Wednesday, November 12, 2014

Food poisoning

Salam readers...

Ni kisah malam 10hb baru-baru ni.
Malam hari Isnin....

Kesahnya balik kerja, aku direct terus pergi pasar malam sebelah rumah aku.
Disebabkan siang hari tu aku dah makan banyak, so malam tu aku carilah makanan yang simple simple je...
Seperti yang korang tahu, aku ni memang takleh skip makan malam.
Ape-ape hal memang kena makan.
Sebab tu la berat badan aku cepat sangat naik.

Ingatkan nak makan kebab je, tapi ramai pulak orang.
Pastu tengok yong tao fu, rasa macam tak berselera pulak.
Maka ku beli char kueh teow.
Kire makanan ringan la tu kann...

Balik rumah je, terus makan...

Lepas makan, aku rehat kejap.
Pastu tergolek-golek atas katil...
Tengah duk rehat tu, aku rase semacam je kat perut aku ni...
Makin lama makin sakit pulak.
Loya tekak, pening kepala... semua ada.

Aku mengadu kat FZ dalam whatsapp lepas beberapa kali keluar masuk toilet.
Dari pukul 7 malam sampai 9 malam aku tahan sakit, tetibe FZ cakap dia otw datang amik aku nak bawak pergi klinik.
Padahal aku dah cakap aku taknak pergi klinik...
Aku tak larat nak bersiap-siap.
Tapi FZ degil jugak nak datang.
Dia rasa tak senang hati dapat tahu aku sakit perut camtu.

Tapi serius, memang aku tengok kaki aku dah naik biru dah...

FZ bawak aku pergi ke klinik Bangsar.
Tapi memandangkan dah lewat, klinik tu dah tutup pun...
Aku bagitahu FZ suruh pergi je ke Klinik Alam Medic, Sentul Boulevard.


Klinik ni klinik panel opis aku.
Lagipun klinik ni bagus tau.
Doktor-doktor semuanya baik-baik.
Siap ada sesi kaunseling....

Kalu nak compare klinik ni dengan klinik bawah opis aku tu memang jauh panggang dari api laa...
Klinik bawah opis aku tu just check-check pastu terus suruh amik ubat...
Check pun gitu-gitu je.. takde pon check betul-betul.

Kalau klinik Alam Medic ni, doktor akan bersembang dulu dengan patient...
Dengar ape penyakit patient.. pastu dia check blood pressure, check sane check sini....
Dah check, dia bagitahu kite sakit ape-ape...
Pastu dia bagi kite nasihat itu ini, ape yang boleh, ape yang tak boleh....

Serius aku suka dengan doktor-doktor kat sini!


Doktor cakap aku food poisoning...
So, dia sarankan aku elakkan makan makanan pedas-pedas dan seafood buat sementara waktu.
Dan banyakkan minum air masak untuk elakkan dehydrated,
Baik la doktor... saya ikut pesan doktor.

Dah dapat rawatan, kena tunggu turn untuk amik ubat....
Dah perut aku still sakit lagi, nak duduk pun tak senang, so aku baring je...


Masa ni memang tak ramai orang pun...
Sebab tu boleh baring tuu...


Dan aku dapat mc 1 hari semalam.

Tapi kann till now perut aku rasa sakit lagi.
Cuma tak cherry berry je...

Doktor sarankan aku untuk pergi hospital buat scope memandangkan aku kerap sangat sakit perut.
FZ dah ugut-ugut dah kalau sakit perut lagi, takde dah pergi klinik.... pasni pergi hospital terus.. T___T

1 comment:

Mimy Hamid said...

dr ramesh kan hehehe....doc family kitaorg hehehe..