Thursday, November 20, 2014

Blog celen 12: 5 Wishlist anda

Salam readers...


5 wishlist aku adalah :-

1.
Nak bercuti sorang-sorang kat tempat sunyi dan rehat...rehat...dan rehat je



Aku teringinnnn sangat nak pergi bercuti sorang-sorang selama 4-5 hari.
Nak pergi ke tempat yang jauh dari bunyi bising, hingar-bingar kota.
Off henset dan tinggalkan internet.
Time tu aku takyah fikir ape-ape dah. Hal kije ke, peribadi ke.
Aku teringin nak terperap je dalam bilik tu.
Pastu bila tiba time makan, order je..
Makan tido rehat... makan tido rehat.
Serius heaven!
Tapi tatau la bila akan tercapai nih. Tskkkk...



2.
Nak pergi ke Disneyland



Aku tak kisah la pergi mana-mana Disneyland pon.
Disneyland Tokyo ke, HongKong ke, Paris ke...
Yang penting DisneyLand.
Yang ni taknak la pergi sorang-sorang.
Tak best.
Pergi ramai-ramai baru la best... happening!

3.
Nak pergi ke USS, tak kisah mana-mana pon



In sha ALLAH dalam masa terdekat ni akan ku jejak USS Singapore.
Itupun kalau takde aral melintang dan diizinkan ALLAH swt.
Kalau tak, wishlist ni akan dibawa sehingga tercapai satu hari nanti.

4.
Nak tanggung parent buat Haji


Maksud tanggung tu is segala perbelanjaan sebelum dan ketika di sana.
Penginapan, perbelanjaan... semuanya laaa...
Ibaratnya satu sen pun duit parent aku tak keluar.
Tapi entah la... 
Dengan gaji sekarang, memang tak mampu lagi kot....

5.
Nak melancong dan melawat di 7 wonders of the world

Kalau nak tanggung parent pergi Mekah pon tak tercapai, apatah lagi untuk laksanakan wishlist yang ni kannnnn...
Memang takkan tercapai la dalam masa terdekat ni..
Tapi kan memang aku nak sangat pergi ke tempat-tempat yang diiktiraf as 7 wonders of the world ni, especially Machu Pichu, Taj Mahal dan Petra...
Ada sape-sape nak sponsor aku tak? hahah....




Apakah kelima-lima wishlists aku ni akan tercapai?

Hmm... harap-harap laa... hehe..


No comments: