Tuesday, December 30, 2014

Holiday 12/2014 : Johor Bahru & Pulai Spring Resort

Salam readers...

Good morning!!!
Ewahhh, nampak cam happy bebenor je pagi ni kan...

Kali ni Kekna nak kongsikan pengalaman Kekna bercuti ke Johor.
Kekna ni bukannya banyak duit sangat pon.
Dapat bercuti dekat-dekat pon dah kira bersyukur sangat dah.
Tengok orang lain, kemain lagi sampai ke Europe peginya...
Untungnyaaaa kalau ada duit banyak kan...

Hari rabu 24 Disember 2014, bos Kekna bagi half day kepada semua orang dalam unit Kekna.
Bersorak laa memasing.
Sape yang tak suka dapat balik awal kan...
Dah dapat green light camtu, Kekna balik awal laa.
Ingat nak sambung packing barang-barang.
Kemalasan betul sekarang ni nak packing barang... huh!

FZ pulak pergi ke bengkel servis kereta.
Dia ni suka tau buat kerja last minit... isshhh...
Sementara menunggu dia tu, Kekna rehat-rehat la dulu kat rumah.
Dia cakap dah settle servis kereta, kitorang terus bertolak ke Johor.

Tengah-tengah duk rehat tu tetibe je Kekna dapat mesej dari opismate...
Katanya ada barang manager Kekna tertinggal dalam laci opis Kekna...
Kunci laci tu pulak Kekna sorang je yang ada.
Menangis okeh!! Tak pepasal Kekna kena jejak opis lagi. hahaha..
Fuhhhh... nasib baik la Kekna tak bertolak lagi tau.
Kalau Kekna dah sampai Johor, acaner nak buat tu?

FZ sampai je terus kitorang pergi ke opis Kekna.
Serah barang kat manager, pastu terus Kekna keluar opis.
Tak sabar dah ni nak jejak ke Johor.
Sepanjang Kekna hidup, tak pernah lagi Kekna pergi ke Johor tu...
Betapa jakunnya Kekna kan... hahah!

Kekna bertolak dari opis ke Johor pukul 3:15 petang camtu...
Jalan takde la jem sangat time tu.
Cuaca pun sedang elok je. Redup je sepanjang perjalanan.

Sampai ke R&R Machap, kitorang berhenti rehat sekejap.
Kesian jugak kat FZ duk drive je tak henti-henti.
Bagi dia rehat kejap.
Alang-alang dah kat R&R tu, kitorang singgah makan mee bandung.
Not bad la mee bandung kat sini. Sedap..
Semangkuk baru RM3.50. Tapi mee bandung kosong je la... takde sayur mayur dan daging.



Lepas makan tu, kitorang panggil budak kedai tu...

FZ : Dik, tisu...
Adik itu : Ok bang... eh, nak berapa ya?
FZ : Dua...
Adik itu : Okey!

Haku ingatkan dia bawak la dua helai tisu ke ape...
Tapi tetibe dia hulur tisu ini ................ :-


T_____T
Menangis hakak ni, dik!
Patut la dia tanya nak tisu berapa....

Tergelak Kekna dan FZ... Hahahaha!!

Dah settle makan, kitorang meneruskan perjalanan.
Dah masuk area Johor Bahru, Kekna bukak waze.
Malam tu kitorang stay rumah adik FZ kat Kampung Melayu Majidee.
Memang waze ni sangat membantu laaa...
Sekejapan je dah sampai rumah adik FZ tu.

Rehat-rehat, mandi-mandi...pastu kitorang keluar makan.
Lupa pulak nak snap gambar kat sana.
Yela, ate perut lapor bebenor.
Makanan sampai je, terus ngappp sampai licin.

Cuma 1 je la.... Kekna dan FZ batuk teruk malam tu.
Badan pun jadi tak larat je...

Lepas makan, plan nak pergi ke pasar karat... ke ape ntah namanya...
Tapi jalan jem nak mampssss...
So, cancel.
Malas nak redah jem teruk memalam buta camtu...
Time tu pun dah pukul 1 lebih pagi..

Balik rumah, mandi sekali lagi, pastu baru tido...
Kekna tido tak lena sangat sebab asik batuk je.
Padahal dah makan ubat ni...haihh...

Hari kedua

Kitorang bangun awal pagi sebab plan nak pergi ke Odyssey Shuttle Service (OSS).
Kat sini la nanti Kekna akan naik bas untuk ke Universal Studio Singapore.
Tapi pagi tu Kekna just book tiket je sebab plan Kekna nak pergi USS tu pada 27 Disember 2014.

Kebetulan pulak staff OSS tu kawan kepada adik FZ.
So, memang senang la nak deal.





Masa booking tiket tu, dia bagi sekali D/E form ni.
Form ni adalah form yang WAJIB diisi untuk masuk ke Singapore.

Dah settle bayar semua, adik FZ (Maman) bawak kitorang jalan-jalan ke Danga Bay.
Cantik rupanya kat sini kann...

Korang tengok gambar aje la ye...








Ha, pool ni open to public tau...
Nyesal pulak Kekna tak bawak swimming suit. haha...




Adik lagi besauu dari abang.. hihi..
Inilah Maman, adik FZ.
Sabar je dia melayan karenah kitorang.
Tak pepasal dia kena jadi tour guide kitorang. hihi...







Dari Danga Bay, Maman bawak kitorang jenjalan sekitar Johor Bahru.
Boleh tahan padat la JB ni kan...
Lebih kurang cam KL je.

Dalam pukul 1 lebih, kitorang hantar Maman balik.
Dia mengantuk sebab semalam dia tido lagi lewat dari kitorang.
Dari rumah Maman, Kekna dan FZ terus bergerak ke Pulai Spring Resort.
Kat sana nanti Kekna akan berjumpa dengan opismate Kekna.
Kitorang plan holiday ni sama-sama.

Masa check in tu, punyalah ramai umat manusia.
Servis kaunter Pulai Spring Resort ni agak lembss sikit la bagi Kekna.
Campur pulak dengan customer yang duk tanya banyak soalan macamkan nak jawab exam gayanya.
Hangin je Kekna.

Dah daftar, tapi Kekna takleh check in lagi sebab bilik dah tak habis kemas lagi.
Perut dah lapo ni...
Opismate Kekna, Khairol ajak pergi Sutera Mall...
Tapi FZ pulak tak larat, jadi kitorang berpecah.
Khairol pergi makan kat Sutera Mall dengan anak bini dia.
Kekna dan FZ pulak just pergi makan kat Burger King tepi highway.





Balik makan pun dah pukul 3 lebih.
Terus Kekna dan FZ balik hotel dan check in...









Cuaca kat luar tu hujan....
Conquer katil sensorang sambil berselubung dalam comforter adalah sangat best!!

Lewat petang, kitorang turun jenjalan sekitar resort.
Cantikkkk resort ni....





Kekna dan FZ walk in makan di Gleneagles Terrace.
Kalau tak silap Kekna, RM74++ untuk dua orang.
Ok la tu kannnn....
Lagipun Kekna dan FZ dah malas dah nak kuar dari resort ni.
Penat uollssss......
Lagipun badan tak berapa sihat sangat.
Tambah pulak Kekna period... so memang cepat laaa badan jadi tak larat.
Asik nak rehat je kijenye.


Yang ni FZ punya...
Dia ni lapo... tu yang amik nasik bebanyak tu...


Yang ni Kekna punya.
Aglio Olio...
Ok la, sedap jugak...




Ni namanya salad pasta sejuk....
Tak kena kot dengan selera Kekna..
Tapi telan sajo laa.










Kat belakang tu la bilik Kekna...

Penat-penat pun sempat Kekna senyum..
Holiday holiday ni mana boleh masam muka kan..
Tak best laa.

Tapi kannn paling win la holiday kali ni.....
Orang lain kalau holiday, mesti tido lewat.
Tapi Kekna, pukul 9 dah terbongkang tido tak sedar diri.
Hahahah....



*To be continue....

1 comment:

Reena Kamarudin said...

alaaaa tak sabar cepat update.
kalau boleh update seharian ni tak payah buat kerja. gaji hari ni saya bayarkan haha.