Thursday, November 6, 2014

KLCC

Salam readers...

Aku sebenarnya dah lama sangat kat pergi KLCC.
Bukannya ape, rasa macam kat sane bukan untuk manusia-manusia macam aku kot...
Rasa macam tak mampu je pergi sane.
Maklum la barang-barang kat sane kan mahal-mahal.
So, ku tak mampu.
Sekadar window shopping tu boleh laa...

Aku sebenarnya nak cari kasut.
Dah merata-rata cari pun tak jumpa yang berkenan di hati.
Guess, Nine West, Aldo, Nose, Vincci...
Haihhh laa.. nape la susah sangat nak jumpa kasut idaman hati ni.
Guess pon sekarang kasut-kasut dia macam tak cantik je...
Dah laa rege mahal.
RM200+ dekat dengan 300.
Sayang duit hoihh... padahal pakai kat kaki je pun.
Dulu-dulu aku memang akan pakai kasut Guess je.
Yela, bila sale je dapat harga 100 lebih.
Mampu lagi la tu.
Sekarang ni dah main 200 lebih, memang tak la ku beli.
Taraf hidup sekarang pun dah meningkat.
Ape yang boleh jimat, aku jimat je.

Kebetulan pergi KLCC, kat sana kan ada Vincci.
Rupa-rupanya lain outlet, lain design kasut kan...
Macam Vincci kat Sogo, kasut-kasut dia buruk-buruk dan tak cantik.
Sekarang kat MV tu tak banyak pilihan sangat.
Tapi bile pergi Vincci KLCC ni, terus aku rambang mata.
Banyak betol pilihan.
Ohhh, i loike!

Nak sambar 2 kasut terus, tapi 1 kasut tu tinggal yang display je.
Ooohh no no no!
Berkenan cemana pon, aku takkan amik yang display.
Dapat 1 kasut pun dah kire ok.

Then, jalan-jalan lagi...
Aku janji dengan Alya nak belikan dia patung Barbie.
So kitorang masuk dalam Parkson.
Beli kat situ je.

Ramai jugak orang kat KLCC ni ye...
FZ teringin nak makan kat Madam Kwan.
Aku ikutkan aje....
Tapi biaselah, kena beratur. Itupun mujur sekejap je beratur, dah dapat meja.




Budak gedik bajet model sangat.
Nyampahhh haku!

Bukan aku yang ajar dia posing ye.
Dia sendiri yang pandai-pandai posing camtu camni...




Kitorang makan Nasi Bojari.
Ayam goreng tu nampak sedappp je...
Memang sedapp pon. hihihi...
Cuma sambal udang je rasa tak sedap.

Dah makan semua, terus balik.
Penat.
Sejak-sejak badan makin bambam ni, stamina aku tak kuat sangat la...
Jalan sikit je dah lenguh.
Huhu....




No comments: