Monday, January 27, 2014

Terbengkalai

Salam readers...

Agak lama tak berupdate.
Jari-jari ni rasa lemah sangat-sangat nak menaip.
Even nak taip apepun, takde ayat nak buat.
Semuanya blur.

Nanti ada masa, aku update eh.
Entri terbengkalai sekejap.
Tunggu bila aku ada mood nanti, baru aku update.

Bila tengok rating blog, minggu lepas still ramai yang jenguk blog picisan ni.
Mungkin menunggu aku update.
Sorry sangat-sangat. T___T

Monday, January 20, 2014

Lif

Salam readers...

Pernah tak korang alami situasi di mana korang tengah tunggu lif terbukak. Pastu ada hamba ALLAH ni tak penyabar duk tekan button naik tu banyak kali dengan harapan lif tu terbukak cepat untuk dia masuk.

Pernah tak korang alami situasi seperti di atas?

Aku? Banyak kali.
Perasaan ketika itu? Aku rasa cam nak lempang patploh kali hamba ALLAH itu.
Yela, bodoh bertingkek-tingkek.

Kok ye pun tak menyabor nak naik lif, takyah tekan button up tu banyak kali.
Takde nye lif tu bergerak cepat kalau tekan button tu banyak kali.
Bawak-bawak la bersabar.
Lif tu akan terbukak jugak selagi dia tak rosak.
Cepat dan lambat bukak je.

Macam pagi tadi kat stesen LRT Kerinchi.
 Ada makcik sibuk la duk tekan button up lif tu banyak kali.
Come on la, makcik.
Orang lain pun tengah tunggu lif jugak.
Sabar la...
Kan memang lif lrt lembss nak mampss walau turun setingkat je..
Bawak-bawak la bersabar.
Kang rosak button tu nanti, makcik nak ganti ke?

Pesen camni berlambak jugak kat apartment aku tuh.
Sebab tu button lif apartment aku tu cepat rosak.
Sampaikan management pun dah malas dah nak ganti button.
Yela, dah ganti baru, lepas tu tak sampai seminggu rosak lagi.

Pernah jadi depan mata aku ada hamba ALLAH tekan button lif dengan kunci kereta.
Kalau tekan slow tu takpe.
Ini tekan sekuat hati. Banyak kali lak tu.
Hellooooooo..... tak boleh tekan elok-elok ke?
Adoyaiii....
Kalau jantan buat camtu, mungkin aku boleh terima lagi.
Ini betina kott... bertudung pulak tu. Haihhh!!

Kadang-kadang aku tak paham dengan sikap manusia.
Buat benda-benda yang tak logik.
Sabar sikit boleh?
Sabar tu kan separuh dari iman...


Wednesday, January 15, 2014

Badminton dan candy crush

Salam readers...

Sambungan dari entri keluar pergi Jakel dengan Kak Long (tajuk entri : Kain Pasang).
Aku balik sekitar petang.
FZ yang datang amik aku kat rumah Kak Long.

Takdan aku nak rehat kat rumah, FZ bawak aku pergi kolam.
Sejak-sejak dia tukar tempat kije, aku jarang temankan dia dah.
Malas.
Lagipun kawan-kawan kat tempat baru dia tu semacam sikit.
Aku takleh in sangat dengan diorang.

On that day, diorang ada perlawanan badminton.
So, FZ ajak aku tengok dia main.
Ya ya kan je laaa...
Dah dia ajak, kalu menolak kang jadi gaduh pulak nanti.
Tahu je la perangai dia tuh cemana..



FZ - baju hitam.
Partner dia is abang Malik.
Abang Malik ni kelakar sikit.
Tergelak je aku tengok dia main.



Sementara diorang main badminton, aku pulak melayan tab sensorang.
Bosan kot tengok diorang je yang main...
Nasib ada tab.
Boleh la main game.
Best pon best.


Main benda alah ni la...
Sekarang ni aku stuck kat level 375. 
Dah berminggu-minggu dah stuck kat situ.
Naik bosan dah.
Bayangkanlah, semua level dalam dreamland pun dah settle.
Level 375 ni still stuck sampai sekarang.
Sakit jiwa hoihh...
Hahaha... main game pun boleh tension eh.
Kengkawan Fb, bagi la aku nyawa wehhh... haha.

Tuesday, January 14, 2014

-

Salam readers...


Beratnya dugaanMU kali ini, Ya ALLAH!
 
Datangnya dari segala sudut.
 
Tegarkah hati aku untuk menghadapinya?
 
Kuatkah aku?
 
Tabahkah aku, Ya ALLAH??
 
Kenapa aku yang KAU pilih untuk diduga seteruk ini?


Monday, January 13, 2014

Kain pasang

Salam readers...

Dah jadi kebiasaan aku bila year end sale (YES), aku akan ke Jakel untuk beli kain pasang.
Kenapa Jakel?
Sebab kain pasang kat sini design cantik-cantik.
Harga pulak boleh tawar sikit.
Dan paling penting kena rajin bertanya kot-kot boleh dapat lining free.

Kebetulan aku free on 25hb Dec 2013 yang lepas.
Hari tu kan cuti Christmas.
Aku memang takde plan apa-apa on that day.
Lagipun FZ kije.
Bajet nak bangun lewat. Tapi tetibe je Kak Long call ajak pergi Jakel.
Aku on je laa...

Kul 11 pagi, jumpa Kak Long kat Sogo.
Jenjalan area situ jap tengok ada sale.
Pastu kitorang terus direct pergi Jakel.

Aku memang target beli kain murah-murah je.
Tapi yang adoo la kann...
Nekad tu dalam hati je.
Bile tengok kain semua lawa-lawa, terus rambang mata.


Kak Long tengah nego dengan salesgirl.

Aku suke pergi Jakel sebab kakitangan diorang ni rajin-rajin.
Sanggup cari kain sampai bertingkat-tingkat.
Pastu layan jee karenah customer.
Paling penting, Jakel ni ada ramai kakitangan pompuan.
So, senang kalau nak tanya apa-apa.

Kalau kat kedai kain femes G tu, kain lawa-lawa jugak.
Tapi kakitangan ramai bangla.
Lelaki lak tuu...
Ko nak beli kain, tapi deal dengan bangla jantan.
Ko ingat dia pandai ke bagi suggestion apa-apa??

Aku macam biase la pilih kain chiffon sulam.
Senang.
Dah takyah pikir-pikir nak letak manik ke ape...


Design ni aku paling suka.
Dah tahu dah nak buat design baju ape..


Yang ni pun aku dah tahu dah nak buat baju ape...
Kain ni sarat sikit tapi aku match dengan kain plain.
Nasib jumpa kain plain yang sama kaler.
Ni pun atas kerajinan salesgirl tu.

Aku ni jarang beli baju yang dah siap.
Aku lebih prefer beli kain pasang dan upah tailor kat kampung.
Upah tailor kat kampung tu jauh lebih murah dari kat KL ni.
Kalau baju kurung lining pun baru sekitar RM50-60.
Kalau kat KL ni kompem RM100++.
Yang takde lining, baru RM35-45.
Tak ke jauh bezanye tuu....
Bayangkan la tahun lepas aku tempah baju 4 helai, tak sampai RM300 pun.
Padahal semua baju yang aku tempah tu, baju yang ada fashion.
Bukan baju kurung biase.

Raya cina ni Insha ALLAH aku balik kampung.
Sebab nak pergi jumpa tailor.
Nak upah baju.
Pastu ada urusan lain yang aku nak buat tapi takleh citer kat sini.
Tiket iolsss dah beli.... 
Tak sabarnye nak balik kampung.... :)




Thursday, January 9, 2014

Fresh

Salam readers...

Update yang very the freshhh....
Tak pernah-pernah aku update fresh macam ni.
Biasenya kann aku update back dated.

Now aku tengah baring depan tv with family tengok Pencetus Ummah.
Final kan...
Tatau la siapa yang menang.
But i vote for Hafiz and Rahmat.

Adess, bosan pulak dengar mamat ni nyanyi.
Nama ape ntah. Tak kenal.
Eh, Aris ariwatan pun ada la.
Tapi bosan pulak asik dengar lagu Permaidani.
Macam dah takde lagu lain dah dia ni.
Lagu same je setiap kali persembahan...

Eh, terrr kutuk pulak.. ngeeee...
Ampunkan aku, ya ALLAH...

Since esok pun aku off from office, so there will be no entry until next monday.
Ni pun dah kire rajin terlajak dah aku update through tab.
Letih nak taip panjang-panjang.

Ok la. Nak sambung tengok PU.

Babai!

Tuesday, January 7, 2014

Duit kau, duit aku. Duit aku, bukan duit kau!

Salam readers...

Pepagi aku dah terbaca berita yang lawak jenaka.
Since lately aku perasan yang aku ni ada penyakit hypersomnia, berita-berita macam ni telah buat aku segar.
Senyum lebar aku baca berita itu.
Tq Mahfuz Omar kerana men'create'kan isu yang kecil menjadi besar dan sekaligus isu itu dipaparkan di dalam The Malaysian Insider.

Kisahnya Mahfuz Omar telah menempelak Zahid Hamidi kerana mengadakan sambutan hari jadi secara besar-besaran.
Mahfuz Omar juga telah menyarankan Zahid Hamidi untuk mengumumkan berapa jumlah wang yang dihabiskan untuk majlis itu dan memberi penjelasan kenapa majlis itu dilakukan secara besar-besaran.
Sedangkan menurut Mahfuz Omar, Zahid Hamidi boleh mengadakan majlis hari jadi itu hanya dengan bihun dan kuih-muih sahaja; kononnye sesuai dengan saranan kerajaan agar semua rakyat berjimat-cermat.

Persoalannya, kenapa Mahfuz Omar tu duk sibuk sangat dengan majlis hari jadi orang?
Biar laa dia nak buat majlis besar ke, majlis kecik ke...
Itu duit dia.
Ada ke Zahid Hamidi tu mohon derma kat sesape untuk dia buat majlis tu?
Takde kannn...
Klaka okeh!

Tentang elaun keraian.
Aku rasa elaun keraian tu digunakan jika ada kena mengena dengan urusan kerja.
Kalau bab majlis hari jadi ni, aku rasa Zahid Hamidi ni tak guna duit elaun keraian tu.
Tapi tak tahu la kannn....
Bagi bukti dulu la kalau nak hentam orang.
Takyah la speku lebih-lebih.
Ada bukti, nak bising bising laa...
Kalau takde bukti, diam.

Ibaratnya kalau aku ni jutawan.
Duit aku dalam bank tu berkepuk-kepuk 7 keturunan tak habis.
Tu tak campur lagi dengan duit yang aku simpan dalam peti besi kat rumah.
Berkepuk-kepuk sampai tatau dah nak belanje ke mana.
1 dunia dah jelajah, semua tempat dah pergi. Makanan semua dah rase.
So, aku decide on my birthday, aku nak sambut secara besar-besaran.
Aku nak panggil semua menteri-menteri.
Aku nak jemput semua dato'-dato', Tan Sri...
Kalau boleh nak jemput jugak Barack Obama.

Aku guna semua duit simpanan yang ada untuk majlis tu.
Tetibe ada seorang anasir luar bagi nasihat, "Lebih baik sambut birthday dengan bihun dan kuih-muih je. Itukan lebih afdal..."
Agak-agak ape yang aku rasa ketika itu?

Krik..krik...krikk...... (bunyi cengkerik, semua senyap...)

Of course la dalam hati aku akan kata, "eh, sukati aku la nak sambut birthday cemana. Duit aku."

Memang la sambut birthday tu lebih afdal jika bersederhana.
Tapi kalau orang nak buat majlis besar-besaran, takyah la dipertikaikan.
Biarkan laa dia.
Duit dia, bukan duit kau.
Yang sibuk sangat nak jaga tepi kain orang tu kenapa?

Kenapa politician ni tak bising bila artis kawin buat majlis besar-besaran sampai melibatkan juta-juta?
Kalau rasa diri tu prihatin sangat kat rakyat yang susah, kenapa tak tegur je penaja-penaja perkahwinan retiss tu?
Kenapa tak sarankan penaja-penaja tu semua bersedekah kepada fakir miskin daripada menaja retiss?

Hoihh... duk sibuk dengan duit orang.

Macam hidup aku sekarang.
Dengan gaji yang aku ada sekarang, tetibe aku nak buat majlis tahlil besar-besaran siap pasang khemah 7 bijik lagi.
Pastu ada orang tegur, "Mu ni dapat duit dari mana sampai boleh buat majlis besor cenggini??"

Eh, duit aku.
Takyah sibuk boleh tak?
Kalau tak jawab soalan cenggitu, nanti banyak speku yang diorang buat.
Main MLM la, makan duit haram la... buat part time GRO laa....
Kalau bagi penjelasan, nanti tak percaya pulak.

Diorang ni duk fikir negatif je la pasal orang lain.
Seolah-olah diri tu murni sangat.
Diorang takde fikir aku ni berjimat-cermat selama ni.
Sebab tu aku mampu buat majlis besar-besaran camtu.
Diorang takde fikir aku ni bujang lagi. So, belanje tu takde la banyak sangat.
Diorang takde fikir yang tetiap bulan aku ada melabur dalam ASB, sebab tu duit aku banyak hasil dapat dividen setiap tahun.
Diorang takde fikir yang aku belum pakai kereta, so takde susah-payah nak topup minyak kereta.
Diorang takde fikir yang aku buat part time jaga anak orang, so aku ada pendapatan lebih.

Tak pernahnye nak fikir yang baik-baik tentang orang lain.
Suke sangat fikir keburukan orang.
Ni la pesen Mahfuz Omar ni.
Dia tak nampak dulu mase zaman pemerintahan PAS kat Terengganu, MB Trg mase tu setiap minggu buat majlis.
Tatau majlis ape. Yang penting majlis keraian.
Keraian ape, tatau.
Takde pulak yang bising.
Ni hal majlis hari jadi orang, tetibe nak menyalak pulak.
Dah takde isu sangat la tu...

Ke terasa hati sebab Zahid Hamidi tak jemput dia datang ke majlis tu? 
Hahaa!


Monday, January 6, 2014

Baling bola boling

Salam readers...

2 minggu lepas aku dan FZ plan nak main boling.
Dah lama ohh tak main boling.
Last aku main mase tournament opis kat KLGCC.
Rujuk entri ini.
Kire-kire dah 3 tahun lebih kot aku tak main boling.
Rindu hoihhh nak baling bola boling tuu...

Kitorang main kat Cosmic Bowl, Mid Valley.
Main boling kat sini best sebab kekadang diorang tutup semua lampu dan kita main boling dalam gelap.
Nampak cahaya kat bola tu je... cantik.

Cuma kat sini selalu ramai orang.
Family ada, bebudak ade.
Aku rimass sikit kalau lane sebelah aku tu bebudak poyo yang main.
Kadang-kadang budak-budak cenggitu over terlebih.
Tak strike pon tapi menjerit macam kena histeria.
Tapi hari tu mujur la aku dapat lane tengah-tengah antara family dan budak-budak perempuan ala-ala ustazah.
Jangan memain.... yang pakai jubah pun main boling tau!

Biasenya kalau main boling, tak puas main 1 game je.
Kitorang amik 2 game sorang.
Tapi seperti dijangka, kitorang akan tambah 1 lagi game terakhir.
So boleh tengok sape menang, sape kalah.


Balingan pertama FZ.


Giliran aku pulak...


1st game.
FZ tu FZ la.
NDA tu, aku.

1st game ni aku menang.
Itupun menang tipis je.


2nd game.
FZ pulak yang menang.
Menang tipis jugak.
So kitorang seri.

Terus FZ mintak tambah 1 lagi game.


3rd game.
Aku menang! Jauh lak tu mata terkumpul.
Hahaha...

Total semua mata FZ = 260.
Total semua mata aku = 310.
Jauh tuuuu... haha!

FZ tak puas hati sebab aku berjaya kalahkan dia 2-1.
Serius puas hati game yang last tu sebab aku banyak strike.
Gile tak bangga! Hahaha...

Terus dia cakap next time nak main lagi dan kalahkan aku.
We'll see!!

Sunday, January 5, 2014

Tutorial membuat churros

 Salam readers...

Tadi aku upload gambar churros yang aku buat sendiri dalam FB.
Ada la yang mintak resipi.
Untuk tak menghampakan permintaan kawan-kawan, meh aku upload resipi churros yang sedap dan mudah dibuat itu.
Aku pun cedok resipi ni dari internet.
Nampak cam senang je nak buat.
Bahan-bahan pun memang murah-murah dan tak susah nak dapat.
Memang cantekkk sangat la tuh.

Sebenarnya sudah lama aku nak buat tapi yela, malas kann...
Hahaha...
Tak Diana laa kalau tak malas kannn...

Petang tadi lepas FZ hantar aku balik, aku duk sensorang je kat rumah.
Dah tatau nak buat ape, so aku terasa cam nak masak.
Tapi tatau nak masak ape.
Then teringat resipi churros.
Check bahan-bahan, semuanya ada.
Ok, jom masak resipi yang sedap ini.

Bahan-bahan :-


1 cawan air
1 1/4 cawan tepung (tapi aku letak 1 cawan je)
1 sudu butter
1 sudu gula
1 sudu kecil garam
Telur saiz A
Minyak untuk menggoreng
Acuan untuk membentuk adunan


Cara-caranya :-


Didihkan air, butter, gula dan garam dengan api sederhana.
Kena sentiasa kacau ye.
Takmo tinggal-tinggal gitu je..

Aku guna sudip biase tu je...
Tapi adalah digalakkan untuk menggunakan whisk.
Kalau takde whisk, guna sudip plastik macam aku pakai tu..
Guna sudip kayu pun ok.
Jangan guna sudip besi pulak ye.


Kecilkan api.
Masukkan tepung dan kacau laju-laju supaya tepung tak berketul.

Dah sebati semua, angkat kuali ke tempat lain.
 
 

Pecahkan telur dan campurkan ke dalam adunan tepung tadi.
Kacau sebati dengan menggunakan whisk.
Time ni adunan nampak makin lembut. 
Tadi kan aku cakap aku takde whisk. So, aku gantikan dengan sudu.
Kena kacau betul-betul tau.
Takmo nampak berketul-ketul.


Dah siap kacau adunan tadi, panaskan minyak di dalam kuali yang lain.
Masukkan adunan tepung ke dalam acuan.
Buat ikut saiz sendiri ye.
Aku buat sementot-sementot je.


Taaa daaaaa....
Ini lah hasilnya selepas digoreng...
Ada orang makan dengan gula ising tabur atas churros tu.
Ada juga yang makan dengan sos coklat.
 
  

Aku makan dengan nutella je.
Senang. Hehehe...

Oh, resipi ni banyak ok..
Aku just goreng sikit je sebab adunan selebihnya aku nak goreng esok pagi buat breakfast.

Resipi ni sangat sesuai kalau dihidangkan di atas meja candy buffet ke, meja dessert ke...
Selain tu, kalau ada tetamu yang nak datang dan kite kesuntukan masa, resipi ini sangatlah sesuai.
At least ada la makanan manis nak dihidangkan kepada tetamu. Ye dak?
Tak sampai 30minit je dah siap.
Sumpah tak tipu!

Selamat mencuba ye!

Thursday, January 2, 2014

Hari tahun baru yang tak menggembirakan

Salam readers...

Only 1 word. 'Spoiled!'
Seriously spoil mood new year aku.
Hangin aku jap dengan tuan rumah haji kedaung bakhil ni.
Serius menyampah!

Last month, tetibe lampu rumah kat ruang tamu takleh on.
Mati-mati aku ingatkan mentol yang rosak.
Aku beli mentol baru guna duit sendiri.
Bila dah ganti, still lampu takleh on.

Seminggu jugak la aku dan housemate duk dalam gelap.
Hanya lampu dapur dan lampu bilik je yang menerangi ruang tamu tu.
Kebetulan aku kenal dengan budak maintenance kat opis.
So, aku panggil dia untuk datang check kot-kot ada masalah wiring ke ape.

Bila budak tu check, memang ada masalah wiring.
Wiring dalaman.
Dia ada la tukar beberapa benda masa pembaikan tu.
Total kos = RM150.

Kire ok la tu kannn...
Aku pernah kena ketuk tukar klip kat wayar elektrik sikitt je dah kena cas RM350.
Tak ke gila namanya tuh??
Mentang-mentang aku perempuan kannn... terus dia ketuk kaw-kaw.
Memang sampai ke mati pun aku takkan halalkan.
Jumpa la kat akhirat nanti.

Berbalik dengan kes tuan rumah ni, RM150 tu aku tolak la dari duit sewa bulan.
Pastu tuan rumah call aku tanya kenapa tak cukup duit sewa bulan.
Aku cerita la itu ini semua yang berlaku.
Ala, dia pun tahu aku ada baiki wiring tu....
Pastu dia cakap dia taknak tanggung.
Aku dah macam, pfffttttt!!!!

Agak-agak laaa...
Kalau lampu tu rosak disebabkan aku atau penghuni rumah, memang la kitorang akan tanggung sendiri.
Tapi ini masalah wiring yang dah lama...
Wayar, kalau dah bertahun-tahun guna, lama-lama ada la rosak sana-sini.
Sepatutnya kos macam tu ditanggung oleh tuan rumah.
Wiring tu rosak bukan sebab kesalahan sesiapa.
Tapi memang benda tu rosak sendiri.

Aku bertekak la sikit dengan tuan rumah.
Yela, mana boleh macam tu kannn...
Benda yang bukan kesilapan kitorang tapi kitorang yang kena tanggung.
Seronok la jadi tuan rumah macam tuu.
Habis, kalau rumah tu dah terlalu lama, dah uzur, kabinet semua dah reput, kitorang la yang kena tanggung eh??
Banyak cantiikkk....!

Hoihhh.. hangin betul aku.
Geram!!
Memang spoil mood aku nak sambut new year.
Memang s**l laaa tuan rumah ni!
@#$%^&*^%$&!!!!