Wednesday, September 10, 2014

Sushi King, Mid valley

Salam readers...

Bertemu lagi kite hari ni..
Semalam tak update sebab iolss demam la uolsss...
Iollss cuti.. tak larat nak pergi klinik amik mc so kenalah amik EL.
Nak buek cemano kann..
Berpenyakit sungguh aku lately sampaikan budak rumah aku tertanya-tanya awat aku selalu sangat demam akhir-akhir ni...

Ate dah tua kan...
Antibodi dah tak sekuat dulu.. T__T

4 Sept baru-baru ni, Kak Shy ajak aku dan kengkawan secretary makan sushi.
Aku ok je memandangkan kalau kuar dengan FZ, memang takkan dapat makan sushi.
FZ tak suke makanan Jepun/Cina/Korea ni...
Dia kata makanan tak masak.
Aku ajak masuk Teppanyaki pun dia taknak.
Hahah.. tekak masing-masing kan.

Kalau bab makan makan Jepun ni, aku kena pergi dengan kengkawan je la.
Aku tak kisah... yang penting boleh makan kan.

Lunch hour sepantas kilat kitorang pergi ke Sushi King, Mid Valley.
Kak Shy ada membership Sushi King.
Dapat la 10% discount.


Tuan belog..


Kak Shy... peminat tegar sushi nih.


Mimy....


Mak buyung, Ika.. hhihihi..


Yang ni Tenpura Moriawase.
Kalau sesape yang takleh makan makanan tak berapa masak tu, boleh la order tempura-tempura nih.
Yang ni 443 kalori tau...


Diorang cakap ni salmon skin piri piri.
Sedap katanya tapi quite hanyir la bagi aku....
But still aku boleh telan.


Yang ni Mimy yang order. Tori Kushiage.


Ika karage.
Sotong.. sedapp...
Tapi aku terambik bahagian sesungut.
Nak je aku kehekkk balik tapi gitu la... segan, takut orang kiri kanan nampak.
Makanya, ku telan sajo la.


Aku amik set ni.
Mix bento.
Ada isi ketam, bebola udang, filet ayam dan salmon.
Sedap.
Habis semua aku telan.


Yang ni namanya Kani Tama Maki.
Taktau la pae maksudnya tapi sedappp nak mampssss!!!

Ada crab stick dan timun.
Nyumsss...



Yang ni all time favorite aku.
Surimi scallop.
3 pinggan sekali aku makan... 
Padahal aku dilarang sama sekali oleh doktor untuk makan scallops ni.
Hahah... babel sungguh la. Piat baru tahu!



Aku duduk sebelah laluan sushi plate ni.
Nampak je sushi yang menyelerakan, aku amik...
Hahah... senang kan.


Sorry ye kak. 
Muka akak terpakse di blur kan. 
Saya nak snap gambar sushi je. Heheh..


Ni jumlah plate yang kitorang makan.
Kire sikit la ni.
Kalau yang lepas tu, fuhhhhh lagi banyak kot.

Kenyang sampai ke malam makan sushi nih.
Memang tak rugi.
Tapi kalau orang yang tengah diet tu memang takleh la makan sushi ni sebab kalori tinggi kot.
Bayangkan la sushi secoet sepinggan tu pun dah 140 kalori. Hohoho...

Tengok gambar-gambar ni tetibe teringin pulak nak makan sushi...
Hoho....
Jangan ikut nafsu, Diana!




3 comments:

Achieq said...

errkk ye ke banyak nyer patutlah den tak kurus2 hahahaha *larik

diana aziz said...

Kak @achieq : Khennnn.... lps ni mkn kena kire kalori berapa.. :)

diana aziz said...
This comment has been removed by the author.