Tuesday, October 28, 2014

Cerita Raya Haji yang dah berkepuk tapi baru nak publish.. ngeeeeeee.....

Salam readers...

Ewahhh... 8 hari uollss aku tak update belog.
Aku malas nak menaip la lately.
Pastu malas nak edit gambar.
Malas nak letak watermark.
Malas nak ingat tarikh bile kejadian itu berlaku.
Eh, malas semua laaaa...
Hahaha...
Sampaikan budak opis aku (sape lagi kalau bukan Farid) komplen, "Ape la Kak Na ni update belog cerita yang dah berkurun lamanya..." T____T
Nak buek cemano dik oiii...
Hakak khenn femalesssss...

Si Ekin pulak siap cakap, "Sedih la bile bukak blog Kak Na, tak update....8 hari Kak Na..."

Hokey...hokeyy...
Hakak hapdate la ni ye.
Demi hadek-hadek ku sayam... hihi...

Ni cerita Raya Haji yang lepas ye.
Aku beraya kat KL je.
Tak balik kampung sebab plan asal family aku nak datang KL.
Tapi last minute tak jadik disebabkan Kak Long takde.
Kak Long balik Perak, kampung belah Abang Zam.
Aku sentap sebenarnya.
Orang lain beraya dengan family, aku pulak beraya sensorang.
Itupun mujur ada FZ.
FZ kan tak jadi balik kampung dia kat Johor tu sebab tak sampai hati biarkan aku beraya sorang-sorang.
Padahal mula-mula dia beriya-iya dah nak balik kampung.

Pagi tu aku sengaja bangun lewat.
Taknak dengar takbir raya. Takuittt nanti sedih pulak.

Agak-agak matahari tegak, barulah aku bangun.
Kalau dah namanya pompuan, mana-mana pon pergi, akhirnya ke dapur jugak.
Aku dah tatau nak masak ape.
Bukak fridge, tengok ade daging.
Pastu terpandang pulak rempah nasi arab.
Okeh, masaklah nasi arab untuk raya tu.
Senang pon senang.
Rebus daging sampai empuk, pastu amik stok daging campur dengan rempah nasi arab.
Toskan beras basmati yang direndam 30minit, pastu letak dalam periuk yang dah diletakkan stok daging tadi.
Pastu tanak je la nasik tu sampai masak.
Kejap je dah siap.


Makan camni pun dah sedap.
Takyah dah buat lauk lain...
Sekadar makan sorang, boleh la masak masakan ringkas camni.

Tengahari FZ datang rumah bawak macam-macam lauk.
Memula rasa cam tak bermakna je raya tahun ni.
Tapi tetibe je ehhh, meriah la pulak.
Hahaha....


FZ bawak ketupat nasik, sambal kacang, gulai ayam, pastu sayur ape ntah...
Pastu dia teringin nak makan nasi arab yang aku masak tu.
Bertambah-tambah dia makan.
Seronok pulak nengoknya....

Dah settle makan semua, dia ajak aku keluar.
Ingatkan nak pergi mane.
Rupa-rupanya pergi karok.

Kelasss makk... orang lain beraya kunjung rumah sedara-mara, aku pulak berkunjung ke pusat karok. T___T


Outfit raya....
Kononnye laaa...


Menyanyi kemain lagi bersungguh-sungguh.
Hihi...


Dia ni pun kemain lagi bersungguh-sungguh menyanyi.
Dah lama tak karok kann....

Mase pilih lagu tu aku perasan kenapa la mata aku ni kelabu sangat.
Agak-agak mata bertempek kat skrin tu barulah nampak tajuk lagu.
Rasa cam dah teruk je mata aku ni.
Dulu aku pernah la pakai cermin mata tapi aku pakai time tengok tv je.
Sekarang dah nampak melampau-lampau sangat rabunnya.

FZ suggest aku pergi check.
Balik karok, kitorang singgah kat kedai cermin mata.

Check punya check, power mata aku dah naik 250!!
Hoihhh, tinggi tu.
Itupun siap pakej mata kiri silau lagi...

Maka, terpaksa la labur duit beli cermin mata baru.





Itupun aku pakai kat opis dan masa tengok tv je.
Aritu ade pergi tengok wayang, pun aku pakai jugak.
Hoihhh, tak selesa.
Aku bukannya suka sangat pakai cermina mata nih.

Tapi nak buat cemana.
Dah namanya rabun kan...
Selesa tak selesa, kenalah pakai jugak.



1 comment:

warga FM said...

thanks kak na akhirnya berjaya hapdate belog, takdelah kita bosan asyik tengok post sama je dari 8 hari lepas :p