Monday, November 10, 2014

Blog Celen 6: Apa yang anda makan hari ni?

Salam readers...

Kembali dengan blog celen..


Apa yang anda makan hari ini

Memang kena sangat la tajuk ni aku buat hari ni...

Memandangkan aku update blog ni pagi, maka aku update ape yang aku makan setakat ni aje la ye..
Makan malam belum tahu lagi nak makan ape.

Hari ni aku ada bawak bekal dari rumah.
Rajin betul mak jemahh ye..
Hahaha...


Nasi goreng cili padi pedas kaw-kaw dan keropok keping Ganu kite..

Nasi goreng ni yang semalam punya sebenarnya.
Aku masak dalam pukul 8 lebih sebelum tengok AF.
Tapi ade lebih pulak.
So, aku panaskan la dalam periuk nasi.

Tapi, tup-tup pagi tadi FZ call bagitahu dia ada belikan aku nasi lemak dengan teh o ais.
Haiyooohhhh...
Banyak betul makanan ni.


Nasi lemak telur mata.

FZ ni memang selalu belikan aku breakfast, tapi tak bagitahu aku awal-awal.
Tapi takpelah..
Nasi lemak ni aku makan dulu.
Nasi goreng tadi aku makan tengahari nanti.
Jimat sikit duit.
Hihi...

Ok, tu je.
Korang makan ape pulak?


No comments: