Thursday, December 11, 2014

Kerja

Salam readers...

Bab-bab kerja ni sebenarnya kita takleh cakap banyak.
Nak-nak kalau kite ni orang bawahan.
Apa yang orang atasan suruh kita buat, then kita kena buat.
Orang atasan pulak memang ada hak untuk suruh kita buat apa-apa.

Tapi as pekerja atasan, dia kena tahu limit dia untuk mengarah.
Kalau mengarah seseorang sampai tahap menjadikan pekerja bawahan as balaci, itu memang tak patut.
Pekerja bawahan pun kadang-kadang kena tahu their right untuk fight.
Bukan fight sampai gaduh-gaduh. No..!
Fight secara sihat.
Maksudnya face-to-face dengan ketua dan luahkan apa ketidakpuasan hati dengan cara yang lembut.
Kalau luah secara kasar, ianya takkan menyelesaikan masalah tapi akan lebih memburukkan keadaan.

Kadang-kadang kita sebagai pekerja bawahan kena berhati batu sikit.
Contohnya diri aku sendiri.
Sesetengah orang tak faham how we work.
Orang lain tend to critic instead of memuji.
Standard la kan.... cari salah orang memang sangat best.
So, aku akan cuba terima semua kritikan yang dilemparkan.
But lepas tu kena sort out mana yang relevan, mana yang tak.
Yang relevan dengan aku, aku akan terima dan memperbaiki diri.
Kita kan boleh bezakan mana 1 kritikan yang betul-betul kritik dengan kritikan yang sekadar mengutuk.
Memang laa akan timbul perasaan sentap, malu, tak yakin akan timbul bila orang kritik, tapi aku kena faham kritikan tu sebenarnya kritikan membina.

Macam dulu, orang pernah cakap aku ni emo.
Memang pon....huhu.. tapi itu dulu laaa...
Sekarang ni, kalau ada benda-benda yang aku tak suka, aku akan pendam dulu.
Tunggu 5-6 kali benda tu berulang-ulang, baru aku meletup.
Kalau tak mengamuk, paling tak pun aku akan menangis.
Tu je...

Dalam kerja pun sama jugak.
Jangan simpan sedikit pun perasaan tak senang hati dengan orang lain.
Bahaya.
Sebab whatever orang tu buat, baik atau buruk, kita tend untuk melihat perbuatan dia dari sudut negatif.
Dia tolong susun fail, kita kata dia tunjuk rajin.
Dia berikan idea bernas, kita kata dia tunjuk bijak.
No...no...no...
Tak mau camtuu...

Dan jugak dalam alam pekerjaan elakkan sikap suka speku.
Orang marah kita sikit, kite speku orang tu bencikan kita.
Orang asik amik mc je, kita speku dia beli mc.
Elakkan attitude macam ni ye.
Ni attitude yang sangat tak sihat!
Boleh mengundang fitnah yang sangat besar dan merosakkan reputasi orang lain.
Jangan speku kalau tak tahu.
Adalah lebih baik kite bertanya sendiri untuk tahu kebenaran.

Memarahi dan dimarahi tu standard dalam pekerjaan.
Unless kalau kau seorang boss...
Kompem ko takkan kena marah.
Bos hanya memarahi staff nya sahaja. Staff akan marah bos jugak, tapi belakang-belakang la.. hihi..
Berani kau nak marah bos depan-depan?
Silap-silap dapat siulan langsuir "You're fired!!"

Kalau kau adalah seorang pekerja yang bekerja di bawah seseorang, kena marah tu adalah lumrah.
Tapi kita kena ingat, mesti ada something yang tak betul kita buat sampai kita kena marah.
Bos takkan marah sesaja tanpa sebab.
MELAINKAN kalau bos adalah jenis yang suka mendengar komentar dari orang lain.

Seorang bos yang baik dan bagus adalah yang boleh menilai buruk baik kekurangan dan kelebihan pekerja dia.
Kalau bos yang jenis suka dengar gosip-gosip, rumours, komen-komen orang tentang itu ini, itu bukan ciri-ciri bos yang baik.
Nasib la kalau korang dapat bos camni sebab bos camni memang bahaya.
Kalau korang kerja la sebagus mana pun, he/she will not trust your work bila terdengar komen-komen orang yang dengki dengan korang.
Orang-orang yang dengki ni memang la akan bagi komen yang buruk-buruk je pasal kite.
So, kita kena hati-hati.

Setiap office akan mempunyai suasana kerja yang berbeza.
Jangan samakan office anda dengan office orang lain.
Setiap office akan melalui suasana pasang surut.
Takde office yang takkan stress dan takde office yang terlalu santai.

Depends on diri sendiri how to manage urself at your workplace.
Yang penting hati mau kental.

No comments: