Thursday, December 18, 2014

Sebelum dia bergelar isteri orang

Salam readers...

Seminggu sebelum Hana berkahwin, dia ajak aku temankan dia pergi ke MV.
Katanya nak beli beg untuk hantaran.
Memandangkan mungkin ini kali terakhir keluar dengan dia, aku pun setuju je la...

Lepas maghrib barulah kitorang keluar rumah.
Pegi MV pun naik bas.
Jimat sikit.


Bakal pengantin dengan gadis yang tatau bila akan jadi pengantin. Hihi...

Sebenarnya lagi best shopping dengan sesame pompuan.
Sebab boleh pergi berulang-ulang kali kedai yang sama.
Acu kalau pergi dengan lelaki... kompem la dia duk berzikir mengeluh je kat telinga kita.

Memula aku bawak Hana pegi ke Metrojaya.
Dah aim dah beg mana....
Tapi lepas tu kitorang pergi pulak ke Aeon. Nak check kot-kot kat sana ada beg yang lagi cantik ke...
Mane la tahu kannn...

Dah pegi Aeon, beg yang sama jugak Hana berkenan.
Cume stok kat Aeon nampak cam dah lusuh sikit...
So, kitorang pergi sekali lagi ke Metrojaya...
Begitulah cerita kami berulang-alik dari Metrojaya ke Aeon sebanyak 4 kali.
Letih tu letih laaa tapi disebabkan nak beli barang terbaik, mestilah berkorban sikit.

Last-last Metrojaya jugak menjadi pilihan sebab kat situ barang-barang terjaga sikit.
Tersusun cantik.
Kalau kat Aeon ni, barang-barang disusun macam kat pasar lambak je.


Antara beg ini....... dengan.....


Beg ini.....

Last last Hana pilih beg yang kat gambar no.1 tu.
Katanya dia nak hadiahkan Hafiz sebab beg yang Hafiz pakai sekarang dah lusuh.

Dah beli barang, kitorang singgah makan di.....


Pancake House.
1st time makan kat sini...
Perut takde la lapar sangat tapi teringat Hana yang tak makan lagi.
Kesian pulak dia..



Putih mulus je kulit dia.
Bila disentuh, hadoiiiiiii lembut gilos kulit dia.
Ai is jelly melly okeh!


Yang ni sebenarnya itam berkerak.
Tapi disebabkan duduk bawah lampu, tu yang tetibe jadi putih kelabu.
Bila FZ tengok gambar-gambar ni, dia komen, 

"Abang tak puas tengok gambar sayang sebab nampak manisssss sangat compare dengan gambar Hana..."

Dan-dan je puji gelprenn kan...
Kang kalau dia puji pompuan lain, takut gelpren merajuk pulak khennn!


Ice peach tea.
Kongsi minum dengan Hana.
Last-last air ni Hana minum sorang sebab tak kena dengan tekak aku.


Ni namanya Best Taco in Town.
Menu Hana.
Tatau la sedap ke tak sebab aku tak rasa pun.
Tapi based on nama menu tu, mungkin sedap la kot...



Kalau yang jenis-jenis menggemukkan ni, memang favorite aku...
Yang ni namanya Waffle Foldover.
Haruslah sedappp kan....


Menu kami berdua!


Mintak tolong waiter amikkan gambar.
Haiiiiii laaaaa.... ni la gambar terakhir kami berdua sebelum Hana bergelar isteri orang...

Sedihnyaaaa......
Dah takde dah kawan kat rumah nak gosip-gosip, nak buat lawak bodoh, nak buat perangai gile-gile...
Sobss....sobsss...

No comments: