Thursday, November 20, 2014

Emosi

Salam readers...

Setiap manusia ada kelebihan dan ada kekurangan.
Bergantung pada diri sendiri cemana nak menerima dengan kelebihan dan kekurangan yang ada.

Macam aku, kelebihan aku adalah keras hati.
Ada orang kata keras hati ni tak elok.
Sebabnya keras hati ni buat kite jadi tak peduli ape yang orang kata.
Tapi bagi aku, keras hati ni adalah satu kelebihan.
Orang buat la ape pun kat aku, lantakkan aje.

Sesetengah orang bila diejek dengan macam-macam nama, terus rasa down, terus rasa hina...
Tapi bagi aku, lantakkan aje!
Takde efek apa-apa pun bagi aku.
Orang nak jatuhkan maruah aku, buat laa... ade aku kesah?
Yang penting, aku tahu aku bukan macam ape yang diorang cakapkan tu.

Dari kecik aku dah rasa sakitnya dihina.
Aku pernah kena ketumbuhan di belakang telinga macam beguk tu... 
Sampaikan kawan-kawan sekolah gelarkan aku Epal.
Ko bayangkan di kala sakit menderita terkena ketumbuhan tu, takde kawan-kawan yang support.
Sebaliknya aku ni diejek-ejek satu sekolah.
Kau rasa??

But its makes me more stronger.
Bila dah besar ni pun, kena ejek ke ape, aku buat dunno je.
Malas nak layan.
Mulut tempayan tu boleh la kita tutup.
Kalau mulut manusia? Agak-agak tekup dengan cili kering baru boleh senyap kot.
Tapi takkan la nak buat camtu kan...
Solution nye, biarkan aje.

Hati manusia ni lain-lain.
Kalau terluka sikit, ada orang siap berdendam bagai.
Ada jugak yang jenis pendam-pendam, pastu agak-agak dah takleh tahan, barulah meletusss si gunung berapi.
Macam aku, aku lagi suka let go.
Forgive them....
Hari ni mungkin aku sentap-sentap dengan diorang.. tapi esok lepas bangun tido, hilang dahh sentap aku tu..

No comments: