Monday, December 22, 2014

Bawa aku pergi...... lalalala

Salam readers...

Semalam gigih bangun awal macam time nak gi kije gayanya.
Sebabnya aku nak pergi ke Jabatan Imigresen.
Iollss nak buat buku merah.... hihihi...

Dari minggu lepas aku berzikir dengan FZ nak pergi buat buku ni tapi dia ni ... entahlah...
Dia tak reti mana 1 yang lebih penting...
Nanti... nanti... nanti... tu je la jawapan dia.
Asik bertangguh-tangguh...
Aku ni risau tak sempat buat je... kot la sistem down ke ape kan...
Agaknya ni la bezanya orang yang kije opis dengan orang yang tak kije opis...
Aku ni siap bergaduh-gaduh la dengan dia... sampai ugut cancel kan vacation.
Betul! Geram betul aku!
Aku tak suke perangai budus-budus ni...

Agaknya tak tahan dengar bebelan aku, dia ajak aku pergi.
Awal-awal lagi aku dah cakap, jangan merungut kalau orang ramai.
Tunggu la sampai tiba giliran.
Aku bukannya baru kenal dia seminggu dua...
Dia mana reti nak faham bila deal dengan gomen, memang akan amik masa 1 hari.
Hoihhh... ketabahan memang amat diperlukan time tu!

Elok-elok dah sampai depan UTC Sentul pukul 8 lebih, pusing punya pusing takde parking.
Last dia bagi cadangan pergi ke Keramat Mall.
Aku diamkan aje.
Lantak ko la nak gi mana... yang penting aku nak buku merah tu aku dapat hari ni jugak!

Pergi UTC Keramat, tetibe tutup.
Sistem down katanya..
Bravo!! Aku tepuk tangan dalam hati...
Tu la... aku suruh buat awal-awal taknak..
Sekarang rasakan!

Patah balik pergi ke UTC Sentul...
Time tu dah pukul 9 pagi.
Dapat la nombor giliran 1179. FZ punya 1181.
Dia datang lambat sikit sebab aku naik dulu sementara dia pergi cari parking.

Aku menunggu dari pukul 9:05 pagi sampailah pukul 2 lebih petang, barulah sampai giliran aku.
Itupun banyak nombor giliran yang takde orang.
Mungkin lama sangat menunggu kot, so ade yang dah balik dulu.
Kaunter pulak bukak sikit... Bagusss sangat UTC ni... T___T

Dah sampai giliran, amik gambar live kat situ jugak...
Dah settle, kena tunggu lagi untuk ke kaunter juruwang.
Takde la lama sangat menunggu.....
Dah bayar, kena tunggu lagi sekali untuk serahan paspport.
Laju la jugak passport siap.

Tepat pukul 3:05 petang, settle semua!


Yeay..... Dah dapat buku merah!
Tak sabar nak gi holiday!!

________________________________________________________

PANDUAN MEMOHON PASSPORT 
(Bagi yang kali pertama... macam haku lerr tu!)

1. Tempat 

Tempat nak buat passport ada banyak.
So, tak risau sangat...
Boleh rujuk laman web [klik sini] untuk lokasi-lokasi UTC atau;

[Klik sini] untuk lokasi-lokasi Jabatan Imigresen.

 2. Cara pemakaian 

Untuk lelaki, sila pakai baju warna gelap...
Lagi senang kalau pakai ke T-shirt atau kemeja warna HITAM terus.
Sebabnya masa aku pergi semalam, aku tengok ada mamat tu pakai baju dark blue, but still kena pakai blazer yang disediakan oleh pihak UTC.

Untuk perempuan, takyah nak bling-bling sangat.
Better pakai tudung HITAM jugak.
Buat pe pakai tudung kaler-kaler sebab gambar black & white jugak.
Bagi yang tak bertudung tu, sama macam lelaki.... better pakai t-shirt atau blaus warna HITAM.

3. Gambar 

Sekarang ni semua UTC amik gambar secara live kat situ jugak.
Free pulak tu.
So, takyah membazir duit pergi amik gambar kat kedai-kedai berdekatan.

4. Check ketinggian

Soalan ni akan ditanya masa kat kaunter nanti.
Sebelum pergi ke sini, aku ada la buat survey kat blog-blog.
Takde sorang pun yang bagitahu kite akan ditanya tentang ketinggian kita.
Soalan ni ditanya sebab nanti kat passport kita akan dicatat ketinggian kita jugak.

5. Timing

Kena datang awal pagi!
Kemungkinan untuk nombor giliran habis tu memang ada kalau kita datang lewat.
Dan disarankan datang pada hari bekerja.
Amik la cuti satu hari...
Macam aku ni, pergi time weken. Hazabbb la menunggu dari pagi sampai petang.

6. Duit

Bawak duit secukupnya based on berapa tahun passport yang korang nak buat.
RM100 untuk 2 tahun.
RM300 untuk 5 tahun.
Harga lain bagi warga emas dan kanak-kanak ye.
Kalau yang suka travel tu, baik amik 5 tahun terus.
Takyah dah nak pergi Jabatan Imigresen untuk renew banyak kali.

7. Sabar

Kemungkinan untuk bertapa disitu satu hari suntuk adalah sangat besar ye.
Jadi, kesabaran amatlah diperlukan disini.
Jangan gopoh-gopoh nak balik.
Nanti kena datang lagi kan... so membazir masa dan minyak kereta duk ulang-alik.
Langkah terbaik adalah sabar.
Akan sampai jugak turn korang nanti.
Bila dah dapat passport tu kat tangan, terus hilang rasa penat seharian menunggu.


Ok, ini je panduan yang boleh aku bagi.
Nak panduan yang lagi detail, [klik sini].



No comments: