Monday, November 3, 2014

Blog celen

Salam readers....

Mak jemah baru je ade masa nak update belog bersawang ni...
Mak jemah sekarang ni makin femelessss okeh.
Banyak je citer tertangguh tapi tangan ni tak gatal nak menaip.


Ni aku dapat dari blog Reena Kamaruddin, my blogger fren.
Mane dia dapat benda ni tatau la pulak.
 30 hari blog celen.
Huiyoohhhhh.... 30 hari beb!
Memandangkan kami berdua adalah sama-sama pemalas, maka, kami calen diri masing-masing.
Mampukah?
We'll seeee........

1st day - 1 gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda.


Ni gambar terbaru aku.
Well, baru tak baru laa.... gambar ni gambar minggu lepas..
Mak jemah yang makin bambam.
Nak diet nak diet tapi tetap makan banyak.
Acaner tu?

Aritu aku dah buat 25 fakta tentang diri aku.
Takpe, kali ni aku ulang balik 5 fakta yang penting-penting je okey.

1. Aku sangat sukeeeeeee menyanyi.
Tengah-tengah buat kerja kat opis pun, aku boleh humming sensorang.
Ikut dann aku je la humming lagu ape.
Kadang-kadang tengah mandi pun aku boleh nyanyi.
Eh, bukan tu je... tengah gosok baju, tengah main game, tengah berry... hahah...
Sedap ke tak suara aku, ade aku kesah?
Sesape yang terdengar suara cik ponti aku ni, nasib la kan...

2. Aku tak suka pakaian berkedut-kedut.
A big NO!
Tapi kalau dah pakai, duduk bangun dudun bangun bersandar sane sini, memang keronyok jugak baju tu kan.
Kalau macam tu, tak pe..
Tapi sebelum pakai tu aku akan make sure baju aku bergosok.
Eh, jangan tatau.
Seluar dalam pun aku gosok tau!
So wat?

3. Aku sangat mementingkan masa.
Tak suka melambat-lambatkan benda melainkan aku terlupa dan penat.
Tapi kalau orang berjanji dengan aku nak jumpa pukul 2, pukul 1:50 aku akan sampai.
Prinsip aku, biar aku tunggu orang, jangan orang tunggu aku.
Tapi tu la..... melayu zaman sekarang ni janji jumpa pukul 2, 2:30 baru sampai...
Sebab tu la ade istilah Melayu sangat LAYU.
Sila jangan buat perangai macam ni ye.

4. Aku adalah outspoken. Tak suka, aku akan cakap aku tak suka. Aku tak suka menipu-nipu ni.
Biar jujur je dalam semua benda.
Kadang-kadang disebabkan terlalu outspoken ni, orang salah anggap kata aku mulut takde insurans.
Eh, kalau lawa aku cakap la lawa.
Kalau tak lawa tahap Nikki Minaj tu, takkan aku nak cakap lawa jugak kot.
Dengan bibir berkaler-kaler dah macam kena simbah cat. Ko ingat lawa?
Tapi sekarang ni trend baru...
Kalau ada orang tanya lawa ke tak, tapi kite tengok tak lawa, boleh jawab macam ni:-

"Taste u la... taste u..."

5. Aku sangat suka tengok citer seram, bunuh-bunuh, hantu-hantu.... suke menakutkan diri sendiri.
Gile saiko kan?
Pernah aku tengok wayang citer The Descent.
Seram kot citer tu.. asik terkejut-terkejut je.
Sampai aku menjerit sensorang dalam wayang tu. 
Nasib tak kena heart attack tau. huhu....
Semalam aku tengok Trick or Treats.
Takde la seram sangat pon tapi ade la part terkejut-terkejut tu.
Tetibe je malam aku takleh tido.
Asal nak pejam mata je, duk teringat hantu dalam citer tu.
Terus hari ni mata aku nampak sembab. Dah macam mata panda.
Kalau ada peluang tido ni, kompem aku dah tido....

Ok, tu je untuk hari ni....
Kot la lepas ni ada entri lain yang aku publish...
Tapiiii malas la nak edit gambo... huh.




2 comments:

Mimy Hamid said...

nak buat hahaha

Reena Kamarudin said...

spenda pun gosok? hahaha kelakar awk ni. tapi unik la