Friday, December 5, 2014

Tabiat buruk di pejabat

Salam readers...

Aku taknak bercakap tentang pejabat orang lain.
Aku nak bercakap tentang pejabat aku sendiri.

Dalam banyak-banyak tabiat/perangai opismate aku ni, yang paling buruk, teruk, haramjadsss is tabiat suka mengkuli-batakkan orang lain.
Sorry kamus dewan bahasa & pustaka atas perkataan 'mengkuli-batakkan' yang baru aku reka tu... huhu...

Serius benda ni makin menjadi-jadi lately.
Dulu pernah berlaku benda yang sama, but bila aku voice out, senyap laa sekejap.
Sekarang ni dia buat perangai balik.
Bukan hanya pada aku, tapi pada opismate lain.

Betul cakap ex-boss aku, 'diorang' ni memang takleh diberi pakai tie.
Bila dah berjawatan sikit, mulalah besar kepala.
Belum jadi boss tu... kalau dah jadi boss aku berani kerat jari, memang akan ada salahguna kuasa.
Trust me!

Ok, permasalahannya sekarang ni is si dia yang kekwat tu asikkk laaa menyuruh, meminta, mengarahkan aku untuk belikan dia makanan.
I was like, @#$%^&$#@!!!!!
Sekali dua tak apa tau...
Ni tiap-tiap hari and without reason yang kukuh!
Lain la kau memang betul-betul sibuk menghadap laptop sebab kena kejar deadline report, atau benda-benda lain yang perlukan kau fokus.
Tapi ini takkkk...
Aku tengok ade je masa dia berlegar-legar dalam opis ni.
Pastu yang takleh blah, asik la melangut duduk dalam bilik bos kononnya discuss pasal kije.
Padahal, sibuk kipasss boss...!

Yang takleh blah lagi, dia ni sukaaaaa sangat guna nama bos.
Kononnya laaa, "Na, bos nak makan cucur..."
Padahal bos aku tak tahu menahu pun.

Aku penat nak melayan karenah orang macam ni.
Nak sumbat perut sendiri pun sibuk mengharapkan orang lain!
Kau boleh je turun pergi beli sendiri kan??
Kau ingat aku ni rajin ke nak turun naik opis?

Kalau aku melawan kang, jap lagi kata aku ni tak respek the chair.
Tapi kalau ginilah gayanya, memang aku kena kumpul bukti dan bawak benda ni pergi ke NUTE.
Malas dah aku nak pedulikan periuk nasik orang macam ni.
Dah la suka suki je fitnah orang.
Depan baik, belakang memburukkan orang sana sini.
Bukan aku sorang je yang kena... orang lain pun pernah kena jugak.

Kalau depan orang lain, serba-serbi dia tak tahu...
Semua permintaan unit luar, dia tendang kat aku.
Tapi bila depan bos, makkk aihhhh... engkau la yang paling efisyen sekali! *rolling eyes

Owh.. takpe..takpe...
Buat la perangai buruk awak tu ye...
Lepas ni kalau jadi apa, aku tak tanggungjawab ye...

No comments: