Wednesday, November 5, 2014

Blog Celen 3 : Sesuatu yang menguatkan anda

Salam readers...


Masih mengharungi blog celen ni...
Dah masuk entri yang ketiga.

Sesuatu yang menguatkan anda.

Of course la family.
Takde family, aku rasa macam patah kaki patah tangan.
Takde tempat bergantung.
Takde tempat untuk berkongsi kasih sayang.
Takde adik beradik ipar duai nak bergosip-gosip.
Takde mummy yang selalu ade je citer nak ngumpat.
Takde daddy yang selalu belikan makanan kegemaran aku bila aku balik kampung....

Kalau takde diorang ni, sumpah hidup aku takde erti.
Dan kompem aku jadi tak kuat.

Contohnya macam sekarang.
Family kat kampung.
Aku kat KL.
Kak Long dan Shahril pon ada kat KL tapi jarang sangat berjumpa.
Yela, masing-masing ada agenda tersendiri.
Kak Long sibuk dengan family.
Shahril pulak kije shift je... time kije takleh pegang henset.
So memang jarang sangat dapat contact.
Memang aku rasa lonely.
Lonely teramat sangat.

Sebab tu masa aku kapel dengan duda bodoh (sesape yang follow blog aku dari dulu memang tahu la kisah ni), aku maintain je dengan dia.
Walaupun aku selalu makan hati dengan sikap playboy dia.
2 tahun aku bertahan dengan perangai dia, sehinggalah ku bertemu dengan Faizal.
Masa tu barulah aku ada kekuatan untuk berpisah dengan duda bodoh tak sedar diri tu.
Eh, emo nih! Hahaa...

2 minggu kenal dengan Faizal, aku dapat tahu dia suami orang.
Then putus dengan dia.
Masa tu aku lost sekejap. Memang down gile-gile tahap murung je kat rumah.
Nak bercakap dengan orang pun aku jadi malas.
Sehinggalah aku jumpa FZ.
Masa mula-mula kenal dengan FZ, aku memang kasar.
Kasar sangat.... asik melawan cakap dia, bentak-bentak.
Tapi entah la cemana dia boleh sabar dengan perangai aku.
Time tu bagi aku, semua lelaki sama je.
Semua jenis mempermainkan hati pompuan.

Lama-lama, entah cemana hati aku boleh terima FZ pulak.
Masa tu duda bodoh tu ade la cari aku.
Meroyan-royan dia mintak aku kembali.
Dia mesej FZ suruh lepaskan aku, dia call daddy mintak daddy pujuk aku kembali kat dia.
Dan paling kelakar siap delivery a bouquet of roses... sebesar pemeluk pulak tu.
Jenuh aku bawak balik kat rumah.
Bersungguh-sungguh sangat nak aku balik kat dia.

Masa tu la hati berbelah-bagi.
Tapi family yang menguatkan aku.
Ingat lagi pesan daddy "Dah, lepas ni jangan nak percaya orang cepat sangat ye..."
Dan masa tu aku tahu, apa-apa keputusan yang aku buat, family tetap akan backup aku.
And keputusannya, gud bye duda bodoh!
Dah tua, pemalas lak tu tapi poyo macam playboy hebat.
Dia ingat dengan duit ribu-ribu dalam akaun dia tu boleh beli aku sesuka hati dia je.
Eh, emo lagi.. hihi...

Aku tahu bila takde family, aku akan lost, lonely...
Untunglah sesape yang dari kecik sampai besar, masuk U, kerja pun still tak berpisah jauh dari family.
Macam aku ni, kerja jauh dari family...
Nak balik selalu pun aku takde kereta.
Kalau ada kereta, berdesup-desapp la setiap minggu aku balik.
Ni, kalau nak balik kena naik bas.
Tahu je la bila naik bas, aku mabuk.. sakit badan semua.
Sebab tu sekarang ni aku balik kampung pun limit 2 kali je setahun.
Itupun mujur family aku selalu jugak datang KL.
Hilang la rasa rindu tu sikit.


F.A.M.I.L.Y.

1 comment:

Myn said...

Naik AA balik weh . AA selalu promo skang tiheh