Tuesday, December 16, 2014

Bagan Lalang Seafood, Tanjung Harapan

Salam readers...

Dah lama bebenor FZ berjanji nak bawak aku pergi makan seafood kat Tanjung Harapan.
Aku biorkan aje bila dia nak tunaikan janji dia tu.
Tetibe satu hari tu dia cakap, "Esok kite gi makan seafood."
Yo yo ooo je....

Petang esoknya (22 Nov 2014)....

FZ : Jom kita gi Tanjung Harapan...
Aku : Betul ni?
FZ : Yela, cepat bersiap!

Sepantas kilat aku bersiap...
Yela, lelaki kan takleh tunggu pompuan bersiap lama-lama.
Nyampasssssss!

Kitorang bertolak lepas asar.
Kengkonon nak sampai sane awal, bolehlah jenjalan tengok laut kat sana.
Last last harapan tinggal harapan.
Jem menggila kat federal highway uollsss!!

Perjalanan dari rumah aku nak ke Tol Batu 3 tu amik mase 15-20 minit je sepatutnya. tapi lepas sejam kitorang still kat area PJ.
Ape jadahnya camtu kan.
FZ terus belok masuk ke jalan yang aku tatau mana hala tuju.
Ikut sana, ikut sini, last last sesat.
Hahahaha...

Hadoiiii, aku tergelak je.
Kitorang jarang sebenarnya sesat. Jadi bila sesat camni, aku rasa cam lawak plak.
Dari PJ, sampai Puchong kitorang jelajah.
Masuk tol keluar tol... hahaha...
Ntah cemana tetibe je ada sigboard menghala ke Pulau Indah.
Dengan penuh berharapnya FZ masuk laluan tu...

Masa sesat tadi, dia dah putus harapan dah nak pergi makan seafood tu.
Dia teringin nak makan soft shell crab tu.
Tapi bila nampak signboard Pulau Indah, terus harapan dia setinggi gunung balik.
Kikikiki....

Sepanjang perjalanan, kitorang tengok signboard je...
Tetibe je masuk highway SKVE.
Sumpah aku tak tahu langsung ada highway SKVE.
Highway tu melalui Teluk Panglima Garang dan akan keluar di Tanjung Dua Belas.

Sunyi sepi je highway tu...
Dah macam kat dunia lain je... cuak jugak laa...
Yela, mana tak cuak nya... Tetibe je kat tepi highway tu ada satu sungai besar.
Ya ALLAH, cantik nya pemandangan kat situ...
Terus jiwa rasa tenang je!

Aku : Abang kite ni dah masuk alam lain ke ape ni?
FZ : uihhh... mulut!
Aku : Tetibe plak tengah-tengah kawasan camni ada laut.
FZ : A'ah la... abang pun baru tahu rupanya kat KL ni ada laut... Tapi eh, ni macam sungai je...
Aku : Sungai besar kan abang...

FZ : Ni dah jauh sangat dah ni kita pergi ni sayang...
Aku : Yeke?

Time tu kitorang dah keluar ke Pekan Tanjung Dua Belas.
Sempat FZ tunjukkan tempat tinggal dia dulu.
Baru ku tahu dia pernah tinggal kat sini. Heheh...

Dekat pukul 7 malam, barulah kitorang sampai ke Klang.
Lama sungguh perjalanan kitorang ni.
Kalau pergi ke Terengganu, ni dah kire separuh perjalanan dah ni.

Jalan kat Klang pun dah bersimpang siur.
Pening kepala aku nak cari jalan masuk ke Tanjung Harapan.
Padahal ni bukannya kali pertama kitorang datang sini.
Dah banyak kali kot.
Tapi perubahan jalan yang mengelirukan dah buat kitorang sesat lagi.

Nasib baik la kitorang ada tanya orang.
Bak kata pepatah, "Malu bertanya sesat jalan".
Mujurlah kitorang ada ternampak sekumpulan pekerja kat Westport tengah berehat.
So, tanya jalan kat diorang je.
Kompem la diorang tahu kannn...

Finally, setelah menempuh perjalanan yang panjang, sampai jugak kitorang di Bagan Lalang Seafood, Tanjung Harapan.
Fuhhhhh... penat hoihhhhh...
Nasib laaaa minah Alya tak buat perangai.
Senyap je dia duk kat seat belakang kereta.
Bagus sungguh.


Muka puas hati akhirnya dapat jejakkan kaki disini.


Minah yang suka pose gedik... hihi...


Yang ni tatau la asik tunjuk muka letih je.... huhu...

Aku suka restoran ni sebab service cepat.
Baru je order, tup-tup air dah sampai...
Takdan nak sembang lama, makanan pun sampai.
Dalam 30 minit je, kitorang dah settle makan.
Cepat tak? Hihi...


Malam tu kitorang order telur dadar.
Ni pun sebab aku nak suapkan nasi dengan telur kat Alya..
Dia tu bukannya makan seafood sangat.


Kailan ikan masin


Sotong goreng tepung.


Fresh orange & laici ais.


Paling win, soft shell crab kam heong dan butter prawn.
Tak puas kot makan ketam ni...
Sedappppp sesangat!!!
Hoihh, tetibe aku rasa terliur pulak tengok ketam ni.


Butter prawn ni pun best.
Udang besar-besar pulak tu. Puas hati la makan.
Masa aku snap ni FZ dah amik 2-3 ekor udang dah...


Makin temokkk laa aku...
Dah nampak cam katik la pulak... huhuhu....




Orang posing biasa-biasa je.
Dia ni siap nak flying kiss bagai...
Haihh laa cinonet Alya nih!
Sabo je la haku....


No comments: