Wednesday, November 26, 2014

Family

Salam readers...

Dah lama kan tak update belog.... 
Malasnya nak menaip sekarang ni. 

Ini cerita dah lama.
Bulan Oktober aritu.
Family aku ada datang KL.
Mummy kengkonon nak surprise kan aku tak bagitahu anak-anak sedara aku pun ikut datang KL.
Last-last surprise tak jadi sebab awal-awal lagi Iwan dah bagitahu aku.
Hahaha...

22hb Oktober, family aku sampai ke KL.
Macam biasa, diorang akan stay kat rumah Kak Long.
Aku ingat 23hb pagi barulah aku akan pergi ke rumah Kak Long sebab aku penat sebenarnya.
Ingat malam tu nak rehat dulu kat rumah.
Tapi daddy paksa-paksa pulak kononnya nak ajak aku pergi ke Danau Kota.
Ok la...... aku pergi ke rumah Kak Long malam tu jugak lepas balik kerja.

Dah sampai rumah Kak Long, rehat kejap.
Pastu tolong mummy masak semua.
Tetibe je dapat tahu, adik aku Shahril pun nak datang rumah Kak Long jugak.
Hah, kalau gitu takyah la aku pergi Danau Kota tu.
So, malam tu dapat laaa aku rehat.
Rehat tak rehat laa,, sesak kepala otak aku pikir nak bawak anak-anak sedara pergi mana esok hari.

23hb Oktober (Khamis).

Call FZ suruh pick up aku dan anak-anak sedara kat rumah Kak Long.
Ajak diorang pergi jalan-jalan.
FZ bawak kitorang pergi ke Alpha Angle, Wangsa Maju.
1st time datang sini. Takde ape sangat pon.
Jalan-jalan nampak pusat permainan.
Aku beli token dan bagi-bagi kat anak-anak sedara.
Ape lagi, diorang dah macam kambing keluar kandang laaa... rambang mata tatau nak main ape.
Hahaha..


Alya in da houz!!

Dia pun join sekali ok...
Masa dalam kereta, terkelip-kelip mata duk tengok kakak-kakak.
Tak pernah jumpa katanya.

Tapi bila dah sampai Alpha Angle tu, terus ngam terus.
Langsung dah taknak berjalan dengan aku dan FZ lagi dah.
Grrrr...


Tengok!
Gedik tak?
Siap berpeluk lagi dengan Kakak Misha.

Dah jalan-jalan tu, singgahlah makan kat Chicken Rice Shop.


Ok..ok...... aku yang paling besauuu! T___T


Sayang diorang semua!

Dah pergi ke Alpha Angle, kitorang pergi ke Sogo sebab aku nak belikan barang untuk Alyssa & Amisha.
Diorang datang KL, at least kenalah belikan something.
Takde nanti balik kampung dengan tangan kosong.
Kesian pulak kan....

Time kat Sogo, teringat pulak daddy teringin nak karok kat KL ni..
Yela...yela..... alang-alang dah kat Sogo tu, kitorang naik ke tingkat 7 pergi RedBox untuk booking bilik.
Nasib ada bilik kosong.

Lepas Asar, FZ hantar kitorang balik.
Penat dah...
Aku pulak period time tu... memang lenguh segala pinggang bagai.

Sempat rehat kejap je, pastu aku, Iwan, Shahril dan daddy pergi ke Sogo.
Hadoiii... penattt!


Sementara tunggu Shahril & daddy amik kereta, kite snap la dulu.


Yang ni mamat poyosss... haha...

Dah sampai Sogo, ape lagi terus la karokkk...
Masing-masing berebut nak tunjuk bakat masing-masing.


Otai masih berbisa.....
Mata pejam pun relaxx je nyanyii.. hahaha


Yang ni cool... kije dia sibuk pilih lagu je...


Yang ni mamat poyossss... bajet ensem la tu.. hahah


Haaa... yang ni vogue the vass.
Takyah diperkenalkan lagi.




Total bayaran... haku la banker nyeee.... T___T

24hb Oktober (Jumaat).

Kali ni dah jadi tugas aku dah bawak anak-anak sedara pergi jalan-jalan.
Mangsanya of course la FZ.
Hahaha...

Lepas solat Jumaat, FZ datang pick up aku dan anak-anak sedara.
Dan-dan time keluar tu tetibe hujan lebat gile...
Siap pakej kilat petir lagi.
Serius takut...

Agak-agak hujan dah reda sikit, terus FZ bawak kitorang pergi makan kat Taman Melati.
Habis laaa anak-anak sedara aku jadi gemuk kalau asik keluar dengan aku.
Asik makan je kijenya... hahah...


Amisha Arianna.
Kesayangan nih... anje-anje angat dengan aku.
Asik nak bertempek dengan aku je sepanjang masa.


Yang ni takyah diperkenalkan lagi.
Budak yang sangat gedik antara ramai-ramai tu... haha


Nur Alia Shahirah.
Anak sedara sulung. Pemalu dia ni...
Menjeling-menjeling ku bertentang je dengan FZ... hihihi...


Alyssa Adriena.
Dah besar dah dia ni. Kejap je.
Hari ni dia baru dapat result UPSR.
Alhamdulillah.. keputusan memberangsangkan.
Terus request nak henset dengan aku. 
Matik laaaa aku kena beli henset... T___T


Photo bomb!
Mencik tau dengan FZ.
Saje je merosakkan gambar aiii... huh!


Amacam? Cun tak?
Hahaha...


Yang ni pun takyah diperkenalkan lagi laaa...
Dah banyak sangat dah gambar dia dalam blog aku ni.
Hahaha...

Dah habis makan, kitorang meghala ke Wangsa Walk pulak...
Melayan anak-anak sedara nak window shopping kat sana.
Ikutkan je la...
Bukannya selalu keluar dengan diorang pun.


Macam biasa, budak gedik yang suka bergambar....
Asik diaaa je la yang bergambar. haihh laa...

Budak pompuan... cenggini laa...


2 comments:

Mimy Hamid said...

ALYA PANDAI POSING..CUTE

emi mohamad said...

apsal pndai sgt pose gedik tuuu??alya oh alya..geram je..
nnt ajak abg FZ jalan tganu plk nana...