Friday, November 7, 2014

Blog Celen 5 : 3 perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih

Salam readers...


Tajuk kali ni macam best je...
Tapi blurr la jugak sebab aku banyak sangat ex ni. Hahhaa..
Tatau nak pilih ex yang mana.
Ikutkan aku pilih ex sebelum kenal FZ ye.
Bukan ex yang nama Faizal tu, sebab dengan Faizal aku tak sempat bercinta pon.
Kenal tak sampai sebulan pon.
So, ku pilih ex yang pernah bercinta dengan aku selama 2 tahun bermulanya aku tinggal kat KL.
Sape-sape yang follow blog ni dari mula memang akan tahu siapa dia yang aku maksudkan.

Perkara 1.

If aku terserempak dengan dia kat mana-mana, 1st thing aku nak cakap kat dia, 

"pakcik dayus...pakcik dayus..pakcik dayus!"

Yes, he is soooo dayus!
Dia ingat dia boleh beli pompuan dengan duit dia yang banyak tu.
Well, hellooooo...
Memang duit sangat penting sekarang.
If kau tabur duit juta-juta pun tapi perangai kau macam setan, lambat laun orang akan tinggalkan kau jugak!

Kalau dah perangai setan, of course la bab agama pun dia out.
Seriously kalau bab-bab agama, aku yang ajar dia!
Padahal dia jauhhh lagi tua dari aku kot.
Suppose dia yang kena ajar aku. 
Tapi ni terbalik pulak.

And he always tabur janji palsu.
Janji itu ini tapi buatnya tidak!
Dah la tu, ego nak mampss!

Perkara 2.

Aku nak bagitahu dia lagi, 

"Bawak-bawak insaf sedar diri sikit. Awak tu dah terlalu tua untuk jadi playboy. Lagipun tak hensem! Sangat tak layak!"

Agak-agak lepas aku cakap macam ni kat dia, aku kena lempang tak?
Hahaha...
Berani dia nak lempang aku??
Dulu-dulu boleh la dia memperkotak-katikkan aku.
Yela, dulu aku hormat dia sebab dia lagii berusia dari aku.
Tapi disebabkan perangai dia mengalahkan budak duaploh tahun, maka perasaan respect hilang sikit demi sikit.
Dari perasaan respect bertukar jadi benci dan meluat.

Lepas putus tu, memang dia ada cari aku.
Ikhtiar cari jalan contact orang sana-sini supaya pujuk aku untuk kembali.
Siap ugut aku kena bertanggungjawab kalau dia mati ke ape.. wadefakk sangat!
Tapi bila hati aku dah tertutup, ko pujuk la cemana pun, aku memang takkan kembali dah.
Mase pujuk rayu tu, kemain la dia cakap ALLAH ALLAH bagai, dosa pahala, insaf semua...
Seriously macam setan tetibe je bertukar jadi malaikat.

Agak-agak pujuk rayu dia tu tak jalan, dia putus harapan.
Yes, dia sangat cepat putus asa.
Lepas tu la keinsafan dia tu tak tahu la dia campak mana.
Automatik dia jadi setan balik.
And dia meroyan-royan dalam FB cakap dia taknak pompuan jahat bohsia cam aku.

Eh, apesal aku pulak yang kena ni?
Yang curang angkut pompuan berlainan setiap hari masuk dalam bilik tu adalah dia.
Bukannya aku.
Alih-alih aku pulak yang kena.

Lepas tu, dia buat balik perangai lama.
Lantak ko la..
Masa tu pun aku dah bahagia dah dengan FZ.

Ada aku kesah??

Perkara 3.

Aku nak ucapkan "terima kasih sebab mengajar aku erti hidup yang sebenar".

Ya, dalam hidup ni kita takleh dapat semua benda yang kita nak.
Kita takkan dapat jadi sempurna seperti yang kita mahukan.
Kita ada duit yang banyak, belum tentu kita dapat kebahagian yang dicari.
Kita dapat kasih sayang yang tak berbelah bagi, tapi belum tentu kita hidup senang boleh beli macam-macam.

Kita nak gain something, kita kena sacrifice something.
Tu la lumrah hidup.



No comments: