Tuesday, December 9, 2014

Dinner @ The Garden Cafe, Mid Valley

Salam readers...

Kali kedua pergi makan kat The Garden Cafe.
1st time makan masa tahun 2012... [klik sini].

Dah lama rupanya tak makan kat sini.
18 Nov 2014, FZ bawak aku pergi makan kat sini.
Sekali sekala tukar selera pergi makan kat kedai yang jarang kitorang pergi pulak.

By the way, restoran ni terletak betul-betul disebelah laluan MidValley - TheGarden Mall di tingkat 1.

Aku suka deko restoran ni.
English style.
Pastu ada banyak bunga-bunga.
Dah namanya pun The Garden cafe kan.

Tengok menu dia, ok semuanya harga standard restoran.
Nak kata murah sangat, takde laa...
Ni bukan food court ok..
Nak kata mahal pun, takde laa mahal bebenor macam restoran lain.
Kirenye affordable.
Time gaji nak makan kat sini kire boleh lagi laa nak membayornya.

Sawan kamera akan datang bile pergi ke tempat-tempat yang mempunyai deko yang cantik-cantik.
So, entri kali ni memang banyak gambar perasan.
Hihi...


Suka sangat gambor ni.
Tatau kenapa... huhu..


Ramai yang tegur dia dah kurus sekarang.
Grrrr... iollss is dengki!


Me!
Cun tak? hahahaha...


Abaikan jerawat nan sebijik tu...

Eh, orang kata kalau jerawat tumbuh kat dagu bermakna kita ada masalah perut.
Betul ke?
Tapi memang masa ni aku kena gastrik... huhu...


Hadap laaa korang dengan gambar-gambar aku ni... hahah..!!


Suke jugak gambar ni.
Ade yang kata baju yang aku pakai tu sesuai dengan tempat.
Bunga-bunga.... hahah...


Yang ni aku tatau la dia nak pedajal aku ke hape.
Aku kat belakang di blur kan??
Choiiii...


Ni baru betul... tapiiiii kenapa muka aku tak nampak penuh?
Grrrr....




Watermelon juice, FZ punya.
Chocolate ice blended tu aku punya.
Dap...dap..!!


Antara deko yang ada...


Dia pun sebenarnya poyo jugak...
Hahaha...


Tapi dia kata budak kat ni lagiiii poyo....
Hoihhh... ai is tak poyo ye..
Ai is gedik-gedik aje.


Nape? Nape? Nape?
Ingat anje-anje ke pose camni? Huh!


Aku order aglio olio with beef bacon.

Ada member aku sorang tu terkejut dengar aku makan bakon.
Diorang ingat bakon tu daging cadbury je.
Eh..... google la cik kak cik kak oiii...
Ader internet asik main facebook, main whatsapp, main game...
Carilah ilmu sikit dalam internet tu. Haihhh laaaa...

Kawan : Nampak sedap. Diana makan ape tu?
Aku : Aglio olio wif beef bacon.
Kawan : Bakon??? Kan haram tu...!!!
Aku : Ni bakon daging laa... bukan bakon pork tuu...
Kawan : Mana ada beef bacon. Kalau namanya bakon, itu memang daging b**i!! Berdosa!!

Lantak kau la cik kak oii..
Malas dah nak bertekak dengan orang yang bajet pandai.
Pi bukak wiki atau rujuk mana-mana sumber yang dipercayai pastu baru argue dengan aku.
Takkan la aku bodoh sangat nak pi makan daging cadbury tu...
Tahu la aku mana haram mana halal... eh ehh...


Chicken chop FZ punya..
Sedap jugak chicken chop dia. Besar lak tu.


Our meals.

Kitorang sebenarnya sampai agak lewat.
So kenalah makan cepat-cepat sebab kul 10 malam restoran ni dah nak tutup.
Tapi staff kat situ baik-baik.
Siap cakap kat kitorang lagi suruh jangan rushing. Hihi...

Sebelum balik, kitorang mintak tolong salah sorang staff kat situ tolong amikkan gambar kitorang.
Hihi...




Sengaja je kan FZ selindung kat belakang aku.
Terus besar gabak aku dibuatnya dalam gambar ni..
Choiiiiiii....!!! Haha...



No comments: