Wednesday, December 17, 2014

Wedding Hana

Salam readers...

Matik laa aku kena marah dengan opismate sebab update entri yang dah berkurun.
Huhuu.....

Hoihh, yang penting hakak hapdate.
Kang tak hapdate kang, korang marah puleeeee... Acaner?

Ni kisah wedding bekas housemate aku, Hana.
Pasni aku dah takde kawan dah kat rumah. Hoho...

29 Nov lepas, aku attend wedding Hana di MPK Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Klang.
Nasib baik la ada Waze.
Kalau tak, kompem sesat barat aku berdua dengan FZ. Hihii...

Aku demam ekceli on that day.
Ikutkan memang tak larat nak attend.
Tapi tak sampai hati lak tak pergi.
Lagipun aku dah lama tak makan nasik orang kawin ni.
Nasik orang kawin best tau...... hahah.

Bertolak pukul 12 tengahari, pukul 12:45 camtu kitorang dah sampai di tempat persandingan.
Risau jugak kot-kot jalan jem ke ape.
Kang tak pepasal sampai lewat.

By the time kitorang sampai, pengantin tengah berarak.
So, kitorang join sekali.
Memang cantekk sangat timing tu.

Pengantin naik ke pentas, aku dan FZ pergi ke bahagian makanan.
Perut lapo hoihhh...
Demam demam pon still berselera okeh... haha.


Nasi beriyani...
Sedap jugak caterer ni masak.
Daging tu tak liat langsung... Nyumssss!


Pengantin tengah makan beradab.


Bersama pengantin yang sama cantik, sama padan.
Hafiz & Hana.



Cantik je Hana hari tu...
Kurus cekeding pulak aku tengok dia dalam gambar ni.
Orang kurus ni pakai ape pun nampak cantik.

Apapun, semoga perkahwinan Hana & Hafiz kekal selamanya.
Semoga cepat-cepat dapat anak.
In sha ALLAH.



No comments: