected, memang jalan jem gile..
Nasib cuaca tak panas sangat.
Hujan renyai-renyai..


Abam FZ, lenkali cover la perut tu sikit.....
Dah boroi dah FZ penangan sabotaj dari aku.
Dia kemain lagi exercise bagai.
Tapi bile kuar dengan aku je, dia kena makan banyak.
Hahaha...


Ok, jangan komen apa-apa tentang pipi aku.
Aku dah tau dah pipi aku tu makin bambam.
Sebab tu la aku nekad nak diet...
Kalori..kalori..kalori.....
Kena control kalori..


Ok, kite amik gambar dari atas.
Takde la nampak sangat dagu berlapis & pipi bambam tu kan..
Hihihi...


Muke stress sebab jalan jem.
Hahaha...
Aku la yang duk tenangkan dia sepanjang jalan.
Aku pon sebenarnya stress jugak dengan jalan jem tu...
Aku rasa sejak 4-5 tahun lepas dah kot Kajang ni selalu jem.
Kenapa takde penambahbaikan eh??

Kitorang bertolak pukul 12.
Sampai Kajang pukul 1 lebih.
Dah sampai je terus cari tempat duduk dan makan.

Banyak gile kot makanan.
Ada nasi beriyani, bihun sup, cendol, aiskrim, char kueh teow...
Paling best kambing golek..... nyum nyum!!

Bob kongsi dengan adik-beradik dia buat rumah terbuka ni.
Sebab tu boleh buat makanan banyak-banyak.


Ni masuk 2 nd round aku makan.
1st round makan nasik dulu.
Pastu baru makan kambing golek ni...
Sedap betul!!! Banyak kali kot aku amik kambing golek ni.
Lupe dah diet. hihi...


Cendol. FZ je yang makan ni.
Aku taknak makan cendol. Kalori tinggi.
Semangkuk ni pun dah 199 kalori.


Yang ni FZ je yang makan.
Aku dah kenyang makan nasi & kambing golek.

Time balik, berkonvoi ramai-ramai lagi.
Tapi dah sampai KL, aku dan FZ menghala ke Setapak.
Cari perabot untuk bilik aku.

Menduga keimanan betul cari perabot ni.
Payah nak dapat almari dan katil idaman.
Aku cari katil kayu dan almari yang banyak compartment.
Memang la susah nak jumpa.
Tapi alhamdulillah, on the same day aku dapat jugak order perabot.
Itu pun puas dah pilih.
Aku tak beli set pon.
Bilik sekangkang kera, nak beli set apenye kan...

Ok, tu je nak citer hari ni.
Nak kuar lunch dengan kawan-kawan jap...
Babai!



No comments: