Monday, December 15, 2014

Jalan-jalan di KL Festival City

Salam readers...

21 Nov lepas, FZ datang pick up balik kerja dan kitorang terus menghala ke taska untuk pick up budak gedik Alya pulak.
Hari tu aku kena jaga Alya...
Lagipun budak gedik tu asik la duk sebut-sebut nama aku...
"Dah lama tak jumpa ummi... dah lama tak jumpa ummi.."
Kena jerkah dengan mak dia, baru duk diam.. huhu..

Aku ni kalau bawak budak mesti tak tahu nak pegi mana.
Last last aku suggest pergi ke KL Festival City.
Kat sana ada tempat permainan budak-budak.
Lagipun dah alang-alang pergi sana, aku ingat nak masuk Kaison.
Kaison ni lebih kurang cam Daiso la tapi lebih kepada barang-barang perhiasan rumah.
Aku memang suka pergi kedai-kedai camni.
Gerammm je tengok barang-barang comel.

1st sekali masuk ke tempat permainan.
Kesian pulak kat minah gedik ni duk berzikir je kat telinga kitorang nak main mainan.


Gedik tak? Gedik tak?
Hihi...


Kengkonon tengah masak la tu....
Sebelum masak tu dia tanya aku dulu, "ummi nak makan ape?"
Aku cakap la, "Ummi nak makan ayam goreng.."

Tapi dia bagi aku telur. Boleh?? T___T
Heheh..


Rambut dia masa aku amik dari taska, masyaALLAH kalahhh hantu Kak Limah.
Kebetulan dalam handbag aku tu ade penyepit.
Terus ku sanggul rambut dia.
Aku bukannya boleh tengok rambut serabai ni...
Kang ada jugak orang-orang tuduh aku tak reti jaga anak.



Nape laa nampak kepala besor badan kecit je ni?
Hahahah....


Aku perati je dia main...
Tak larat dah nak join main sekali..

Dah puas main, kitorang masuk Kaison...

Perut dah lapar.
FZ bawak kitorang makan di Little Wok Kitchen.


Laici ais aku punya...
FZ ice lemon tea je...


Tomyam untuk steamboat... Sedap tomyam dia.


Kalau tak silap aku set macam ni RM19.90.
Murah ke mahal ke?
Aku pakat makan je... hihi..


Black pepper deep fried dory fish with rice - RM10.90.
So-so je sebab takde kuah kan... 
Nasib baik ada tomyam tu.
Terus makan tomyam dengan nasik.


Beef fried rice... -RM8.90.


Menggelegak tomyam nih...


Dah berminyak-minyak muka boifren aku nih...
Dia ni mana boleh panas sikit...
Kompem berpeluh-peluh dan berminyak muka tu.


Yang ni macam biase.... gedik.
Ikutkan gaya dia ni, dia asik nak posing macam model je tauuu...
Sekejap macam tu, sekejap macam ni...
Aku pulak yang suruh dia amik gambar biasa-biasa je...
Hoihhhh.... cubit kang!


Obvious gile muka aku penat...
Yela, mana tak penat...
Balik kije terus keluar macam ni sampai lewat malam...
Lembik dah aku ni.

Ni belum ada anak sendiri..
Dah ada anak sendiri nanti tatau la cemana. T___T

No comments: