Tuesday, December 23, 2014

Training di Palm Garden, Putrajaya

Salam readers...

Uollss apa khabar?
Kekna kat sini kesejukan kebekuan.. air cond opis ni kuat bebenor.
Cane la demam Kekna ni nak kebah kalau cenggini gayanya?

Hari ni Kekna nak kongsi cerita masa Kekna pergi program opis bulan lepas...
Opssss... sorry. Kekna baru je nak update cerita yang dah berkurun. haha..

Satu department Kekna kena attend kursus kat Palm Garden, Putrajaya.
Seronok jugak la bile dengar kursus kat situ kan...
Tapi bile tengok schedule, makkk aihhhhhh...
Dari awal pagi sampai malam kot!
Bertabahlah sayang!

Hari kursus tu, aku tumpang kereta opismate, Khairol.
Farid pun naik sekali,
So, kitorang bertiga je dalam kereta tu...
Kitorang bertolak dari opis kul 7 lebih pagi... sampai sana dekat pukul 8 jugak laa....

Schedule asal kursus start petang.
Tapi ntah cemana ntah, tetibe diorang awalkan ke waktu pagi.
Disebabkan short notice tu, organizer takde sediakan breakfast.
Menangis iolsss ok!
Perut dah la kelaparan ni...


Sementara make up tak cair lagi, baik amik gambar dulu.
Kekna memang suka bergambar. So what?

Ke hulu hilir Kekna, Khairol dan Farid.
Tatau mana nak tuju dulu.
Pastu terserempak dengan opismate lain.
Diorang suggest lepak dulu kat cafe sementara tunggu yang lain sampai.


Sempat breakfast ramai-ramai.



Kelas start pukul 8:30 pagi...
Straight sampai pukul 12:30 tengahari.
Sakit bontot Kekna duduk je sepanjang hari tu.... 

Tapi kannn.... trainer kali ni best sangat compare tu trainer-trainer yang pernah bagi training kat Kekna.
Dia tak membosankan tapi kite ni biasa laaa kalau dengar orang ceramah mesti menguap-nguap je kan...

Bila tiba waktu lunch je, terus mata Kekna jadi segar bugar.
Sesuatu sangat kan........


Ini laaa menu lunch...
Sedap uollsssssss!!!


Dessert...

Ni je la dessert yang mampu Kekna makan.
Nak makan buah, Kekna tak suka...
Nak makan kek-kek, Kekna tak minat sangat...

Pukul 2 petang, kelas mula balik...
Tapi kan nasib baik la trainer tu memahami tau!
Dia lepaskan kitorang untuk check in awal...
Hoyehhhh!!


Kekna duduk sebilik dengan Leen.


Best sangat bilik kat Palm Garden ni...
Luas okeh.



Cermin bilik air yang sangat besar...
Boleh tengok jerawat kat muka tu puas-puas... hihi


Ada bath tub!!!
Kekna sempat rasmikan dulu bath tub ni...
Seronok uolsss!
Berendam dalam air buih-buih sambil pegang henset layan FB dan instagram. hahaha...



Dapat whatsapp dari group opis, trainer lewatkan waktu kelas malam.
Memang ada banyak masa la jawabnya...
Badan penat, so kitorang tido berjemaah...

Owh, lupa nak bagitahu.
Bilik ni boleh connect dengan bilik sebelah.
Kebetulan pulak bilik sebelah kitorang tu bilik Ekin dan Ira.
Memang elok sangat la tuuuu...
Terus kitorang bukak je pintu tengah bilik tu.
Ekin & Ira selalu je datang lepak kat bilik Kekna & Leen untuk ngumpat-ngumpat. hahah...

Tu je laa kije pompuan kan...


Tengah-tengah tido, kitorang dapat whatsapp dari Farid...
Dia tunjuk gambar kolam ni.....
Ni salah satu kolam yang ada kat Palm Garden tu.
Tapi kan, dalam keadaan masa tu kalau diberi pilihan antara kolam dengan katil, Kekna lebih rela pilih katil.
Hiihhii.... Zzzzzzzzzzzz....


Makan malam yang super sedappp!!!


Tomyam sedappp...

Eh, semua sedap laaa... haha...


Sekali lagi, aiskrim.


Muka hepi baru lepas makan.
Berkilo-kilo berat Kekna naik sepanjang 2 hari duk sini..
Semua makanan sedap-sedapp...


Dah masuk kelas....
Depan : Ekin, Kekna, Leen dan Ira..


Trainer kat depan tu namanya Prakash.


Trainer duk ceramah kat depan, Kekna and the gang sibuk melukis + ber chit chat kat belakang.
Hahahah...


Ni pun gambar yang Kekna lukis jugak... hihii...

Kelas habis pukul 11 malam...
Masuk bilik, tak tido terus... tapi duk lepak ramai-ramai.


Hari kedua.... wahhhh, indahnya pemandangan kan!
Kekna suka pemandangan hijau-hijau ni...

Kelas pagi start pukul 9 pagi...
Weehoooo!!
Boleh lengah-lengahkan masa sikit untuk mandi, bersiap dan breakfast...


Breakfast nasi lemak...
Favvy Kekna ni...
Pergi la mana-mana pun, Kekna memang akan cari nasi lemak untuk breakfast.
Kalau ada hash brown, lagi best... hehehe...

Kelas pun tak bosan sangat...
Kalau hari pertama tu Kekna duk meja belakang, hari kedua ni Kekna dan Leen kena duk meja paling depan...
Sebab lewat masuk... huhuhu...


Ni menu lunch...
Penuh pinggan Kekna amik makanan.
Sungguh tamak haloba.
Nasib la licin Kekna makan...


Aiskrim lagiii...

Time ni tekak Kekna dah rasa tak sedap dah....
Suara pun dah serak-serak sikit.
Tapi tetap jugak Kekna makan aiskrim.
Haihhh, tak makan saman betul.


Candid!
Leen pedajalkan Kekna... sikitttt pun Kekna tak sedar dia snap gambor ni...
Tau tau je gambar ni dah masuk dalam whatsapp group kitorang.
Hahaha...
Tak senonoh betul gaya Kekna duduk.
Kekna penat sangat seharian duduk atas kerusi tu.
Sementara team Leen kena buat presentation kat depan, Kekna pinjam la kerusi dia sekejap buat landing kaki...


Leen pedajalkan Kekna, last last Ekin pulak pedajalkan Leen.
Sempat lagi bergayut time group dia tengah buat presentation.
Hahahaha!!!

Pastu trainer ada bagi satu game.
Namanya Careless Whisper.
Kitorang dibahagikan kepada 3 group.
Kekna adalah group nombor 3.

Orang pertama dalam group tu akan ke depan dan hafal senyap-senyap setiap satu patah perkataan yang diberikan.
Pastu dia akan dibisikkan perkataan-perkataan tu kepada orang kedua dalam group tu.
Dan begitulah seterusnya.


Orang yang paling akhir dalam group tu akan ke depan dan catat apa telah disampaikan.


Ayat asal dalam game ni adalah :-

A cat jumped over the fence.
The mice panicked and they ran under the car.
Under the car there was a dog.
The dog jumped and the cat scrammed!

Group nombor 1 jawab :-

The mouse jump under the tree, the cat jump under the car.

Group nombor 2 jawab :-

Dog under the car, cramp under the car...

Mase ni kitorang dah pecah perut dah tengok jawapab group masing-masing.
Tapi bila tiba je group Kekna, jawapan yang diberi ialah :-


Amacam?? Win tak?
Hahahahaha....

Ayat punyalah dalam bahasa omputih, tetibe ter translate pulak ke bahasa melayu.
Hahahaha... lawak betul la!

Banyak input yang Kekna dapat dari training ni...
Alhamdulillah....

Kelas habis pukul 4:30 petang.
Terus check out dan balik.
Time balik Kekna tumpang Leen pulak.
Nasib baik laa Kekna dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik-baik dan tak berkira.
Syukur sangat-sangat.


P/S: Nama Kekna tu diberi oleh Ekin.
So, memang bercadang nak maintain nama ni...
Tenkiu Ekin!

2 comments:

Mimy Hamid said...

mimi mmg kakmi nana oi...glam ngan kakmi now

Reena Kamarudin said...

alolo comel je KEKNA rasa macam kek. alaaa nak kek kek juga. kekreen ok tak? haha.