Tuesday, September 2, 2014

Sibuk


Salam readers...

2 minggu lepas aku ada order perabot untuk bilik aku.
Untuk gantikan perabot lama.
Jadi, berkecah-kecah la bilik aku tu.
Dah alang-alang buat kecah macam tu, aku buat spring cleaning sekali.
Banyak rupanya benda-benda tak pakai yang aku simpan.
So, semuanya aku buang.
Malas nak semakkan bilik lagi.
Biar barang-barang yang berguna je ada dalam bilik aku tu.

Jumaat baru-baru ni, perabot yang aku order tu sampai.
Maka, bermula laa edisi 5S bilik aku.
Aku ni ada resdung. Main pulak dengan debu habuk bagai.
Mula laa aku bersin, batuk, selesema semua.
Lengkap pakej. T___T

Sekarang ni tinggal sikit je lagi benda yang nak disiapkan.
Rasa tenang je bile tengok bilik kemas.
Barang-barang yang kecik-kecik tu aku masukkan dalam kotak.
Kebetulan bulan lepas aku ada beli kotak banyak-banyak kat Daiso.
Tengok semua barang tersusun rapi, rasa tenangnya jiwa.
Acu kalau tengok ruang tamu, ya ampunnn!!

Duduk rumah sewa ramai-ramai macam ni memang payah sebenarnya.
Masing-masing ada perangai masing-masing.
Dalam rumah tu, nak harapkan aku sorang je la yang uruskan hal-hal rumah.
Harapkan orang lain, yang ado!!
Kak Siti je la yang kadang-kadang concern jugak.
Dia tolong belikan barang-barang rumah macam penyapu, mop... pencuci rumah semua.

Aritu 3 bijik lampu kat ruang tamu aku blackout.
Tak tahu ape punca.
Berbulan kot duk dalam gelap.
Nasib lampu dalam bilik aku tu ok.
Housemates aku yang lain yang selalu lepak kat ruang tamu tu.
Rela diorang duk dalam gelap.
Sorang pun tak berani nak call electrician.
Padahal aku dah tepek dah nombor-nombor penting kat ruang tamu tu.
Cakap je nak call sape,
Electrician? Plumber? Security? Fast food restaurant?
Semua ada aku tepek.

Last-last akuuuu jugak yang amik tindakan.
Melayang RM300 untuk baiki lampu-lampu tu.
Ntah la... masing-masing dah besar.
Sepatutnya tahu la tanggungjawab masing-masing.
Hidup ni tak boleh la asik nak bergantung atas bahu orang lain je.
Kata duk serumah.
Pandai-pandai la masing-masing fikir.

Lepas ni dah settle bab bilik, aku nak uruskan hal dapur pulak.
Naik semak dah aku tengok dapur tu.
Sebelum ni dapur aku dah ok dah.
Tapi masuk pulak budak pengotor dalam rumah aku ni, dapur dah jadi kecah balik.
Adoiii, stresss nye makk!

Aku dah susun elok-elok dah barang-barang kat dapur tu so that dapur nampak lapang dan kemas.
Sekali dia bawak pulak masuk barang-barang dia yang banyak tu.
Tak susun elok pulak tu.
Kat mana ada barang aku, kat situ jugak la dia nak menempel barang dia.
Grrr....!!

Baru-baru ni aku ada beli dapur baru.
Sorang pun tak berani pakai.
Aku tak kisah kalau nak pakai.
Tapi pandai-pandai la jaga.
Jangan kau buat macam barang tu kau punya.
Memang siapp la aku keje kan.
Dulu masing-masing tak cermat guna washing machine aku.
Bila aku tegur, sentap.
Sampai ke sudah masing-masing tak pakai dah mesin aku.
Hah, bagus la..
At least kalau rosak takde la aku ralat sangat.
Ape-apepun kalau barang rosak, aku jugak yang kena tanggung sorang-sorang.

Ikutkan hati ade je aku nak tegur.
Susu pekat mengalir dalam peti ais, takde sape pun yang rajin nak lap kan.
Sampai keras benda alah tu. Dah susah aku nak cuci.
Guna barang aku, tapi tak cermat.
Macam mana aku tak marah??
Aku as tuan barang pun jaga kebersihan barang-barang aku.
Ada benda tumpah je, terus aku lap.
Orang lain suka-suka je guna.
Kalu benda tu kotor ke ape, takde pun rasa nak tolong cucikan.
Masing-masing pakai ikut sedap hati.
Senang diri sendiri.

Kadang-kadang aku nak je jadi kedekut.
Lantak la orang nak kata ape.
Aku beli barang untuk kegunaan aku. Bukan untuk orang lain.
Aku beli pun untuk kesenangan aku sendiri. Bukan kesenangan orang lain.
Guna beli duit sendiri pulak tu.
Bukannya mintak duit dengan orang lain.

Tetibe membebel lak kan...
Hahaha...

So, untuk 2-3 hari ni maybe aku tak update blog.
Aku nak rehat je sebab bila balik rumah, aku ada banyak kerja nak settle kan.

Macam kan ade yang kesah aku update ke tak kan...
Hahaha...






2 comments:

Mimy Hamid said...

pic perabot pls hhehe

diana aziz said...

tggu bilik dah settle kemas semua baru nana tunjuk ye mimy.. hihih