Wednesday, December 31, 2014

Babai 2014, selamat datang 2015

Salam readers...

Esok adalah new year which is hari biase je bagi Kekna...
Kekna ni bukannya jenis sambut new year sangat.
Zaman jahiliah Kekna dulu tu pernah la sambut, tapi itupun sekali je masa kat KLCC.
Kekna kan jenis tak suka pergi tempat-tempat crowded camtu.
Rimas uolsss...

Sepanjang 2014 ni ada macam-macam benda yang berlaku dalam hidup Kekna.
Ada suka, ada duka... Lumrah hidup kan....
Mana ada hidup yang bahagia selalu... kan?

Banyak azam tahun 2014 yang Kekna tak sempat nak tunaikan.
Takpe, kita drag ke tahun 2015 pulak.
Kalau tahun 2015 pun Kekna still tak laksanakan azam 2014, lempang Kekna laju-laju tau.
Huhu...

Awal tahun Kekna dikejutkan dengan berita kematian nenek kesayangan Kekna.
Berlari Kekna balik ke rumah packing baju untuk balik kampung.
Dalam hati sempat ke tak Kekna nak tengok arwah nenek... tapi sayang, Kekna takde rezeki nak ucapkan selamat tinggal kat arwah nenek. T___T
Kekna sampai je kat kampung sedang elok mayat baru selesai ditanam...
Sedihnya toksah cakap laaa...

Hal family Kekna semuanya ok.
Syukur sangat dapat family macam ni.
Sporting... concern.
Tapi gitu laa... liat benor jodoh Kekna ni...
Sampai dah nak masuk 3 series pun tak kawin-kawin lagi.
Acaner tuh?
Korang pun tolonglaa doakan Kekna ye...

Kesihatan tahun ni pun tak memberangsangkan sangat.
Tahun ni Kekna kerap sakit-sakit.
Demam, tonsil, batuk...
Sekarang pun Kekna batuk tak baik-baik lagi.
Padahal tetiap hari Kekna makan ubat batuk.
Siap lalok-lalok lagi... ha cane?

Tahun ni kewangan Kekna pun biasa-biasa je.
Makan gaji  semata kan..
Kekna tak reti nak buat side income ni...
Kat belakang rumah Kekna tu ader Oldtown, ada 7eleven, ada Secret Recipe.
Ingat boleh la buat part time kat situ tapi FZ pulak tak bagi..
Risau katanya.
Tatau la dia risau pasal ape.
Kekna ni bukannya budak-budak lagi. Ishh....

Walaupun macam tu, Kekna tetap diberi peluang untuk holiday sebanyak 2 kali untuk tahun ni.
Alhamdulillah......
Pertengahan tahun baru-baru ni Kekna bercuti di Kemaman & Gambang WaterPark.
Pastu last week Kekna sempat bercuti di Johor Bahru dan Universal Studio Singapore.
Puas hati jugak la dapat pergi ke tempat yang memang Kekna nak pergi.

Tapi kan alhamdulillah sangat sebab Kekna diberikan kerja yang elok.
At least Kekna boleh sara diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Sikit demi sikit Kekna kumpul barang-barang rumah untuk kesenangan diri.
Tapi kannn, Kekna kekadang sakit hati dengan budak-budak rumah Kekna tu sebab diorang tak reti bahasa.
Guna barang Kekna acuh tak acuh, kasar-kasar.
Buat macam barang sendiri je.
Padahal Kekna ni kemain guna barang sendiri elok-elok.
Kang kalau rosak, memasing buat diam je taknak ngaku.
Sebab tu la sekarang ni Kekna amik pendekatan kejam.
Sesapa pun takleh pakai barang-barang Kekna.
Padan muka!

Hal kije pun Kekna pening sikit.
Makin hari tugas Kekna makin banyak.
Statistik tu toksah cakap la... dah naik muak dah Kekna tengok.
Pastu nasib Kekna tak berapa elok sangat sebab dapat admin office yang tak berapa suka buat kerja.
So, atas dasar tanggungjawab, Kekna selalu cover kerja untuk dia selagi kerja tu tak melibatkan hal-hal kewangan.
Penat ohhh cover kerja orang.
Tapi nak buat cemana kan..... untuk kesenangan bersama jugak.

Akhir-akhir tahun ni memang takde mood sangat nak bekerja.
Orang lain cuti, tapi Kekna tak cuti sebab cuti dah habis.
So, terpaksa la hadap duduk kat opis ni satu hari.
Tahun depan Kekna nak plan cuti Kekna betul-betul so that ada cuti yang boleh di carry forward.
Cuti 18 hari yang diberi oleh company memang la tak cukup.
Kalau Kekna nak balik kampung, at least seminggu Kekna kena amik cuti.
Baru berbaloi.

Tahun 2014 ni jugak mencatat banyak perkara yang mendukacitakan bagi negara kita, Malaysia.
Kehilangan MH370, MH17, yang terbaru kehilangan QZ8105.
Pastu kes banjir yang teruk melanda Pantai Timur.
Syukur jugak sebab rumah family kat kampung tu tak kena banjir.
Mungkin kat situ adalah tanah tinggi sikit. Padahal kampung sebelah semua kena banjir.
Tapi kesian kan mangsa-mangsa banjir tu.
Tak terbayang macam mana diorang teruskan hidup sehari-hari.
Tapi fikir positif je... mungkin ada hikmah disebalik kejadian.

Semoga tahun 2015 ni memberi sinar dalam kehidupan kita semua.
Hidup baru, azam baru, gaya baru.... kematangan pun haruslah selari dengan faktor umur yang semakin meningkat.
Semoga ALLAH swt memberkati hidup kita semua.
Amin....

No comments: