Tuesday, April 29, 2014

Handphone ku rosak!!

Salam readers...

Ari Jumaat 2 minggu lepas, aku bentang tilam kat dalam bilik.
Katil ada je tapi malam tu aku malas nak tido atas katil.
Rasa nak tido kat bawah.
Aku pulak ada tilam spare yang nipis tu. Bawak turun bantal semua sebab nak tido kat bawah.

Bukan ape...
Tido kat bawah tu sejuk sikit sebab kena direct angin kipas.
Kalau tido atas katil, aku kena tempias angin sepoi-sepoi bahasa gituu...

Sebelum tido, aku charge tab.
Phone lupa plak nak charge.

Pagi hari Sabtu, aku bangun tido awal.
Dalam pukul 7:40 camtu.
Check henset. Sekali tak hidup daaaa.......

Cepat-cepat pergi charge. Tengok takleh on jugak.
Gila panik oihhh...
Takmo la rosak-rosak camni..
Duit takdok nak ganti henset ni.... waaaaaaaa!!!!

Whatsapp FZ. Nasib laa line whatsapp aku kat tab.
Bagitahu henset rosak. Kang dia mesej-mesej kang, aku tak balas dia bising pulak.
Then, sambung godek-godek henset walaupun ku tahu tamatlah sudah riwayat henset ku.

Serius aku rasa ralat.
Ralat sangattt...
Sebab tak puas guna henset ni.
Gambar cantik, sound best. Memory besar.
Tak banyak masalah pun cume akhir-akhir sebelum rosak henset ni kerap hang.
Sekejap-sekejap dia mati sendiri.
Last-last sekarang mati terus... waaa...!!

Sedih sangat bila henset kesayangan dah takde.
Aku beli henset ni dengan duit sendiri tau. Mase tu harga dalam RM1500 camtu laa...
Beli kat sony centre mid valley tuu. Memang original betul la.

Buat masa sekarang, aku guna henset Nokia N70 yang masih elok dan terjaga dalam simpanan aku.
Henset nokia ni still in a good condition walaupun dah lama aku guna.
Rasanya aku pakai nokia ni sejak tahun 2008-2009 camtu..
Till now henset ni still ok.
Aku ni bab-bab jaga barang-barang gadget ni memang cermat.
Memang tahan lama..
Tapi tak tahu la mana silapnya dengan experia X10 ni.
Cepat pulak matinya... haihh...

Aku dah bawak pergi kedai dengan harapan boleh dibaiki.
Sekali orang kedai tu cakap better beli henset baru sebab henset ni dah rosak.
Kalau baiki pun makan RM200 gak.
Itupun mungkin akan rosak lagi walaupun dah dibaiki... 
Tskkk... T___T

Aku rasa la sekarang ni musim henset rosak laa...
Ari tu jumpa kak Long dia cakap henset dia rosak gak.
Jumpa mimy, dia kata henset dia takleh connect dengan charger.
Haihhh....


Inilah henset kesayanganku yang telah tamat riwayatnya....
Gambar ni aku cilok dalam google tapi henset aku cenggini la rupanya.
Tak jejas apepun. Semua masih elok.
Casing pun still nampak cam baru.


Sebagai ganti, aku guna henset ni. Nokia n70.
Still elok jugak cuma casing je ada jejas sikit kat tepi.
Standard la kan henset lama..

Now aku tengah tunggu duit bonus masuk.
Nak beli henset baru.
Tapi tu laaa... kompius la nak beli henset ape.
Note 3 ke sony Z1?

Tapi kemungkinan besar aku amik Z1 kot.
Samsung aku dengar banyak masalah gak berkaitan dengan charger.
Dah ramai kawan-kawan aku alami benda yang sama.
Even tengok dalam internet pon rating Z1 lagi tinggi dari note 3.

Tengok la nanti cemana.
Kena buat istikharah jugak la kot nak beli henset ni.. Huhu...




Friday, April 18, 2014

Move on

Dear diary,



I went through all the pain all this while.
Now, it is the right time for me to move on.

It is hard. Too hard for me to face it.
But i have to.
I should.

T_____T

Thursday, April 17, 2014

Secret Recipe, Pekan Lama PJ

Salam readers..

Awal bulan aritu kan catuan air sedang meruncing.
Kat rumah, aku dah ada 1 tong air besar.


Tong air aku sama besar dengan tong kaler biru tu.
Tapi aku punya kaler merah.
Biru tak santekk.. haha...
Tong tu aku beli kat Pekan Lama PJ dengan harga RM28.
Kira murah la sebab aku tengok kat kedai lain sume letak harga RM38- RM40.

Tapi macam tak cukup je simpan air 1 tong tu untuk digunakan 2 hari.
Kalau untuk mandi, memang cukup la.
Tapi aku kann jenis berry berry je selalu.
Time berry mana boleh jimat air.
Harus cuci bersih-bersih maaaa.....

Maka, 01 April baru-baru ni FZ bawak aku pergi Pekan Lama PJ untuk beli tong air lagi.
At least ada 2 tong air lega la sikit aku kalau nak berry banyak kali pon.

Nanti pasal tong air ni aku citer kendian ye.

Dah beli tong air, FZ bawak aku makan kat Secret Recipe area situ jugak.
Memandangkan time tu adalah berdekatan dengan birthday dia, maka aku dengan ikhlas hati belanja dia makan.


Bacin!


Ya ALLAH, my dagu!!!


Bajet comel lerr tuhh posing cenggitu..


Yang ni memang comel kann...... baik korang cakap comel sekarang!! 
Hahaha... T___T


Secret Recipe.


The best dessert in Secret Recipe.
Chocolate brownies with ice cream.
Ada melting choco kat dalam. Nyumssss!!!


Tengok camni pun dah lecur air liuq aku.... huhuh..


Ni menu aku.
Spicy fish & chips.
Tak habis pun sebab tetibe je perut rasa kenyang.
Tapau bawak balik rumah, panaskan balik dan makan lagi. :)


Chicken parmagiana FZ punya.
Yang ni pun dia tak habis.
Muak katanya. 
Masa dia order tu aku dah agak dah mesti dia tak habis sebab dia bukannya suka makan ayam cenggitu je.
Last balik rumah, aku jugak yang kena perabih kan.

Haihh... cane la aku tak gemuk....
Ni yang nak salahkan FZ nih....
Huhu...




Wednesday, April 16, 2014

Line celcom

Salam readers...

Ni pagi-pagi Rabu aku nak kongsi citer.
Citer yang tak berapa nak best tapi ending dia memang terbaekk..
Haha..

Last Friday, awal pagi aku call Celcom.
Call dengan niat nak sembur diorang.
Aku jahat?? Hangpa jangan duk speku aku sebelum dengaq crita aku naa..

Sejak bulan December tahun lepas, line broadband kat area rumah aku memang cam hampagasss...
Line asik 'E' je...
Nak bukak facebook memang tak lepas la kann...
Maka, apabila aku balik rumah, galaxy tab yang aku pakai tu akan tersadai camtu je.
Orang whatsapp ke, mesej ke atau ape-ape aje yang melibatkan internet time aku kat rumah, memang aku takleh reply melainkan kalau aku keluar.

Masa bulan Dec tu, lebih 10 kali kot aku call celcom careline.
Katanya memang ada technical problem.
Aku diberitahu new year nanti baru ok.

Then, aku sabar.
Tunggu sampai new year.

01/01/2014 akhirnya tiba.
Tapi line broadband still macam berukband.
Siputband pun iye jugak.
Lembab nak mapsss sampai tahap nak main game pon tak lepas.
Korang bayangkan laa!

Sampai pertengahan bulan Januari, aku call celcom careline.
Rasa cam dah lama sangat je bersabar.
Time tu aku dimaklumkan line akan elok pada 1 March 2014.
Sebulan lebih lagi??
Hoihhh, panass hati nih!
Tapi takpe.... aku sabar lagi.
Orang kata pengakhiran sabar itu indah kann...

Tibalah 01 March 2014.
Bangun tido dengan harapan boleh tersenyum dengan line broadband yang elok.
Tapi harapan tinggal harapan.
Line still macam siput sedut.
Ya ALLAH, dugaan apakah ini??

Aku tak kisah sangat kalau takleh nak ber facebook, berinternet...
Tapi aku kisah kalau takleh nak beremail dan ber whatsapp.
Sebabnya opis aku ni kadang2 berhubung melalui email dan whatsapp.
Setiap hari mesti ada whatsapp yang masuk.
Kalau line tak elok, how aku nak dapat mesej-mesej penting dari diorang.

Then, beberapa kali dalam bulan March aku call celcom careline.
Seperti yang dijangka, aku telah dimaklumkan 01 April 2014, In sha ALLAH line akan ok sebab pada ketika itu celcom sedang mengalami masalah teknikal.
Katanya, jika 1 April line still tak elok, aku boleh call celcom careline lagi untuk buat aduan.

Ok, fineeeee!!
Aku dah malas dah nak maki hamun, marah, bengang...
Kekuatan aku untuk bersabar.
Kadang-kadang aku dapat whatsapp penting dari bos, tapi keesokkan harinya baru aku dapat baca.
Takpe, aku masih berpegang teguh pada prinsip 'sabar itu indah'.

Masuk la bulan April.
Aku dah malas dah nak berharap sangat sebab dah tau dah line still tak elok.
Tapi manusia kann...
Sesabar mana pun dia, lama-lama meletup juga.

Maka, last week (11 April 2014), aku call celcom careline buat sekalian kalinya.
Awal pagi aku call.
Kebetulan pulak agen perempuan yang angkat.
Nasib ko la dik jawab call dari hakak yang sedang bertukar jadi hulk ni.

Memula aku cakap elok.
Tapi by the time that budak cakap dia tak boleh janji bila line akan ok, aku dah naik sawan.
Lama dah kot aku bersabar. Berbulan lamanya.
Sampai bile lagi aku kena bersabar??
Apa yang rosaknya? Apa yang susah sangat nak baiki sampai berbulan lamanya orang akt area aku tu suffer untuk dapatkan line broadband yang ok??

Aku berdegil nak bercakap directly to their Team Leader.
Seriously aku dah tak tahan.
Sabar ada had.

Mungkin disebabkan kedegilan aku, team leader dia willing nak bercakap dengan aku.

TL : Ya, cik Diana. Saya difahamkan cik ada masalah dengan line broadband.
Aku : Ya.... since Dec 2013!
TL : Eh, dah lama tu cik!
Aku : Ya, memang dah lama!

Bla..bla..bla...bla.....
Lama jugak aku bercakap dengan tema leader bernama Razif, kalau tak silap aku la...
Nasib dia cakap elok dengan aku.
Kalau dia kerek, confirm aku melenting kaw-kaw punya.

Aku request untuk dapatkan rebate.
Tapi mustahil la nak dapat kannn...

Tengahari tu jugak aku dapat call bertubi-tubi dari celcom.
Explain cemana nak dapatkan line yang bagus.
Bukannya apa, sebenarnya celcom tengah tukar site ke ape ntah kat area aku tu.
Aku difahamkan line akan betul-betul elok paling lewat hujung tahun ni.
Pftttt!!!

Petang balik rumah, terus aku try bukak facebook.
Boleh uollsss....!!
Line high speed lagi!
Sampai ke hari ni pun line kat rumah aku tu elok.
Tapi kalau download lagu ke ape, memang lembss la sikit.
Tak kisah.
Yang penting boleh berinternet.

Boleh pulak line tu elok kannn...
Kalau tak, memang cam harammm laa...

Sekarang ni aku dah belajar satu benda.
Kalau melibatkan hak kite, we have to fight for it. Kalau bergaduh pun, bergaduh la.
Boleh la bagi muka sekali dua.
Tapi kalau lama-lama, kita kena pertahankan jugak hak kita.

Betul aku cakap.
Masa aku mengamuk tu, aku ada ugut nak bawak hal ni ke pihak atasan celcom.
Tapi mujur lepas tu line dah elok kann..
Kalau tak, memang dah sampai dah email aku kat pihak atasan tuu.

Yela, setiap bulan aku tak miss bayar bil.
Terlebih awal pulak tu.
Tak pernah pun bayar lambat atau tak bayar langsung.
Tak pernah ada history bil tertunggak.
Tapi kalau gini la servisnya, memang aku ada hak la nak marah.
Hargailah sikit loyal customer.
Aku dah lama kot guna celcom.
Even family aku pun semua pakai line celcom. Kecuali daddy yang guna maxis.
Dah berapa banyak dah aku melabur kat celcom tu.

Nak tunggu customer mengamuk dulu, baru nak amik tindakan ke?
Bagus betul servis macam tu.

Apapun, aku puas hati.
At least aku dah dapat ape yang aku nak.
Agaknya kalau aku tak mengamuk aritu, line aku still tak elok kot.

Friday, April 11, 2014

Salam readers...

Perbualan aku dengan si dia FZ.

Aku : Abam, kenapa abam tak bagi sayam pegi jumpa abam time kereta rosak aritu?
FZ : Nak buat ape? Ape laaa yang pompuan boleh tolong nye?
Aku : Tolong temankan....

FZ gelak syaitoonnn.....

FZ : Temankan je buat ape? Pompuan kan cepat panik. Lagi laaa buat abam serabut.
Aku : Mane de serabut....

Thursday, April 10, 2014

Tappers lagi

Salam readers...

Ni tatau la citer zaman bila.
Bulan lepas rasanya... godek-godek pc jumpa pulak gambar ni.
So, marilah kita masukkan dalam blog. Heheh...

Kisahnya Farid ni dah banyak kali sangat dah ajak kitorang (SAU gojes) untuk kuar makan kat Bangsar South.
Tak jauh mana pon bangsar south tu dengan opis aku.
15 minit jalan kaki dah sampai.
Mengah la sikit tapi ate nak kurus kann...
This is part of exercise katanya.

Farid asik la request nak makan kat Tappers Cafe.
Ok, fine... marilah kita pergi secara berjemaah.

Kalau nak datang sini, kena datang awal sikit sebab nanti meja penuh.
Nak kata makanan kat sini sedap, takde la sedap benor.
Tapi harga murah kann... Lagipun servis cafe ni cepat.
Sebab tu ramai orang datang.
Tapi yang peliknya kalau aku datang sini dengan FZ, mesti servis lembpsss...
Tatau la kenapa.


Farid dan Maziah.


Min.
Effective from next week, she is no longer my officemate.
Dia dah bertukar unit.
Hari ni kitorang ada buat farewell party untuk dia.
Semalam aku dan Leen pergi MV carik hadiah untuk dia.
Hopefully dia suke dengan dengan hadiah-hadiah yang kitorang pilih.. (",)

Entri pasal farewell party dia nanti aku update dalam entri lain eh.
Lagipun party belum start lagi saat aku menaip ni...


Leen...
Bertambah chubby lepas kawin.
Takpe Leen, laki dah sayang.. hehe...


Bila turn aku amik gambar, korang tengok la cemana diorang pedajalkan aku.
Khianat betuihh!!
Hahahah... Muke Leen la klaka. adoyaiii...

Maka, tercapailah keinginan Farid nak makan kat Tappers Cafe tu.
Pasni kalau mengidam lagi si Farid, tatau la nak cakap ape..


Tuesday, April 8, 2014

Kereta rosak di hari jadi

Salam readers...

Hello..hello..hello....!!!
Wassap bebeh!

Aku baru je boleh online.
Pagi tadi busy buat statistik.
Penuh 1 meja aku dengan fail kes.
Jenuh dah nak hadap kes-kes yang berlambak ni.

Nak sambung citer di hari lahir kesayangan aku tu.
Kan dia hantar aku balik rumah dalam pukul 7.30 petang camtuu...
Pastu dalam pukul 8, dia call.

FZ : Ayang suka la kann...
Aku : Ape pulak ni??
FZ : Kereta abang rosak... waaaaa!!!!

Aku dah start panik.

Aku : Hah?? Kat mana?
FZ : Kat depan PPUM ayang.... jalan jem teruk ni..
Aku : Abes tu nak buat cemana ni??
FZ : Abang dah call Ali. Nanti dia datang.
Aku : Nak sayang datang tak?
FZ : Tak payah. Nanti susah pulak.

Ya... ya....
Aku tak tenang gila duk kat rumah.
Try call manager aku tanya kot-kot ada someone yang dia kenal boleh tarik kereta tu.
Tapi FZ pulak taknak.
Kalau boleh dia nak tunggu Ali jugak.

Nasib baik Ali cepat sampai.
Dalam kul 9.30malam, FZ park his car kat rumah aku.
Katanya alternator yang rosak.
Patut la FZ kata pelik sebab bateri kereta dia baru beli bulan lepas.

Ali call mekanik untuk set appointment baiki kereta FZ keesokkan harinya.

Hari Sabtu, awal-awal pagi FZ datang rumah aku.
Tapi janji Melayu kan....
Set appointment pukul 11pagi, pukul 2.30 petang mekanik baru sampai.
Cemana la bisnes orang Melayu kita nak maju kalau cenggini la perangai.

Aku hangin je.
Nak je sound mekanik tu tapiii sabar je dulu.






Baiki nye sekejap je...
Cabut alternator lama, pasang yang baru.
Kalau pagi tadi dia sampai, aku dah boleh kuar jalan-jalan dah.
Dah la aku dan FZ tak makan tengahari lagi ni...
Perut memang lapar gila.
Nasib aku tak bertukar jadi orang ijau.


Tetibe Ali pulak sampai.
Terus dia brainwash mekanik tu.


Kawan baik ni... :)

Nasib la ada kawan yang boleh diharap.
Kalau tak, memang susah.

Time susah camni la baru kita boleh kenal siapa kawan yang sebenar.




Monday, April 7, 2014

Sambut birthday dia!

Salam readers...

Banyak citer tertangguh ni.
Takpe...takpe.. kite citer satu-satu ya.
Tinggalkan dulu citer lain, kali ni aku nak citer tentang birthday FZ.

FZ teringin nak karok.
Kitorang pulak memang dah lama tak karok.
Kami pergi ke E-box Endah Parade.

Aku plan nak nyanyikan lagu happy birthday tapi dia pulak yang malu sendiri.
Hadoiii...
Video karok aku try masukkan dalam fb. Tatau la lepas ke tak.
Tau je la line celcom cam haprak sikit sekarang ni.
Apepun, dua-dua menyumbang suara yang sumbang. hehe..


Me on that day.


Birthday boy!
Aku panggil dia 'Bacin'. Hehehe....


Simple outfit of the day.
Sejak-sejak badan makin naik ni aku dah tatau dah nak pakai baju cemana.
Semua baju yang kiut miut aku dah takleh pakai.
Haissshhh...!

Lama gak nyanyi.. Dari kul 12 sampai 7 petang kot.
RM15 je satu kepala plus dengan makanan dan minuman.
Murah kannn...
Sebab tu aku suka pergi sini. Hehehe...

Tapi idok le kami nyanyi sampai pukul 7 tu.
Kang terkeluar pulak halkum aku ni.
Kami nyanyi sampai pukul 4 je..
Pastu pergi ke Aeon Big dalam Endah Parade tu jugak sebab aku nak tambah 1 lagi tong air.
Maklum laaa catuan air kan bersambung lagi.
Tak tahan dah aku setiap kali nak berry je, mesti kena tunggu sampai opis dulu.
Dibuatnya nak berry time weken tu, takkan la aku nak jejak kat opis jugak kan..

Malangnye, Aeon Big takde stok tong air.
Frust ohh.
FZ kata takpe... kita pergi ke MV pulak.

Pergi Aeon Big MV pun sama.
Takde jugak tong air tu.
Ai is redha.
Takpelah kalau takde tong air tu. Next time la pergi pekan lama PJ sane.
Kat sana banyak kedai-kedai cina jual barang-barang rumah ni.

Then kitorang pergi ke The Manhattan Fish Market.
Celeb birthday boy kat situ.
Aku hangin sebenarnya sebab plan asal aku nak bawak FZ pergi makan kat Tony Romas.
Yela, sekali sekala kan.
Bukan selalu pergi makan kat situ.
Tapi FZ taknak. Dia kata membazir.
Makan mahal-mahal pastu nanti jadi taikk jugakk...
Haisshhh mamat ni!
Geram pulak haku...
Tapi takpe... hari ni birthday dia.
So, ikutkan aje la kemahuan dia nak makan kat TMFM ni.



Soup of the day - salmon soup.
Ingatkan hanyir ke ape...
Sedappp.... ada isi salmon lagik.


Bacin saya... hehe..


Yang ni tak bacin. 


Sebelum ke TMFM, kitorang ada singgah kat Komugi.
Tanya staff kat situ, katanya kek dan roti-roti kat situ halal.
Ok, kita yakin tanpa was-was.
Roti kat situ semuanya nampak menyelerakan.
Rasa cam nak beli semua je.
Pompuan kan memang boros. Hehehe...


FZ beli chocolate slice cake kat Komugi tu.
Boleh la tahan. Cuma tawar sikit. 
FZ cakap sedap sebab dia tak suka manis-manis sangat.


Bukak je kek, terus nak ngapp...


Gummy bear mocktail dan ice lemon tea.


Aku la yang habiskan soup tu...
Pastu kenyang sampai ke sudah.


Kitorang pilih Manhattan Flaming seafood platter.
So, before the platter sampai kat kitorang, diorg kena bakar dulu the cheese yang ada atas prawn.
Itu yang sedapp tuuu... 


Inilah Manhattan flaming seafood platter.
Macam-macam ada.


Ada garlic rice, prawn cheese, calamari...


Dory fillets, mussels... chips pon ada.
Nyum nyumm...
Makan berdua je tapi memang super kenyang!


Eh, tetibe terselit gambar chocolate mousse tart ni.
Sedappppp! Beli kat komugi jugak.

Then, FZ hantar aku balik rumah.
Ada peristiwa yang berlaku selepas dia hantar aku balik rumah.
Nanti aku citer dalam entri lain eh....


Birthday!!

Salam readers...

04 April baru-baru is his birthday!!
A month before his birthday, aku dah menggelabah dah cari hadiah.
Susah betul la nak cari hadiah untuk lelaki kan.

Selain dari tu, aku ada idea buat scrap book yang penuh dengan gambar-gambar sepanjang hubungan kitorang.
Lagi best buat dengan hasil kerja tangan sendiri kan.
Buat kerja untuk insan tersayang ni lain macam sikit semangatnya. Hehehe...

Aku ada jugak buat beberapa plan nak celeb his birthday tapi tu laa... FZ ni penjimat orangnya.
Nak belanja mahal-mahal sikit pun taknak.
Stress haku!

Nanti aku citer ape yang kitorang buat on that day.
Yang tu lain entri ye.

____________________________________________________________

Untuk abam FZ,

Selamat hari lahir yang ke dotdotdot...
Abam takmo orang tahu umur abam kan.
Hehehe...
Takpe..takpe.. Ni rahsia kita walaupun dah terkantoi dalam FB. Hihi...

Sayam doakan semoga abam dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.
Semoga hidup abam diberkatiNYA selalu, ya.
In sha ALLAH.

Juga tak lupa, sayam doakan semoga hubungan kita kekal sampai bila-bila.
Until jannah, kata budak-budak sekarang. Hehe..
ILYSM!! Kali juta-juta... (",)






Thursday, April 3, 2014

Naik kereta kuda dan anak angkat

 Salam readers...

22 March lepas punya citer.
Lama gile baru nak update ehh.. heheh...

FZ bawak aku dan Alya pergi Tasik Titiwangsa.
Ingatkan nak berjalan-jalan sekitar taman tapi panas pulak.
Pagi-pagi pun matahari dah terik.
Musim panas kan sekarang ni.
Bilalah nak hujan berpanjangan. Aku dah penat dah nak tunggu catuan air berakhir.
Bukan merungut tapi susah ohh takde air walaupun hanya selang 2 hari.
Nak berry berry pon kena tahan sampai opis dulu.
Seksa ohh..

FZ ajak kitorang naik kereta kuda.
Aku takde la teruja mana nak naik kereta kuda tu sebab kereta kuda tu just round kat dalam kandang tu je.
Takpe laa... semata-mata nak menghepi kan cinonet Alya, maka layankan aje.

Nasib orang tak ramai.
Sampai je kat pagar, kereta kuda tengah menunggu.
Terus kitorang boleh naik.


Boleh tahan panas cuaca hari tu.
Dah naik berlengas badan aku.


FZ duk menyembang dengan pakcik yang bawak kuda.
Baik pulak pakcik ni.
Terlebih ramah katanya.
Aku cakap FZ pun kerja DBKL jugak, terus kitorang dapat 1 extra round.
Biasenya kalau orang biasa naik, dapat1 round je.
Hehehe...


Kudanya kecik aje.
Mesti pancit bawak manusia gajah kat belakang ni. heheh...

Then, FZ cadang nak bawak kitorang jenjalan kat sekitar KL tapi sana sini jalan jem.
KL sekarang ni dah tak kire mase....
Weekdays ke weekend ke, mesti jem.

Dah tatau nak pergi kemana, FZ bawak la kitorang ke MV.
Lega senang dapat parking.
Kitorang terus pergi ke Aeon Big.
Kat situ ada pusat permainan kanak-kanak.
Register dan kitorang rehat kat situ.


Ada peristiwa sebenarnya dalam pusat permainan ni.

Aku duduk dengan FZ while Alya duk sibuk kesana sini main permainan.
Then, aku nampak Alya masuk dalam kereta kecik dan tolak dengan kaki kereta tu.
Tetibe ada budak lelaki Cina datang mengacau dia.
Melalak la Alya dalam kereta tu.

Budak lelaki tu pesen aktif gila.
Ditonyoh-tonyohnya kepala Alya walaupun aku dah marah.
Uihh, menyirap jugak darah aku tengok budak tu.
Pastu budak tu tak puas hati, dia pi panjat kereta yang Alya naik.
Alya pulak taknak mengalah still nak duduk jugak dalam kereta tu.

Pastu budak kaunter register datang dukung budak tu bawak pergi jauh-jauh dari Alya.
Alya pun sambung main lagi sambil aku dan FZ pantau dia.

Alih-alih budak lelaki tu datang lagi.
Dia acah nak pukul Alya but aku dah marah dia.
Geram aku....
Aku tercari-cari gak mana parent budak nakal ni.
Nak je aku sound suruh jaga anak tu.
Tapi takde pulak parent budak ni.

Tak cukup kacau Alya, dia pi kacau budak lain jugak.
Pastu setinggi-tinggi pagar pusat permainan tu dia panjat dan keluar.
Pastu masuk balik dengan panjat pagar jugak...

Memang aktif sangat budak ni.
Kekadang nak tergelak pun ada tengok budak tu.
Tak makan saman.

Aku ade la main masak-masak dengan Alya.
Pastu budak tu datang peluk aku.
Aku dah pelikk.... kenapa peluk aku ni??
Pastu dia tarik-tarik tangan aku ajak temankan dia main-main.
Alya dah terpinga-pinga dah. Hahah... kelaka bila ingat muka Alya time ni.

Aku bawak budak ni main jauh-jauh dari Alya pastu aku tinggalkan dia kat situ.
Lantak pi la kann...
Bukan anak aku.
Parent dia ntah mana-mana ntah.

Tengah aku duk perati Alya sambil berdiri, budak tu datang lagi peluk kaki kaki aku sambil tarik-tarik tangan aku.
Hadoiii... nape budak ni?
Aku ni dah macam mak dia la pulakk...

FZ dari jauh dah gelak-gelak...
Dia kata budak tu anak angkat aku. Siot jek!

Aku ni layankan aje la budak Cina tu.
Kesian jugak kat dia. Dah la tak pandai cakap lagi.
Aku tanya nama ape, mana parent... dalam bahasa melayu dan inggeris, dia langsung takleh jawab.
Nak cakap cina, aku tak reti pulak.
Setakat ni hou ma tu aku tau la...

Pastu dia dah macam nak nangis.
Dia duk sebut, ma... ma...
Aku paham la dia dah cari mak dia.
Aku bawak dia kat kaunter register & suruh budak tu call mak dia.

Dalam 5 minit camtu, baru la mak dia datang.
Nampak cam menggelabah je.
Baru aku tahu dia dengan laki dia sibuk shopping dalam Aeon Big dan tinggalkan anak dia kat situ tanpa pengawasan.

Aku geram-geram je tengok mak budak tu.
Terus aku sound, "please don't leave your kid like this!! He keep disturbing my daughter!!"
Mak dia just jawab, "ok...ok..."

Menyirap aku.
Ini mak bodoh namanya...
Mana ada mak ayah tinggalkan anak main sorang-sorang macam tu.
Anak kecik pulak tuu...
Kalau dah bersekolah tu takpe la jugak.

Nak je aku sound bangang...
Tapi berlainan kaum kann... Nanti kata aku racist pulak.
Tapi ni la contoh mak bangang.
Bodoh nak mamppsss.... eh, teremo pulakss.. huhu...


Aku amik gambar ni just nak amik gambar Alya.
Tapi bile aku godek-godek, rupanya terselit gambar budak nakal tu.


Kasik zoom sikit.....
Comel tapi aktif ya ampunnn...
Dia duk sibuk nak mengacau budak lain pulak...

Satu hari nanti kalau budak ni hilang ke ape, mak ayah dia takyah la nak menangis terlolong mintak tolong orang carikan.
Kalau dah bangang tu, jangan la melampau-lampau sangat bangangnya.
Dah tahu anak still kecik dan tak pandai cakap, pantau la.
Ini tak, ditinggalkan anak sorang-sorang.
Bodoh!