Tuesday, November 4, 2014

Blog Celen 2: 5 cara memenangi hati saya

Salam readers...

Masuk hari kedua blog celen.
Aci tak nak mohon blog celen ni terkecuali on weken.
Sebab line tenet kat rumah aku is haram jadah.
Memang susah sangat nak dapat line.


5 cara memenangi hati saya.

No.1 :-

Pandai pujuk....
Tak dinafikan FZ memang pandai pujuk.
Sebab tu hubungan kami sekarang kekal 4 tahun lebih dahh...
Tapi memang aku cepat terpikat dengan orang yang pandai pujuk.
Kalau kitorang gaduh pun, sekejap je dia akan datang pujuk.
Well, pompuan kann memang suka merajuk tanpa sebab.
FZ pun layankan aje laa kesaiko-an gelpren dia ni.. huhu...

No. 2 :-

Jangan hipokrit dan silalah jujur selalu.
Sape yang tak suka kalau orang tu jujur, kan?
Tak jujur tu maksudnya menipu.
Jangan tipu-tipu, aku tak suka.
Tuhan pun tak suka jugak tau!

No. 3 :-

Perlu seseorang yang memahami.
Perangai aku berubah-ubah.
Ada hari mood aku baik. Ada hari mood aku tak baik.
Time aku tak baik tu, toksah la duk sibuk nak buat lawak bodoh depan aku.
Jap lagi ade yang kena pelempang.
Aku cepat tertarik dengan seseorang yang memahami; bukan saja memahami perangai aku, tetapi juga memahami kerja aku, hak peribadi aku...
Kena paham yang aku juga punya dunia aku sendiri.

No. 4 :-

Pemurah.
Hohoohooo.... ai is tak suka orang yang berkira, kedekut paitttt taikk idung masin!
Serius...
Tapi idok la pemurah benor sampai nak sedekah semua harta benda.
Kalau sekadar keluar makan, setakat 5-6 hengget tu, pepandai la keluarkan duit.
Kalau makan atau beli yang mahal-mahal tu nak kongsi pun tak kisah.
Tapi kan ade sesetengah manusia ni, duit orang lajuuuu je dia nak amik.
Tapi bila giliran dia orang mintak sedekah, seposen pun payah nak bagi.
No... no... no....
Sangat tak suka attitude seperti itu.

No. 5 :-

Aku paling suka orang yang easy going.
Dia boleh in je dengan semua orang.
So, memang tak malu la nak bawak pergi mana-mana occasion.
Lagipun biasenya orang yang easy going ni adalah open minded.
Aku memang tak boleh blah dengan orang yang berfikiran sempit ni.
Susah sangat nak berkomunikasi.

Senang je kan nak memenangi hati aku.
So, silalah memenangi hati aku sekarang.
Meh...meh...meh...
Hihii...








No comments: