Friday, December 5, 2014

Cerita 1 hari pada 08 Nov 2014

Salam readers...

Rasa macam dah lama sangat je tak swim.
Last swim masa bawak anak-anak sedara pergi kolam Bangsar.
Tu pun bukannya boleh swim betul-betul sebab duk melayan anak-anak sedara je lebih.

FZ ok je nak bawak aku pergi kolam tu.
Sekarang ni pun aku dah boleh masuk sikit-sikit dengan geng-geng dia.
Dulu tak rapat sebab belum kenal betul-betul lagi.

Tengahari FZ datang pick up aku kat rumah.
Aku ada nak beli barang sikit, so macam biasa dia bawak aku pergi MV.
Haihhh, muka kitorang ni dah cop MV dah...
Asik situ je la kitorang pergi kalau nak beli barang.
Yela, kat MV tu macam-macam ada tau.

Dah beli barang, FZ ajak aku pergi makan.
Dia teringin nak makan ribs.
Kitorang makan kat Tony Romas lagi.
Kopakk pokett hoih... hahaha..
Tapi takpelah, dia yang bayor. Bukannya aku.


Minum air bebanyak pon takpe... sebab boleh refill banyak kali.



Pucat lesi muka aku tak make up.
Time ni aku just pakai bedak + eye liner je.
Entah... malas dah nak bersiap-siap.
Lagipun dah tahu dah, habis makan ni terus pergi kolam nak swim.
So takyah la make up sangat sebab nanti membazir kena air pulak.


Aku pulak teringin nak makan shrimp scampi pasta.
Kenyang mat matttt ni...


FZ pilih lamb ribs dan filet medallion with mashed potatoes & rice.
Adehhh, terliuqqqq pulak tengok gambar ni.


Total makan aritu...
Rabakkk rabakkk...

Dah habis makan, terus FZ bawak aku pergi ke tempat kerja dia.
Perut kenyang, so takleh swim lagi.
Kalau swim jugak, kemungkinan untuk muntah tu adalah sangat tinggi.
Jadi, janganlah amik risiko ye.
Malu kat orang ok kalau muntah...

Agak-agak perut dah normal balik, barulah aku bersiap-siap untuk terjun kolam.
Yahoooo...!!!


Orang pro swim...
Banyak lap jugak yang dia buat.. lupa dah...
Kolam ni paling cetek pun paras dada, dan paling dalam is 12 kaki.
Agak-agak kalau tak reti berenang tu, janganlah kepoyoan sangat pergi berlegar-legar kat kawasan dalam tu ye.


Iklan kejap...
Kalau ada sesapa yang berminat nak belajar swim, boleh contact aku ye.
Whatsapp (preferred), call atau sms di 019- 300 7304.
Ada 3 pakej untuk individu dan group.
4 kelas, 6 kelas, 8 kelas.
Yang serius sahaja tau.
Kalau sekadar nak main-main, nak flirting flirting tu.. takyahh.. takkan dilayan ok..
Oh, kanak-kanak bawah 10 tahun tak diterima.


Giliran aku swim.
Aku tak pro sangat la.
Setakat swim biasa tu boleh laa...
Itupun 10 laps aku buat.
Memang penat gila lepas tu.


Tengah tengah aku swim tu, student FZ sampai.
FZ mengajar renang selama 45 minit untuk 1 sesi.


Dah settle berenang.
Kemain senyum je dalam gambar.
Dah balik rumah, terus flat.
Siap malam tu call tukang urut suruh datang rumah.
Hahaha...

Ok, tak klako.

Bye!

No comments: