Wednesday, November 12, 2014

Blog Celen 7 : Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda

Salam readers...


Ter skip satu hari blog celen disebabkan aku tak berapa sihat.
Nanti aku citer kat entri lain ye.
Kite kembali dengan blog challenge.

Bagi aku pendidikan adalah sangat penting.
Faktor untuk berjaya adalah melalui pendidikan.

Sekarang ni nak jadi kerani kat company kecik pun at least nak sijil diploma.
Zaman aku study dulu, sijil PMR pun laku lagi.
Sekarang ni, usahkan PMR, sijil SPM pun dah tak laku.
Diploma tu pun setakat kerani cabuk je..

Dah tu kalau takde sijil, cane nak dapat kerja?
Bila takde kerja, cane nak berjaya? Ada duit sendiri?

Memang zaman sekarang ni semuanya melihat kepada taraf pendidikan.

Tapi kan kalau gagal dalam pendidikan pun tak semestinya gagal dalam segala-galanya.
Tuhan anugerahkan seseorang tu dengan bakat masing-masing.
Ada yang tak pandai dalam pelajaran, tetapi dia ada bakat melukis.
So, gunakanlah bakat melukis untuk mencari rezeki.
In sha ALLAH bila ada usaha, pasti akan berjaya jugak.

Aku setuju dengan rakan blogger aku, Reena Kamaruddin.
Dia cakap :

Kalau kau bodoh, malas belajar, kau tetap takkan kemana.

Kalau kau bodoh, tapi kau rajin berusaha, ada peluang, insyaALLAH kau akan berjaya.

Kalau kau cerdik, tapi kau malas, kau tetap takkan kemana.

So, sama je kan?

Pendidikan is penting.
Rajin dan usaha tu pun lagi penting.





Betul kan?

No comments: