Tuesday, November 18, 2014

Blog Celen 10 : Apa yang ada di dalam handbag anda

Salam readers....


Aku suka beg besar.
Padahal barang aku takde la banyak sangat pun.
Tapi entah laa... senang kot nak muatkan ape-ape.
Kalau takde beg plastik ke ape, senang aku sumbat je barang dalam handbag.
Masa zaman kolej dulu boleh la pakai handbag kecik... itupun aku guna untuk pergi kenduri je.

Lagipun mase aku jaga Alya tu, senang aku nak letakkan pampers, botol susu semua dalam handbag.
Takyah dah berangkut beg lain pulak.
Ewaahhh, mak-mak pulak perangainye.. hiihi...


Currently aku pakai beg ni untuk pergi kije dan jalan-jalan.
Aku tak suka tukar-tukar handbag.
Padahal berlambak je handbag aku dalam almari tu. Tak terpakai pulak.
Aku suka pakai 1 beg tu sampai lunyai, pastu baru aku tukar lain.
Hihihi...

Jom terjah ape barang-barang yang ada dalam handbag aku.


Beg duit.
Kalau tak bawak yang ni, memang menangis terlolong la aku.
Kad bank, I/C, duit, kad shopping semua ada dalam beg duit ni.


Cermin mata.
Walaupun aku jarang pakai, tapi aku bawak setiap kali aku keluar.
Mata aku ni bukannya ape sangat. Silau je lebih.
So, cermin mata ni sangat membantu bila aku kena buat kerja mengadap skrin pc lama-lama.


Make up.
Yang basic je aku bawak.
Kot la tetibe opismate ajak keluar pulak kan.


Motifff aku bawak barang-barang ni??
Sebenarnya benda-benda ni penting ok...
Aku memang takleh tengok kuku kotor. Mesti aku kena bersihkan terus dan potong mana-mana yang kotor.
Pin tu pun sama. Dibuatnya pin kain tertanggal ke ape, boleh la guna pin ni dulu sementara nak jahit baru.


Sikat, gunting, pen dan segala mak nenek kunci.
Sikat tu aku tak tahu pun ada dalam handbag aku.
Aku langsung tak sedar selama ni aku duk berangkut sikat ni kemana-mana... hahaha

Gunting tu penting jugak tau.
Sebenarnya aku akan make sure ada benda tajam dalam handbag aku.
As a pompuan, selangkah je kita kuar dari rumah, macam-macam bahaya yang menanti.
Macam aku ni duduk rumah apartment.
Blok yang aku duduk tu ramai orang Indon yang duduk sama.
Kadang-kadang time aku naik lif, ada mamat Indon yang naik sekali.
Bagi aku, aku kena ready kot-kot la mamat tu jahat ke ape.
Bukan nak berprasangka buruk. Tapi hidup ni memang kena hati-hati je selalu.
Nyawa ni bukan boleh berganti pon.

By the time aku tahu yang ada lelaki lain dalam lif tu, kebiasaannya aku akan seluk tangan aku dalam handbag dan pegang siap-siap gunting.
Kot la ape-ape yang terjadi, boleh je tikam terus. Hahaha....
Saiko?
Bagi aku tak.... aku just hati-hati.


Kad rapid, lotion vaseline, dan mini perfume Versace Bright Crystal.


Yang ni pulak external hard disk dan Princess Hansaplast.
Aku ni selalu je melecet kaki.
Yela, duk pakai kasut tutup penuh kan.
Haruslah kadang-kadang tu kaki kena gigit dengan kasut tu.
Haihhh... kasut-kasut..

Ni je barang yang ada dalam handbag aku....
Tapi eh, lupa plak.
Biasenya lepas kuar shopping ke ape, mesti handbag aku akan penuh dengan resit-resit.
Kadang-kadang berminggu-minggu resit tu ada dalam handbag aku.
Jadi sampah dah.. hahaha...

1 comment:

Beautyfull_Maria said...

akak pon same,beg kena besar..tp masalah beg besar selagi x penuh selagi tu tak puas hati...pastu bila bwk muka senget2 berat!