Friday, November 14, 2014

Blog celen 8 : 5 lagu kegemaran anda

Salam readers...


Semalam aku adalah busy bebenor...
Itupun sempat selit kejap update pasal birthday...
Kalau ikutkan memang tak sempat nak tengok internet pon sebab aku busy buat statistik.

Ok, back to the blog challenge.

5 lagu kegemaran aku..
Aku sebenarnya suka lagu yang mendayu-dayu, lembut...
Rock kapak heavy metal memang aku tak layan.
Bagi aku lagu-lagu macam tu tak menenangkan jiwa.
Lagi serabut jiwa raga aku ade laa..

Dan aku ni sebenarnya peminat lagu-lagu hindustan.
Sekejapan je aku boleh hafal lagu-lagu hindustan.
So, jangan terkejut kalau dalam 5 lagu tu ada banyak lagu hindustan ye.
Hihihi...

1- Mujhe haq hai

Lagu ni adalah lagu dalam movie Vivah. Dinyanyikan oleh Udit Narayan & Shreya Ghoshal.
Romantik sangat lagu ni. Me loike!!
Lirik pon penuh makna.... dalam youtube ada video yang diletakkan english subtitle.
Korang search la sendiri kalau nak tahu ye.

2- Mewangi

Wahhhh, aku suke sangat humming lagu ni.
Lagu baru dari Akim & The Magistrate.
Dengar lagu ni sambil duduk atas katil mengadap tingkap sambil melihat kegelapan langit malam....
Ewahhhhh... jiwang sangat kan!

3- Pyar Tune Kya Kiya

Lagu ni adalah dari movie hindustan 'Pyar Tune Kya Kiya'.
Dilakonkan oleh Urmila Matondkar, Fardeen Khan dan Sonali Kulkarni.
Antara movie favorite aku.
Berpuluh-puluh kali tengok still tak puas.

4- Ayat-ayat Cinta

Aku boleh nangis kalau nyanyi lagu ni...
Ntah saiko ke ape, tapi lagu ni memang boleh buat hati aku ni sebak...
Hahah... bongok tul!

5- Aa Bhi Jaa

Lagu ni dari filem Sur: The Melody of Life.
Filem ni aku tengok sekali je. Lepas tu dah takde dah tayangannya dalam tv.
Walaupun 1st time tengok, lagu-lagu dalam movie ni adalah sangat menangkap hati aku.
Muzik lagu ni sangat sedap dan lagi best kalau dengar time duduk sorang-sorang di kawasan yang sunyi.
Aku lagi suke dengar muzik tanpa lirik.. pastu aku nyanyi-nyanyi sendiri.


So, inilah top 5 lagu yang aku suka...
Semua lagu-lagu ni ada dalam phone aku.
Kadang-kadang bila datang je perangai gile, aku akan nyanyi kuat-kuat dalam bilik.