Wednesday, November 19, 2014

Blog celen 11 : Kenangan lucu zaman kanak-kanak

Salam readers...


Nak kata ada kenangan lucu tu takde laa...
Tapi kenangan manis tu banyak..

Kan aku pernah bagitahu aku pernah berkapel sejak tadika dan setia sampai darjah 4.
Putus darjah 4 tu sebab si dia duk kelas belakang pastu aku dinaikkan ke kelas pertama.
Lebih kurang, "Ai tak main la budak-budak kelas belakang ni".. gituuuu..
Poyo sangat kan.
Lempang karangg baru tahu.

Ingat lagi masa akhir darjah 3.
Lepas exam akhir tahun, kitorang still kena datang sekolah.
Sekadar amik syarat je sebab belum cuti sekolah kan.

Dah namanya habis exam, haruslah kelas semua dah takde.
Aktiviti adalah bebas.
Aku masih ingat pagi tu, budak-budak kelas susun meja dan kerusi kat hujung koridor.
Kelas aku pulak memang kelas yang paling hujung.
Dah settle susun meja dan kerusi, budak-budak kelas ajak main kahwin-kahwin.
Ewahhh... umur baru 9 tahun dah pandai kahwin-kahwin ehhh...

Pengantinnya of course la aku dan boyfriend pada masa ituuu...
Yang lawaknya tu budak-budak lain ade yang jadi tetamu, ade yang jadi pengapit..
Pastu korang jangan tatau, kitorang siap prepare bunga rampai untuk renjis-renjis...
Hahahaha...
Bongek betul la mase tu...

Bila ingat balik kan, rasa macam nak patah balik zaman sekolah rendah.
Serius best!

No comments: