Friday, September 5, 2014

Tony Roma's Steakhouse Restaurant, MidValley

Salam readers...

Hari ni dah hari Jumaat.
Yeayyy!!!
Esok dah weken. Tak sabarnya nak ganti tido yang tak cukup sepanjang hari kerja.
Dah la selsema tak baik-baik lagi nih.
Nak tido malam-malam pon tak selesa duk sokseksoksek...

Actually, dah lama sangat dah aku teringin nak makan kat Tony Romas (TR).
Orang duk bercerita kesedapan beef ribs kat situ, aku dah menjejeh-jejeh dah ailio.
Cepat-cepat masuk internet bukak laman web TR, menjejeh-jejeh lagi ailio tengok gambar makanan kat situ...
Hoihh, takleh jadi ni.
Memang kena gi makan jugak.

FZ balik dari kije je, terus kitorang zassssss pergi Tony Roma's Steakhouse Restaurant kat Mid Valley.
Boleh tahan ramai gak orang yang makan kat situ.

Sebelum pergi tu memang aku dah aim dah nak makan ape.
Takde la nanti jakun sangat menggelupur tatau nak order ape kan...




Dia ni bukannya suka sangat kalau pergi tempat-tempat cenggini.
Tak biase katanya... Malu la ape la.
Relax-relax je dah laa...
Geram haku dengan dia ni tau!
Orang lain pun kgdotcom gak tapi takyah la buat jakun sangat.
Grrr!!


Tengok macam ai ni...
Cool jek.. walhal kheennnnnn...


Kitorang order shrimp scampi pasta...
Ohemmgeee, sedappp gileee....
Udang tu ade dalam 15 ekor kot!!
Jenuh aku nak perabihkan.
Serius sedap nak mampss!!


Kitorang order jugak Beef Ribs & Chicken tender serve with loaded mashed potato & rice.


Makan ni kongsi 2 orang sudah sangat mengenyangkan!!
Makan sorang memang tak habis la kan.
Portion besar kot.
Memang berbaloi dengan harga dia.

Tapi ribs tu kannn ya ALLAH, sedapp sungguh!
Tender yet juicy. 
Tak muak langsung aku makan.
Nasik tu langsung tak bersentuh. Kenyang kann..
Padahal nasik tu pun sedap gak.
Rasa macam nasi ayam camtu.

Kitorang order ice lemon tea...
Boleh refill lak tu.
Suke..suke.....

Next nak ulang balik makan kat sini....
Tapi nak order benda lain pulak.
Lamb ribs ke.... sedapp gak tu agaknya....
Nyumsss...!




No comments: