Tuesday, October 7, 2014

Teambuilding 2014

Salam readers...

Seminggu eh tak berupdate blog ni. ngeeeee...
Jangan maree ye..
Aku malas nak menaip la korang.
Plus takde mood. Mood adalah membuta je.
Kat opis pun pantang ada masa senggang, mulalah membuta.
Kat entri yang lepas pon memang aku cakap aku suke tido kann... hihi..

Minggu lepas 28hb hingga 30hb September, aku ada teambuilding kat Thistle Port Dickson Hotel.
Dengar Thistle je dah macam waaahhhhhhh!!!
5 star hotel kot..... fuhhh....

Day 1

Disebabkan aku takde kenderaan, maka aku menumpang Farid.
Opismate aku, Leen pon tumpang Farid gak.
Program start pukul 9 pagi, so aku bertolak dari rumah pukul 6:15 pagi.
Wahhh, gigih sangat kan!

Aku bertolak awal sebab plan nak berkumpul dengan Leen & Farid kat stesen LRT Sri Rampai.


Ingatkan pepagi weken takde la orang kat stesen LRT.
Rupa-rupanya ada jugak 2-3 orang.
Kemana la ekk diorang ni nak pergi?



Sunyi sepi jalan raya.
Biasenya time macam ni, aku tengah membuta lagi kot.

Dalam LRT pon sama.
Penuh orang.
Hoihhh, korang sume nak pegi mana hah?
Weken kot.... tido la puas-puas wehhh.
*Tetibe busybody khennn...

Lebih kurang 35-40 minit perjalanan dari stesen Universiti ke Sri Rampai.


Meh selfie kasut baru.
Hahah... gile menunjuk betul.
Ahhh.. pedulik! Blog aii kann..

Kasut ni aku beli semata-mata untuk teambuilding ni.
Plus kasut ni sama macam kasut FZ.
Design je lain sikit.

Kul 7:30pagi, aku Farid dan Leen bertolak ke PD.
Excited nih!

Dalam kereta, Leen sibok membuta.
Hoihhh, minah ni mengalahkan aku pulak.
Aku mengantuk jugak tapi kesian la kat Farid kan, drive sensorang.

Sekejapan je dah sampai PD.
Ailio Leen pun tak sempat nak bertempek kat kerusi kereta Farid.
Hahaha... T___T.

Sampai-sampai je terus breakfast.
Aku is lapar sesangat.
So, gambar breakfast tak amik. Malas aku nak pegang-pegang henset bagai.
Pegang henset pon kejap je sebab whatsapp FZ bagitau aku dah sampai.


Gambar ni aku amik mase survey tempat.
Hoihh, kolam dia besar okeh..
Terus berangan-angan nak mandi kat sini bila ada masa.
Aku ada bawak swimming suit okeh!


Ni schedule untuk hari tu.
Pack gile kot......!!
Terus angan-anganku musnah nak mandi kolam. T___T


Kelas yangg ermmmm....... entah.
Aku rasa aku dah bengap sangat dah kot sampaikan masuk apa-apa kelas, mesti dah tak masuk dalam kepala otak.


Gambar ni aku cedok dari whatsapp group.
Speaker adalah orang yang dikenali ramai jugak.
Cara penyampaian dia tu best.
Takde la bosan sangat.
Tapi camtu la... bangun awal pagi sangat.
Mulalah tengah-tengah kelas, rasa mengantuk bagai.

Pukul 1 lebih, break untuk lunch.
Aku dah start sakit hati dah masa ni sebab speaker asik drag waktu kelas.
Dalam jadual kata kelas habis kul 1.
Tapi dia drag another half an hour.
Orang pun nak rehat jugak ok.


Menu lunch.
Ok la... overdose aku amik meal kali ni.
Mengantuk campur lapar, ni la hasilnya.


Dessert tak best.
Sorry Thistle, iollss cakap jujur okeh.

After lunch, sambung balik kelas...
Kali ni lagi laa menduga keimanan aku. 
Siyes aku cakap!
Bukan ape, aku ni ikut time. 
Kalau dalam schedule kata kelas habis pukul 4, maka silalah stop pukul 4.
Tapi kelasnya drag lagi sampai pukul 6!
Haramjadsss sangat kan.
Kepala penat, badan letih, perut period pain, mata mengantuk, ko rasa ape perasaan aku??

Katanya boleh check in pukul 4:30 petang.
Aku dah plan, ok pukul 4:30 check in, boleh laa rehat sekejap.
Tido ke, baring-baring ke...
Pukul 6:30 petang tu boleh la start gosok baju dan mandi-manda.
Pastu dinner & kelas start pukul 8:30 malam.
Dah elok la dah sebenarnya schedule tu.

Tapi disebabkan kelas drag sampai pukul 6, segala plan adalah dushhhh!!! Hilang! Cancel!
Pregnant lady ada 2 orang kot dalam kelas tu.
Aku yang sekadar period pain ni pun rasa letih gile kat pinggang, apatah lagi pregnant ladies tu.
Tak consider langsung orang penat ke ape kan.

Hah, aku dah start membebel dah ni.
Tapi betul tau!
Kot la ade mana-mana speaker yang TERbaca atau memang follow blog aku ni, tolong la jangan buat perangai macam ni.
Ikutlah schedule.
Jangan nak memandai-mandai pergi drag jadual orang.
Participant pon nak jugak rehatkan minda ni.
Kalu ko asik bercakap je kat depan, lama-lama orang bosan jugak tau.
Tau la speaker speaker ni hobi memang potpetpotpet je manjang.
Tapi agak-agak la sampai tak reti nak stop.

Aku orang pertama yang pergi amik kunci bilik.
Siyes aku dah penat.
Aku nak rehat, nak baring.


Gambar ni pun aku cedok dari group whatsapp.
Sepanjang program, aku dan Leen duk sebilik.
Bilik kitorang adalah bernombor 623.


Leganya dapat masuk bilik.
Terus aku susun barang-barang.


Katil Leen belah kiri. 
Aku punya belah kanan sebelah meja kecik tu.



View dalam bilik.
Suram kot bilik ni.
Lampunya malap je.
Aku snap pun guna night mode.
Kalau tak, memang bilik nampak gelap.



Pompuan kan.... 
Mana boleh bawak kasut sepasang je.
Paling-paling pun 3-4 pasang tak masuk selipar. Hahaha....
Tu pun aku belum keluarkan heels lagi.


Kite susun beg elok-elok.
Bilik mau nampak kemas.
Takmo sepah-sepah..


View luar.


Balkoni ada 2bijik kerusi je.
Tak guna pon. Takde mase nak bersantai-santaian.


Gile tak cantik view dari bilik aku.
Bila tanya view bilik orang lain, masing-masing cakap mengadap padang golf la, mengadap kolam la...
View aku?? Mengadap resort TNB. 
T____T


Eh, tetibe terselit pulak gambar ni. Hihihi...
Ni adalah barang-barang aku.
Memang aku suka susun-susun macam ni bagi nampak kemas.

Oleh sebab check in lambat, aku sempat rehat 15 minit je.
Pastu mandi-mandi dan bersiap.
Lepas maghrib, terus turun pergi cafe untuk dinner.


Kak Shy.


Mak buyung, Ika.


Roommate, Leen.


Aku, tuan belog. Hihihi...


Ni menu Kak Shy.
Saje je la snap nak bagi nampak urban sikit makan sayur mayur.
Korang tahu kan aku tak makan sayur.


Ni menu aku....
Nasik...nasik... dan nasik...


Jalan-jalan nampak carbonara.
Terus melompat makan 2 mangkuk.


Seafood soup.
Masin uollsss...

Lepas dinner, sambung kelas lagi. T___T


Start pukul 8:30malam.
Seperti dijangka, kelas drag lagi sampai 11:30 malam.
Padahal dalam jadual habis pukul 11malam.
Stress mak okeh!

Kelas habis, balik bilik, mandi, call FZ kejap pastu terus tido.
Opismate whatsapp pon dah tak sedar dah.
Memang mengantuk tahap gaban.
Tido dengkur pon tak sedar.

Day 2

Liat gile kot nak bangun.
Kelas suppose start pukul 9 pagi.
Tapi gatal sangat organizer & speaker awal kan jadual sampai kul 8:30 pagi.
Serius macam tak bagi orang relax sikit.

Aku dan Leen bangun pukul 6:30pagi.
Mandi-mandi, siap-siap, pastu terus turun pergi breakfast.


Dalam banyak-banyak, hash brown tu yang sedap.
Favorite aku tuh...


Porridge.


Artistik sangat lerr kononnya.


Dah kenapa kau Farid duduk mencangkung macam tu?
Toilet dah penuh ke? hahahah!!

Ramai yang masuk lambat ke kelas sebab masing-masing ingat kelas start pukul 9.
Aku masuk awal, so asik la dengar speaker duk tanya "mana orang lain... mana orang lain?"

Hoihhh.... tensi mak!!
Dah dalam jadual kata kelas start pukul 9 kan....!


Aku dan Leen.
Asal ada time break je, mesti melentok membuta.
Dapat lelap 5 minit pon jadik laa...
Ni la namanya budak nakal. Dah la duk belakang sekali.
Pastu selamba badak je tido depan speaker.
Lantak ahhh! Bosan.


Gambar kenangan.
Group Internal Audit TM 2014.


Free style!!
Spot me... spot me......
Hihi..

Dah bergambar, marilah kite lunch pulak.


Aku makan ni je. *ni je???*
Aku penat. Rasa macam penat sepenat penatnya laa...
Selera makan pon terbantut je.
Kalau mood aku ok, rasanya aku makan banyak lagi kot.

Dah makan, ada sukan pulak.


Game tiger dan cage.
Serius best!! Segar sikit mata aku ni.

Aku kalah wehhhh...
Farid nye pasal la ni.





Yang ni explorace.
Mula-mula kena pergi cari marbles ni dulu.
Aku dan Khairol berlari pergi cari marble biru dan silver.

Dah jumpa, baru boleh settle kan games lain.



Periuk api.




Aku tak ingat nama game ni.
Tapi kena guna 2 tali untuk angkat bola-bola plastik tu masuk dalam tiang hitam tu.
Game ni la yang buat aku sakit peha keesokkan hari.




Yang ni game mosquito ape ntah.
Aku tukang amik gambar je. Hehehe...

Ade beberapa game yang kena settle.
Group aku dapat no. 4 daripada 5 group yang ada..
Hahaha...... tak kisah la.
Saje suka-suka je kan.

Habis games dalam pukul 6:30 petang.
Pastu masuk bilik, rehat.
Pukul 8 malam, turun pergi ke tempat BBQ.
Ada BBQ dan karaoke session.
Aku dan Leen orang yang paling lewat sampai.


Ni je yang aku makan malam tu selain dari aiskrim dan ABC.
Semuanya sedap wehhh!!


Dah ada karok session, rugi la kalau tak karok kan....
Memula aku nyanyi lagu Dialah Hati - Datuk CT.
Dah habis, tetibe di request pulak untuk nyanyi lagi CT lagi...
Hadoii...
Aku pilih lagu Nirmala. Sebabnya orang yang request tu suruh aku nyanyi lagu lama CT.


Dan selepas itu, bertubi-tubi orang ajak duet.
Penat siot.........!!
Sampai naik serak suara aku ni.





 Tapi apepun, tetap enjoy.
Masing-masing sporting. Terbaekkk la korang!


Tepat pukul 11 malam, balik bilik dan tido.
Sebelum tido sempat aku tampal koyok kat peha dan betis.
Sakit hoihh otot-otot aku ni.

Tapi tu la... Kena kumpul tenaga sebab esoknya ada sukan lagi.
S.W.A.T game!!

Day 3

Jadual start pukul 8:30pagi.
Sebelum start, haruslah breakfast dulu.


Terus excited sebab ada nasi lemak!!!
Makan macam tak jumpa nasi lemak setahun. Hahah..


Hash brown dan pankek.
Nyumsssss!!

Memang breakfast kali ni best. 
Kebanyakkan adalah menu kegemaran aku!

Dah breakfast, berkumpul kat padang.

Opsss...peha aku adalah sangat sakit.
Nak duduk mencangkung memang tak boleh.
Dah lama kot aku tak bersenam.
Memang terkezutt la otot-otot aku ni kannn.
Pakai koyok pun takde kesan apa-apa pun.


Korang berani main game ni?


Aku berani tapi biase laa.... disebabkan peha yang sakit ni, so aku tak main.
Nanti jadi apa-apa kang susah diri sendiri je.
Lagipun aku ni bukannya jenis suke amik risiko.



Azie ni sempoi je.


Group Leen.


Azlan pon sempoi je...


Aku tak main. Aku posing je. Hihihi....


Ekin dan Azrul (Kalu tak silap laa...)
Azrul ni yang assist kitorang main games.


 The gedixx FM!!
Hahaha...
*Kite-kite je yang tahu kannnn... haha*

Dah habis main games, barulah balik bilik dan packing-packing untuk check out.
Tak sabar aku nak balik rumah.
Memang mengantuk dan penat sangat-sangat.

Balik, Farid drive.
Aku dan Leen membuta dalam kereta.
Aku memang dah takleh celik dah mata ni.

Farid hantar aku dan Leen ke stesen Sri Rampai.
Aku berhenti kat Stesen Bangsar dan FZ pick up aku kat situ.

Sampai je rumah, terus berkuak lentang atas tilam.
Nikmat sungguh!

Ni je la kisah teambuilding kali ni.
Tapi aku harap sangat-sangat-sangat wahai GIAs.
Lepas ni tolong la jangan buat schedule pack macam tu.
Kalau rasa nak buat schedule pack macam tu, baik buat kat hotel bajet.
Takde la tinggi sangat kos.
Sebab duduk kat hotel 5 star sekalipun, participants still tak boleh nak enjoy the facilities.
Rugi tahu tak!
Bayar mahal-mahal tapi terperap dalam dewan, cafe dan bilik je.

Teambuilding dibuat bukan untuk menambah stress, menyakitkan atau membebankan staff.
Teambuilding diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara staff.
So, waktu free and easy tu perlu ada.
Time tu la staffs boleh spend time sama-sama untuk bermesra, having coffee sama-sama, mandi kolam sama-sama, gym sama-sama, photoshoot sama-sama...
We should be given a time to have fun.
Ni  tak... kelas melarat-larat dari pagi bawak ke malam non stop.
Fuhhh, menderita wehh otak.

Takpelah.
Kali ni organizer unit lain yang buat schedule untuk kite.
Lepas ni kite-kite je yang organize sendiri ye.
Hopefully takde dah schedule pack macam ni.

Enjoy tetap enjoy.

1 comment:

Mimy Hamid said...

kalau tak sure kita sebilik kan nana..heheh tu la dah out dr GIA