Tuesday, November 18, 2014

Tony Romas NU Sentral

Salam readers...

Ku baru tahu rupanya Tony Romas Steakhouse dah dibuka kat NU Sentral.
Ketinggalan info sangat kan!

Lepas ni takde la aku menjejak MV lagi.
Nak makan sushi ke, steak ke, boleh je pergi ke NU Sentral tu.. macam-macam restoran ade...
Dah la dekat je dengan rumah aku.
Naik LRT tambang RM1.60 je, amik masa tak sampai 10minit dah sampai..
Suke... suke...suke!!

Tengahari semalam opismate ajak pergi makan kat Tony Romas, NU Sentral.
Aku ok je walaupun aku sebenarnya badmood semalam.
Bad mood sebab ada sekor lembu itam perangai cam nokharom dalam opis aku ni.
Aku bengang tahap gaban, dowh!
Nak citer lebih-lebih kang tak boleh pulak.
Ape-apepun, memang aku benci dia tahap cipan!
Pagi tadi pon nampak muka bodoh dia tu, langsung aku tak leh senyum.
Padahal aku ni jenis suka senyum kat orang.
Entah la...

Ok, back to the story.
Bila keluar je dengan opismates ni, terus hilang masalah aku.
Malas dah nak fikir.
Yang aku duk fikir mase tu, ribs ribs ribs...
Nyumssssss.....

Tony Romas ada menawarkan lunch menu which is harga lebih murah dari dinner menu.
Terus cancel amik ribs... hahaha..



Ni la lunch menu.
Bila tengok menu, semuanya rasa cam nak makan.
Hoihhh, kuat makan betul aku akhir-akhir ni.


Farid... the only 1 guy dalam group kitorang.
Cita-cita dia ni nak jadi abang sado.
Tapi tak sado-sado pun lagi nyeee... kahkahkah...

Farid, jangan mareee.. hihi


Yang ni minah Korea... Ekin namanya.
Dia ni minat sungguh dengan Korea.
Sampaikan kosmetik pon pakai product korea.
Haihhh laaa.... Nasib baik la comel..


Yang ni toksah citer la... ader je gaya pelik-pelik yang dia buat.
Leen namanya.
Nasib baik la muka lawa..
Acu kalau aku yang buat gaya camtu, agak-agak aku dapat pelempang kot.


Yang ni pun kalau korang tak kenal lagi tatau la nak cakap ape.
Pompuan paling sopan bertatasusila sangat dalam TM tu.
Sopan le sangat kan.. padahal ayat permulaan entri pun dah sibuk nak marah-marah...
Kahkahkah..


Dalam lunch menu set ada sup ni...
Sedapppp betul!!
Tapi tu la... kedekkk sangat TR ni tau. Bagi sup dalam mangkuk kecik je.
Tak puas hirup sup sedap ni.


Yang ni compulsory bread.
Free je.


Yang ni Ekin punya, Big Stack Burger.
Memang big sungguh la...
Kalau aku makan sensorang ni kompem tak habis.


Yang ni Farid punya...
Cajun Onion burger.
Dia punye burger tu mak aihhh tebal gila...


Aku dengan Leen order benda yang sama.
Shrimp scampi pasta.
Portion dia just nice la...
Kenyang perut aku...

Ni je yang kitorang makan.

Bagi aku ok la makan kat TR ni..
Puas hati sebab semua makanan sedap-sedap walaupun harga mahal sikit.

TR kat NU Sentral ni pun selesa dan besar.
Sangat recommended untuk korang try makan kat sini..


No comments: