Monday, February 24, 2014

Thursday, February 20, 2014

Fish & chips, Restoran Azmi Sentul

Salam readers...

Sekejapan je kannn dah hari Khamis.
Esok Jumaat. Lusa Sabtu...
Sabtu leh bangun lewat sikit.
Hehehe... tu je la kijenye kan...
Cemana la badan tak bambam...

Ni aku rehat jap amik napas dari tadi buat chart opis.
Buat sensorang lak tuu.. jenuh hoihhh....
Maybe ini last task aku before transfer... (itupun kalau dapat la...)

Ok, ni aku nak citer kisah 8 Feb lepas.
Hahaha..... lewat sikit citer.
Aku teringin sangat-sangat-sangat nak makan fish and chips.
Memula, cadangnya nak pergi ke Kampung Baru.
Tapi biase la... sesakkkk... parking pon yilek.
Maka, boyfie aku zasssssss bawak aku pergi ke Sentul.
Makan kat Restoran Azmi.
Kat sini pun parking ya ampunnnn... memang payah nak dapat.
Tapi kalau dah rezeki kan.... jumpa 1 parking strategik.


Me wearing jubah on that night. Tetibe rasa selesa pulak pakai jubah.
Jubah murah je pon. Beli kat Jalan TAR.


Kempiskan perut dia sekarang.
Diet katanya.... hmmm... yelah. yelah...


Lepas order je, terus dia kuarkan tab main game farm saga.
Geram pulak aku...
Bukannya dia nak layan aku tau!
Asik main game je...
Ada gak tab yang kena baling nanti.


Just tembikai FZ punya dan ice blended milo aku punya...
Ice blended diaa... perghhhhhhh......... sedapp siot!
Memang kaw rasa milo tu.... tak puas minum.


Yang ni FZ punya.... fried chicken & chips.
Tapi dia makan tak habis pon.
Geram aku... ikutkan sangat diet dia tu.... grrrr!


Fish & chips aku punya...
Tak larat jugak nak habiskan tapi aku kan jenis tak suka membazir.
Selagi aku rasa aku boleh telan, aku telan.
Alhamdulillah, licin pinggan. Heheh...


Pastu aku order onion ring.
Ok sedap jugak.
FZ suka onion ring, sebab tu aku order.
Ikutkan aku, aku tak berapa gemor onion ring ni sebab onion kannnnn......
Ishhh......merepek je makanan ni.
Bawang pon boleh salut dengan tepung camtu....

Sekarang ni dah takde dah nak mengidam apa-apa.
Tapi tatau la time tengok fb nanti ade yang buat aku terliur dengan gambar makanan diorang.
Aku ni senang terliur okeh.
Pastu menggelupur la nak makan benda tu jugak.
Yang susahnya, FZ la sebab kena melayan makwe yang kuat makan ni.
Hehehe...


Wednesday, February 19, 2014

Lunch date secretaries

Salam readers...

Selamat tengahari!
Hari ni hari yang agak busy.
Of course la busy dengan kerja kann. Macam-macam kena buat.
Now, aku kena prepare list files yang aku pegang so that nanti kot-kot la nak buat handing over to new PA.
Hahaha... confident je leh tukar kann...
Takpe, dapat tak dapat lain citer.
Orang kate, sediakan payung sebelum hujan.
Prepare awal-awal so that tak kelam-kabut nanti.

7 Feb baru-baru ni, aku ada lunch date dengan Kak Era, Ayu dan Jen Jen.
Rindu dah lama tak jumpa diorang...
Nak gosip-gosip, nak share stories... seronok tau!

Kitorang date kat San Francisco Cafe kat bawah opis aku ni...
Nak lunch kat Secret Recipe, welllllll......... SR bawah opis aku ni lembsss nak mampsss.
Time bos takde, boleh la makan kat SR.
Time bos ada, tak boleh la... nanti balik opis lambat.

Dalam perjumpaan tu, kak Era bagi aku, Jen Jen dan Ayu hadiah..
Eh, ehh.... rasa terkejut gak mula-mula...
Awat bagi hadiah ni kak Era?

Rupa-rupanya sempena belated birthday.
Hehehe... Dah berbulan kot birthday aku lepas tapi still dapat hadiah....
Suke...-suke...............



Comel....
Pink lagi...... sayang la nak guna. Hehehe...

Terima kasih, Kak Era.
Nanti kite jumpa lagi ehh....
Leh gosip-gosip lagi... :)


Tuesday, February 18, 2014

Makan petang

Salam readers...

Baru berkesempatan untuk update blog.
Dari pagi tadi busy buat kerja tak habis-habis.
Fenattt!

Ni kisah awal bulan Feb baru-baru ni....
Lately FZ ni diet.
Dia sekarang ni jarang dah makan malam.
Kalau makan pon, paling lewat kul 7.

Nak tak nak, aku kena ikut la diet dia bila kuar dating.
Ai is menyampah okeh!
Aku kan ada gastrik.
Makan awal-awal, nanti lewat malam aku makan lagi...
Nanti kang perut berkeroncong pulak.
Bertambah bambam la aku jadinya.

FZ diet elak makan nasik.
Paling-paling pun dia makan mee je.
Pastu dia ni kerap jugak bersukan...
Sukan badminton dan renang je la punnn.
Badminton tu setiap hari kot dia main sampai aku naik menyampah dah takleh kuar dating.
Hurmmmm....!

Tapi on that day tetibe je dia cakap dai teringin nak makan siakap 3 rasa.
Aku happy la kan, at least dia dah jahanamkan diet dia.
Hehehe... happy terus!

Takde tempat lain yang boleh masak siakap 3 rasa yang sedap melainkan kat Yusof Tomyam, Bangsar.
So far dah banyak kedai makan yang aku pergi but 3 rasa Yusof Tomyam ni jugak yang paling sedap.
Tapi tu la.... FZ tetap ajak kitorang makan awal.


Teh o ais yang sangat melegakan...
Dan sangat terbukti muka ku semakin bambam seperti sfera.


Orang diet pon minum ais jugak tapi teh o ais limau laaa...


Satu-satunya sayur yang aku boleh makan cenggitu je...
Kailan... tapi mesti kena masak ikan masin sekali...
Nyum-nyummsss...


Siakap 3 rasa yang FZ teringin sangat nak makan ituu...
Sedappp! Ikan garing.... 
Cume 1 je la.... kuah sikit..
Kena request la kalu nak kuah banyak...

Makan pulak dengan nasik panas-panas...
Pergghhh... nikmatnya dunia!

Eh, aku kena buat kerja pulak....
Later later aku update lagi eh...
Babai!


Friday, February 14, 2014

Lelaki yang mengidam itu

Salam readers...

Dah lama sangat dah FZ duk mengadu-domba kat aku.
Katanya dia mengidam sangat-sangat nak makan kek span atau butter yang very the lembut...
Kire tahap melting dalam mulut laa...

Dah banyak kedai kek yang kitorang pergi.
Tapi 1 kek pon takde yang menepati citarasa dia.
Kalau aku sendiri baking, memang tak laa kannn...
Kek-kek aku semuanya dia tak makan.
Baik cari kat kedai je...

Korang tahu ke kat mana tempat yang jual kek yang sedap seperti yang FZ nak?
Dia nak kek yang lembut dan sedap. Flavor tak kisah. Tu je.
Tolong suggest kat aku eh.

28 Jan lepas, kitorang pergi ke Bangsar Village.
Aku teringat kat situ ada 1 kedai cupcake.
Menarik jugak kedainya...
Bisou namanya...
Geram-geram je aku tengok cupcakes yang diorang jual...
Semua comel-comel.

FZ takmo cupcake.
Tapi aku cakap la, cake biase ke, cupcake ke, same je...
Cume cupcake tu kecik.
Why not try kek kat situ kannn.... manalah tahu memang menepati citarasa ke ape...
Ingat senang ke nak cari kek macam yang dia nak tuu... ishhh!

So kitorang beli 2 jenis cupcake.
1 cupcake chocolate.
1 lagi rainbow cupcake.


Rainbow cupcake.
Sedap hoihh......! Dah la comel!
Macam sayang je nak makan. Hahaha...

Cupcake chocolate tu awal-awal lagi kitorang dah ngapp.
Tak sempat nak snap. hehe..

Dah alang-alang ada kat situ, kitorang pun cari la restoran untuk makan malam.
Lapo kott...
Dah la ime tu aku takleh tengok nasi putih.
Tatau kenapa.
Kalau tengok nasi putih je, mesti rasa cam nak muntah.
Tapi aku memang kena jugak makan nasik.
Kalau tak nanti aku akan kelaparan sepanjang mase...

FZ pilih restoran Delicious.
Ntah le kenapa dia pilih Delicious ni.

Eh, selingan kejap.
Mase lalu depan The Loaf dalam Bangsar Village tu, kitorang terserempak dengan Awie.
Tengok dari jauh je la kannn...
Selekeh betul dia kann.... ke saje je pakai cenggitu?
*tetibe mengumpat awie pulak kannn... haram betuihh perangai...



Tetibe FZ nak promote makanan kat delicious pulakk..

Terliur gak aku tengok roti yang tengah tu...
Tapi tu laa... aku kan dah dilarang untuk makan ape-ape makanan yang ada yis.
Sobss...sobssss!!


Aku on that night.
Rasa bercahaya benor muka tuh..
Padahal efek lampu je pon. Hahah...


Motif amik gambar ni?
Takde apa-apa motif..... haha...


Ada bantal uolsss...!
Empuk lak tuu...
Berlanding-landing aii disitu.
Gedikss sangat!

Ni kalau ada anak kecik ni, kompem diorang dah lenjan bantal-bantal ni semua.
Silap-silap bantal kemana, sarung ke mana...


Ni menu FZ, nasi kerabu ayam rendang.
Ok laa rase dia...
Tapi kalau nasi tu kaler biru, barulah betul-betul nasi kerabu.
Ni buat nasi putih pulak.


Yang ni menu aku.
Nasi ayam kari kot...
Tak habis pun aku makan.
Kan tadi aku kate aku takleh tengok nasi putih. Ingatkan boleh la aku lawan perasaan tu.
Sekali tak boleh daaa.... 
Dah la kari dia tak sedap.
Tawar gile..
Nak je aku mintak garam dan gula...
Tapi segan lak.


Order ni as a dessert.
Lagipun malam tu ada discount 50% untuk dessert.
Memula aku mintak pavlova.
Tapi biase la.. pavlova kan hot selling.
So dah habis.
Sebagai ganti, aku try amik lemon meringue pie.

Masam gile dowhh!!!
Tapi aku suke sebab masam tu leh cover dengan meringue yang manis tuu...
Sapa-sape yang tahan masam, boleh la try pie ni...

FZ makan sikit je pie ni.
Dia kan tak suke sangat desserts barat.
Dessert orang Melayu dia makan la..

Tapi kek yang FZ idamkan tu still tak dapat sampai sekarang.
Mana nak cari hoihhh....
Korang boleh tolong suggest aku tak?
Sian sangat kat orang mengidam mengalahkan pompuan pregnant nih...

Thursday, February 13, 2014

Makanan

Salam readers...

Aku ni bukannya kategori pompuan yang pandai masak.
Tapi bila dah duk sendiri ni, nak tak nak kena masak jugak la kann...
Takkan asik nak beli makanan luar je.
Muak...
Sedap ke tak sedap ke, masakan sendiri jugak yang terbaekk...
Tul tak?

Hari bekerja memang aku malassss sikit nak masak.
Penat kot...
Masak pulak untuk diri sendiri.
Cam tak berbaloi je...
Baik beli je makanan kat kaki lima tu.
Kalau ada laki, tak pe la jugak nak masak pon kann...

Aku biase masak on weken.
Start masak dekat-dekat pukul 11pagi...
Makanan tu pulak masak lebih sebab nak buat makan malam sekali.
Ate nak jimat kannn...
Mase nak makan malam tu, panaskan la balik lauk-lauk tengahari tu..

Ape yang aku masak bergantung kepada tahap kerajinan aku.
Kalau aku rajin, aku masak meriah sikit.
Kalau aku malas, masak megi je. Heheh...


Ni kire masak time aku rajin.
Nasi putih, ayam buttermilk, sardin, telur dadar....
Masak macam ni pun berjam-jam. Hahah...

Nasib semua sedap...


Ni tahap biase-biase...
Nasi goreng sardin dengan telur dadar.
Makan nasi goreng lagiii sedapp bila ada keropok keping Ganu mariii...
Bertambah-tambah nasi jadinya.


Ni dah kire malas tahap gaban.
Masak megi je.
Ni aku baru nak try makan mamee chef kari.
Biase-biase je pun bagi aku.
Aku lagi suke megi kari biase...

Terliuq??
Pi masak sekarang.
Hahah..


Tuesday, February 11, 2014

Salah eja

 Salam readers...

Korang mesti pernah tengok bangla-bangla yang salah eja kat notis yang ditampal.
Berlambak-lambak orang share dalam FB kann...
Sumpah lawak wehh...
Tapi aku tabik spring kat diorang sebab dia mampu belajar bahasa kite.

Usahkan bangla, orang Melayu kite pon kekadang ada jugak yang salah eja.
Contoh :

Demam dieja sebagai 'deman'.
Bekerja dieja sebagai 'berkerja'.
Selsema dieja sebagai 'selesema'.

Nampak simple tapi sebolehnya takyah la salah eja camtu.
BM kite kan simple je...
Kat sekolah pun dari tadika sampai tingkatan 5 diajar subjek BM kan...
Takkan la kite nak jadi setaraf dengan bangla pulak kann...


Bangla mari... Taboli.... sepatutnya 'tak boleh'.
Adoyaii....


Yewam eh?
Cam best la pulak sebut yewam... hahaha....
Geygey...... adoiii... takleh blah hoii!

Bangla oh bangla....!

Hari tu mase aku naik lif kat rumah, ada 1 notis tertampal kat button lif.
Aku tak sempat nak amik gambar sebab lif penuh mase tu...

Kat notis tu tertulis :

'Baten rosak. Kalu nak pergi ting.5, tekan ting.6 kalu."

Baten??
Button okeh! Adoii... Ni aku tatau la kerja bangla ke atau kerja orang-orang kite jugak.

By the time aku nak guna lif sekali lagi, bajet nak snap gambar notis tu.
Sekali bahagian "baten' tu dah dikoyakkan.
Tatau la sape yang koyakkan. Hahaha....

Ada 1 lagi.
Mase aku balik kampung baru-baru ni, aku sempat la pegi kedai tailor tempah baju untuk raya.
Sementara tunggu turun nak ukur badan, aku belek la kain-kain yang dijual kat situ.
Sekali aku nampak ini :-


Koteng??

Cotton okeh! Cotton! Bukan koteng...
Oh my Ganu sangat!
Hahaha...



Friday, February 7, 2014

Kisah 4 Jan 2014

Salam readers...

Nak ucap selamat pagi pun agak-agak macam sekarang ni dah tak pagi sangat dah.
Dah menghala ke tengahari dah ni...

Aku baru je habis meeting dengan 1 opis.
Mujur takyah amik minit.
Hoihhh... jadi secretary ni buat kerja lain tak pe lagi tau... tapi bab-bab amik minit ni memang malas benor.
Orang lain duk pompampompam cakap lelaju, kite pulak jadi recorder.
 Jari tu dah macam mesin menulis. Catat segala ape yang diorang cakap.
Susahh ohh!

Kali ni nak citer pasal 4 Jan 2014 baru-baru ni..... takde la baru sangat benornye.. hehehe...
Aku tak ingat hari tu FZ bawak aku jenjalan kat mana.
Maklum la memori aku ni bukannya bagus sangat pon.
Aku kan pelupa...

Mujur la aku ada gambar masa kitorang pergi makan kat Satay Haji Samuri Taman Melati.
Kalau takde gambar-gambar ni, aku rasa aku pun tak ingat bile last aku makan satay.

Aku ni memang peminat satay.
Tapi satay ayam je la...
Kalau satay daging lembu ke, daging rusa ke, daging arnab ke... tu semua aku tak makan.
Tak lalu dek tekak.

Kitorang makan pun dah lewat.
Dalam kul 5 lebih camtu...

FZ yang order, aku pergi cop meja.
Kedai satay ni selalunye ramai orang. 
So mestilah kena cop meja kann...


Ini je la yang kitorang order...
Cukup la makan 2 orang kann...
Itupun payah je nak habiskan sebab kenyang.
Yang ayam tu kongsi.
Yang daging tu FZ makan sensorang. Itupun pakse-pakse aku makan jugak.
Dia cakap sedap laa... lembut la....
Ape-ape je la!


Nasi impit ni aku tambah kendian sebab makan satay je mana la puas kann...
Haruslah kena ada nasi impit sekali.
Patut la FZ tak order awal-awal nasi impit ni sebab dia tak gemor rupenye makan benda ni.
Tapi hari tu memang tak sedap sangat pun sebab nasi impit tu keras sikit macam tak cukup air.
Takpelah,... telan je la..



Aku memang suka makan satay Haji Samuri sebab sedap.
Pastu murah sikit berbanding satay-satay kat kedai lain.
Servis pun ok laa.....
Mintak tisu ke, sudu ke... cepat je sampai.


Me...
Gedebus gituu kannn...
Camera 360 katenye...
Yela, kalau tak guna camera 360 tu, bertompok-topok kot muka aku.
Ni kes pakai foundation In2it laa...
Tak best langsung foundation tu.
Sebelum ni aku pakai foundation stage.
Yang ni gile best.... kulit nampak sekata je... bersih je...
Pastu stok faoundation aku dah habis, bajet nak la pergi MV beli stok baru.
Sekali kedai Stage kat MV tu dah ditutup ganti dengan kedai lain.
Pffttttt!!!
Menggelabah aku cari foundation lain. So try In2it dulu.
Sekali hampagasss betul....
Aku dah pilih color beige dah...tapi putih melepak kulit muka aku jadinye.
Pucat lesi macam mayat.

Last-last balik kampung aritu Kak Long suggest aku pakai foundation Lo'real.
Sekalii lawa gile jadi kulit muka...
Pastu harge lagi murah dari Stage.
So, goodbye Stage. Get lost In2it. Welcome Loreal. Haha...

Ok la, tu je yang aku nak citer arini.
Tengah sakit ati dengan FZ ni sebenarnye...
Taikkk betul la dia tuh!
Nyampasssss!!

Thursday, February 6, 2014

kisah new year

Salam readers...

Godek-godek gambar dalam pc, tengok-tengok ada lagi pic yang belum di share.
Hah, boleh la jadi modal update blog. Kahkah...
Ok, tak klaka.

Ni kisah new year aritu...
Punye laa lame simpan gambar-gambar ni kan....

Aku dan FZ ni dah kire tahap kertu.
So, takde nye nak celeb new year tu kat mana-mana.
Memalam duk rumah masing-masing layan tv.
Aku layan tv dengan Hana.
FZ layan tv dengan kengkawan dia.
Best je beristirehat.
By the time sharp kul 12, dengar bunyi api berdentam-dentum.
Terkezutt iollss okeh...
Nasib baik takdok sakit jantung.
Kalau tak, dah kejung kat situ...

1hb Jan kan cuti.
Aku malas gile kott nak masak...
So, ajak FZ makan kat Oldtown belakang rumah aku.
Makan dekat-dekat je laa..
Aku pun malas nak bersiap lebih-lebih.
Pakai t-shirt dan jeans je.. senang.

Ingatkan takde la ramai orang kat situ.
Sekalii seat penuh uollsss...
Mata melilau je carik meja kosong, nasib ada 1.
Terus cop tempat tu sebelum ada orang lain sempat duduk.
Hareemmm sangat perangai kann...

Maka, kami meng order la makanan kat situ.
Aku ni kalau bab order makanan kat oldtown ni memang payah.
Tatau nak makan ape...
Hampir semua menu dia tak menepati selera aku sebenarnya..
Kalau order nasik, tak berkuah pulak...
Kalau order benda lain, tak kenyang nanti plus harge mahal.

Tapi kalu bab air, memang aku dah tak pilih dah air lain melainkan enriched chocolate.
Tu je yang aku suke.


FZ tatau la order air ape kaler ijo pekat tu...
Aku tengok pewarna air tu pun seramm je..
Geli geleman aku nak telan...


Yang ni menu FZ.
Tak ingat menu ape...


Aku pulak order mee kari.
Ceroii uollssss!
Adoyaiii.... biasenye mee kari kat oldtown ni sedap...
Tapi tatau la aritu kenapa, tetibe mee kari ceroii yang sampai.
Takpelah... tolan sajo laa...
Ate perut lapo kann...

Itulah saje kisah new year.
Lepas makan terus FZ hantar aku balik rumah sebab dia kije.

Kije...kije...kije...
Mencik!





Tuesday, February 4, 2014

Tragedi-tragedi dahsyat di Malaysia

Salam readers...

Kali ni aku nak kongsi dengan korang tragedi-tragedi dahsyat yang pernah berlaku dalam negara kita.
Jangan tatau negara kite pun pernah tercatat tragedi-tragedi ngeri yang kite pun tak sangka pernah terjadi.
Moga-moga selepas ini tiada lagi tragedi-tragedi seperti ini akan berlaku.
Amin.

Tragedi Pondok Pak Ya

Tragedi yang berlaku pada 22 September 1989 dimana terkorbannya 27 para syuhada di dalam kebakaran yang besar.
Tragedi kebakaran ini memusnahkan hampir ke semua 8 blok asrama puteri di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau dikenali dengan nama Pondok Pak Ya.
Antara subjek yang diajar di pondok ini ialah Feqah, tafsir, hadis, tasawwuf, nahu, balaqah, qirat dan subjek-subjek lain.

Kejadian ini dipercayai berlaku kerana lilin yang menyambar tilam asrama dan ianya terjadi ketika para penghuni asrama sedang lena dibuai mimpi.
Keadaan asrama yang daif, dapur menggunakan minyak tanah dan dibina dengan papan menyebabkan api cepat merebak.
Takziah kepada keluarga-keluarga mangsa.
Perginya mereka dalam keadaan syahid kerana mereka pergi ketika menuntut ilmu.
Al-fatihah.




Runtuhan Highland Tower

Berlaku pada 11 Disember 1993 pada 1.35 petang di Blok 1.
Peristiwa ini berlaku setelah hujan 10 hari berturut-turut dan berlakunya gelongsoran tanah di bawah blok yang runtuh itu.
Seramai 48 orang terkorban di dalam tragedi ngeri itu.
Difahamkan sistem perparitan dan saliran yang tidak sistematik juga menjadi punca runtuhan ini.

Dikatakan pada waktu kejadian, cuaca sangat elok setelah 10 hari hujan berturut-turut.
Tiada siapa menyangka kawasan yang mewah itu akan mencatat sejarah ngerinya sendiri.
Oleh sebab hujan, banyak air yang diserap ke dalam tanah dan mengakibatkan runtuhan tembok di bahagian depan dan belakang bangunan.
Disebabkan itu juga gelinciran tanah berlaku dengan mudah kerana tiada sokongan dan halangan daripada tembok berkenaan.
Gelinciran itu menyebabkan struktur bangunan menjadi rapuh dan sekaligus runtuh menyembah bumi.

Dan kini, masih ada 2 buah blok yang masih tinggal.
Namun Highland Tower mempunyai kisah seramnya yang tersendiri.
Malah ianya dikatakan antara kawasan paling seram di Malaysia.

Sape berani pergi sane?
Aku tak beranii....



Tsunami

26 Disember 2004, tercatat sejarah di negara kite dimana berlakunya tragedi tsunami yang mengorbankan banyak nyawa.
Kuala Muda Yan, Kuala Muda Langkawi dan Batu Feringghi terkena tempias tsunami yang berlaku di Acheh.
Kebanyakkan mangsa di Malaysia ialah mereka yang sedang berkelah dan memancing di Batu Feringghi dan Balik Pulau dan ketika itu ombak mengejut melanda mereka dalam keadaan cuaca baik kira-kira pukul 1.30 petang.
Ombak itu dipercayai setinggi 6 meter atau 3 tingkat bangunan.
Ramai yang terkorban disebabkan lemas ditarik ombak hingga ke laut dan ada yang terperangkap di dalam rumah yang ranap.



Orang yang tahu swim pun belum tentu selamat...
Sangat menakutkan.
Takziah kepada keluarga mangsa.

Letupan kilang mercun

Letupan paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada 7 Mei 1991 di Sungai Buloh, Selangor.
Tragedi ini mengorbankan 21 orang  dan mencederakan lebih dari 83 orang.
Letupan dari 200 tan belerang dari sebuah kilang mercun sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga 7 kilometer dari tempat kejadian.
Tragedi ini juga dikenali sebagai 'Hiroshima Sungai Buloh' kerana ia diibaratkan seperti bom yang jatuh dari pesawat Amerika ke atas wilayah Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Peristiwa tragis ini terjadi kira-kira pukul 3.45 petang.
Kekuatan letupan tersebut menggegarkan kawasan sekeliling sehingga banyak rumah yang runtuh dan terbakar. Kenderaan penduduk di kawasan berdekatan juga banyak yang musnah.

Tragedi ini dipercayai berpunca daripada ujikaji ke atas mercun dilakukan diluar tempat khas yang menyebabkan percikan bunga api terkena ke atas longgokan bunga api yang lain dan sekaligus mencetuskan letusan yang dahsyat.



Dah jadi macam ni pun, still ada jugak yang sibuk main mercun terutamanya menjelang musim perayaan.
Tak reti serik betul.
Bila bersepai jari tu, barulah nak menyesal.


Runtuhan Bukit Antarabangsa

Tinggal di kawasan mewah, belum tentunya selamat bukan?
Itulah ibaratnya seperti tragedi di Bukit Antarabangsa.

Kejadian berlaku pada 6 Disember 2008 pada jam 3.50petang.
4 terkorban, 15 cedera dan 14 buah banglo ranap dalam tragedi itu.
Tanah runtuh ini dipercayai berpunca dari pergerakan air bawah tanah.

Kejadian ini terjadi lebih kurang seperti kejadian di Highland Tower.
Malahan lokasi kejadian diantara kedua-duanya tidak jauh, hanya 1.5 kilometer saja jaraknya.

Pendek kata, area situ tak selamat untuk diduduki kot...
Bagi aku, baik la beli rumah kat tanah rata je..
Takyah duk area bukit-bukit sangat. Cari penyakit namanya tuu...



------------------------------------------------------------------------------

Pendek kata, bala atau ujian ALLAH SWT tak siapa yang tahu bila dan bagaimana.
Semoga kita dilindungiNYA selalu dari bala ujian yang besar.
Amin.



Chewy cheese kfc... sedap ke idok?

Salam readers...

Citer ni dah lapuk sebenarnya...
Sebulan yang lepas sepatutnya aku dah update.
Tapi korang tengok je la statistik entri bulan Jan lepas.. 10 entri je kot...
Hoihhh... catat rekod nih.
Gila busy aku bulan lepas sampai 10 entri je aku mampu update.

Ni kes bulan lepas...
Tengok kat tv ada iklan kfc new promotion - chewy cheese.
Nampak cam sedap je, macam menarik je.
So, kami serbu!

Favvy kfc outlet kitorang adalah kat PJ.
Sebab kat situ jarang orang ramai.
Tenang je kalau makan kat situ.
Takyah beratur panjang, takyah tunggu lama-lama.
Meja pun boleh pilih nak duduk kat mana.
Berlambak-lambak tempat kosong.
Pastu ayam goreng dia besar sikit.
Kalau pergi KFC MidValley tu, ayam goreng kecik-kecik je...

Aku dan FZ order set menu yang sama.
Set chewy cheese combo.
Cuma aku je yang tukar soft drink kepada milo ais.
Aku kan tak minum minuman bergas.
Tak suke.
Kat mana sedap air gas tu pun tatau laa...
Aku penah la rasa air gas tu tapi... uweeekkkkkk... tak sedap.


Kitorang biasanya akan add on cheesy wedges.
Favvy aku kott...
Bagi aku 1 set besar, aku boleh habiskan sensorang.
Tatau la tekak aku ni...
Cheese cheese memang aku suka... tapi bile makan kek cheese, tak suke pulak..
Ni tekak mengada-ngada namanya.


Cheesy wedges ni kegemaran FZ jugak...
Korang tengok lerr tuuhh...
Tengah makan pon, game candy crush tu tetap depan mata.
Geram pulakk aku...
Makin hari aku rasa makin kekurangan kasih sayang pulak sebab kena compete dengan game cc tu. Haihhh....


Cheesy wedges idaman hati...


Macam biase ayam goreng spicy 2 ketul... Besar-besar kan.
Memang setiap kali kalau aku pergi ke KFC, aku akan request drumstick dan thigh.
Kena request jugak cemana pun.
Sebab kalau tak request nanti kite dapat bahagian chicken breast.
Aku tak makan bahagian dada. Isi padat sangat. Muak nanti.

Nampak tak 3 ketul bulat kat dalam pinggan tu?
Tu la chewy cheese.
Nampak sedap je kann...


Ini isi kat dalam chewy cheese tu.
Ada mozarella cheese. Very the cheesy.
Cuma aku frust la sikit.
Sebab ingatkan sedap bebenor la...
Padahal sekadar tepung dan isi cheese je.
Rasanya aku boleh buat sendiri kot..
Tapi takpelah. Dah namanya bisnes kannn...

Itu last time kot aku makan kat KFC.
Kirenye ni dah sebulan jugak la tak makan.
Teringin pulak nak makan ayam goreng spicy tu...